Khamis, 9 September 2010

Hari2 terakhir puasa 2010

Ni dikira last entry sebelum raya sbb lepas ni aku nk balik kampung dh.. Kat kampung mmg aku x sentuh pc mahupun laptop.. Baru rasa cuti yg sebenaq2 cuti tanpa laptop tanpa internet.. Klu ada masa n rajin aku lepak r kat cc, tu pun utk lawan game apa2 dgn budak2 sana..hehe..

So dalam entry ni nk pasal beberapa hari last puasa kat penang ni.. Mcm sebelum2 ni jugak, aku xdak transport lg so klu kluaq pun bukak posa je la..haha..

Isnin yg lepas aku dijemput utk makan kat Nandos QB.. Kali ni ada Azrul, Matnan, Ann, K.nor, Feza n Nurin.. N seperti biasa aku dijemput kat rumah, kali dr Azrul n Matnan plak mai.. Kami geng2 laki sampai betoi2 time org nk bukak posa dh.. Biasa la jln jem time2 tu(padahal ada org tu sesat jalan)..haha.. Wpun geng2 pompuan sampai awai drpd kami geng2 laki ni, order tetap sampai lambat.. Aku rasa depa ni xdak la awai tara mana pun.. Saja dok buat mcm awai bleh la bising2 kami mai lambat kan?? haha.. Oleh yg demikian rupa, makanan pun sampai lambat la.. So kami berbukak la dgn mirinda strawberi yg ada di atas meja..hehe.. Mknn kami sampai lambat 20 minit camtu la.. Ramai lg org yg x dpt mknn masa tu tp x peduli dh.. Dh dpt mknn trus x perasan dh apa jd keliling..



Tiba2 ada org jerit sound2 sorg mamat yg bukan org malaysia.. Baru aku sedaq rupanya aku ada kat Nandos..haha.. Apa yg jd?? Apa yg aku dgr lebih kurang "Our brothers are fasting!! They should get the food first!!".. Lebih kurang camtu la.. So setelah berbincang dgn ahli mesyuarat meja, aku rasa mamat omputih tu complaint bising2 mknn sampai lambat kot.. N maybe dia complaint kenapa org lain sampai mknn dl.. Tp yg plg aku respek, yg p sound dia tu, indian.. Dia respek org islam berpuasa n xdpt mknn nk berbuka sampai p marah2 omputih tu.. Gua respek sama lu la bro..hehe..

Lepas nandos, kami pun melepak la kat tepi QB.. Aku igt ka depa nk lepak saja2.. Rupanya tokey shisha bwk mai bong skali..haha.. So kami berjaya menyalakan arang kat situ utk bershisha wpun org ramai dok tgk apa la budak2 ni dok buat.. Bleh plak shisha kat tepi QB..

Gambaq diatas menunjukkan tokey berusaha membuat shisha terbaik..


Gambaq menunjukan tokey masih lg berusaha menghidupkan arang tatkala Azrul menelefon polis..haha..


Gambaq menunjukkan K.nor yg tekun melihat cara2 membuat shisha tatkala Matnan pulak antaq sms kepada polis..haha.. Masa kami dok shisha elok2, tiba2 polis plak mai.. Mlm ni jugak la dia nk mai.. Sementara depa dok cari parking, kami pun pack up n bersurai..haha..

Smlm (Rabu) plak aku dijemput ke Pak Hussin dgn ahli2 seperti Nisa, Arina, Ann dan Mahirah akan tetapi sygnya Pak Hussin tutup dh cuti raya.. Oleh sbb xtau nk p mkn kat mana, xtau yg mana yg bukak, last2 kami cancel.. Plan bertukaq, last skali aku mkn dgn famili aku dan K.midah.. Kat mana?? Tempat fav aku sejak dulu lg bersama rakan2 USM, Nasi Ayam Misai.. Kali ni mkn kaw2 punya.. 10 pinggan nasi n ayam sekoq, mkn 5 org mmg kenyang kaw2 punya..
Bak kata Ejon, org kelate kate “so-os sero perut”.. Hahaha.. Serius aku x tahan nk gelak tgk ejaan yg sebegitu rupa.. Adakah begitu ejaannya?? Hahaha..


Then smlm aku sempat kluaq dgn Cayrol, Otai, Ann, Alip utk lepak kat Abg Dragon Shisha n try Char Kuey Teow kat situ.. Geng2 ni semua raya kat penang.. Itu je la kot yg ada utk diceritakan.. So utk raya ni aku ada
  • 3 helai t-shirt raya
  • bilik raya wpun balik raya kat kampung
  • rambut raya.. membotakkan lg kepala yg dh botak..haha..

Keta aku pun dh ada baju raya yg baru tp aku x ambik gambaq lg.. Nnt tgk sendiri la na.. Cuma 4 org smlm ja aku yg dh tgk keta aku..hehe.. So takat ni je la.. Aku pun nk gerak balik kampung dh ni.. Dpt berbuka kat klantan arini!! Wpun kadang2 tu mknn x menepati selera (manis), tp skali kali balik kampung mcm ada kat dunia yg lain.. Mmg best!! So skali lg, Selamat Hari Raya.. Mintak maaf byk2 salah silap aku selama ni..

Selasa, 7 September 2010

Apa itu "menganjing"??

"Menganjing"
Perkataan yang tidak asing lg bg kawan2 seangkatan aku.. Apa dia "menganjing" ni?? Apa yg aku faham, "menganjing" ni adalah perli yang tidak bermaksud utk perli..haha.. Faham??
Benda ni adalah utk suka2, utk gelak2 sesama sendiri.. Tapi igt!! Bukan semua org boleh terima.. Kebanyakkan lelaki boleh terima kecuali lelaki2 yg lembut dan hanya sesetengah perempuan sahaja.. Mcmmana pun benda ni slalu dipraktikan oleh kawan2 aku samaada dekat atau pun jauh.. Contohnya (bg org yg tau je la), "b" dan "Forgive me" (khas utk Cayrol) atau "Mirror Lover" (idea Hadee).. N benda ni jugak la yg still membuatkan hubungan kawan2 yg jauh dan yg dh kawen still rapat, Dayah, Yana, Hadi, Yom, Fezal yg sering kali mengajing aku dh sesama sendiri lebih2 lg lepas aku breakup haha.. "Tembak menembak amalan kita"- GENX

Kenapa ada topik ni plak tiba-tiba?? Kerana Hari Raya bakal menjelma..hahaha.. Aku nk mintak maaf la kepada semua org yg mungkin terasa atas apa2 percakapan aku.. Kadang2 aku terlupa org yg mana bleh cakap bukan2 org yg mana xleh.. Sampai aku kena marah la.. Wa kena beb!! Haha.. Mintak maaf byk2 kat semua org.. N mintak maaf awal2 klu post ni ada buat sapa2 terasa..

Ok.. Mcmmana plak klu perli yg ada maksud?? Mmm.. Boleh dibahaskan ni..hehe.. Mari kita cuba mengimplikasikan perkara ni.. Betoi ka ayat aku ni?? Hentam ja la..haha..

Mari kita start.. Ada satu hari, tgh korang dok wat keja, tiba2 tersangkut plak sbb ada satu benda yg hgpa x reti nk buat.. Kebetulan plak ada la sorg mamat yg 'agak power tp x power sgt la' kat sebelah tu.. Hgpa pun tanya la dia dgn penuh lembut n skema, "Bagaimana mahu buat ini ye?".. Lalu dia membalas dgn kejam dan berlagak, "Ini pun xtau ka?? Brapa lama dh keja sini??".. Cukup kejam x?? Klu x cukup nk tambah bg kejam lg..haha.. Ok soalan aku, apa yg hgpa akan rasa?
  • Hgpa akan rasa down sgt2.."Bodoh sangat ka aku ni?" n trus down sampai xleh wat keja hanya kerana seorang mamat yg berlagak terrer.. Hgpa akan rasa diri sgt bodoh..
  • Hgpa akan rasa tercabar.. Akan berkata, "Klu xmau tolong, boleh blah.. Aku bleh cari sendiri la"..haha.. Semangat berkobar-kobar utk buktikan yg anda boleh buat..
Yg mana satukah wahai pakcik2 n makcik2?? Ok.. Biaq aku pilih dl.. Mari mengimplikasinya skali lg..hehe..
Bg aku la kan, aku x suka sgt org puji2 ni.. Sbb? Sbb bila org puji, aku akan rasa yg akan ada kat tahap yg selamat.. X payah susah2 nk buat lebih2, takat ni pun org dh puji kan.. Contohnya kalau main bowling, tiba2 ada org cakap "terrer la hg main", aku akan rasa puas ati n xdak dh nk try utk ke arah yg lebih baik, walaupun masa tu 100 point tu xlepas..haha.. So klu nk puji jugak, puji kat blkg jgn puji depan2 aku.. Tp aku xdak la sampai nk marah klu org puji..haha..
Cammana plak klu org perli? Klu aku ada salah n kelemahan, aku suka org cakap depan2 aku.. Baru bleh jadikan nasihat dan semangat.. Contohnya, klu aku tgk main bowling dpt 120 point la katakan, tiba2 ada plak sorg mamat ni cakap, "eleh, takat main x sampai 150 baik x payah".. Yes!! Inilah yg aku perlukan!! Siap hg!! Tunggu sat.. 150 akan muncul..haha..

So kawan2.. Jangan la puji aku sgt ya kerana benda tu akan menyebabkan aku tersekat drpd kemajuan diri aku sendiri..

Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )

N kepada org2 yg selalu dipuji atau dh rasa terrer dh, x payah la dok berlagak sgt ya.. Ilmu kita sket ja.. Kita ja rasa kita terrer..

“Sesungguhnya Allah S.W.T. membenci seorang yang keras hatinya, seorang yang banyak makan, seorang yang menjerit-jerit di pasar, seorang yang seumpama mayat di waktu malam (kerana banyaknya tidur), seumpama keldai di waktu siang (kerana sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia) dan seorang yang berpengetahuan mengenai perkara dunia tetapi jahil mengenai perkara akhirat.” - Ibnu Hibban

“Tiga jenis orang ini pada hari kiamat Allah S.W.T. tidak akan berkata-kata dengan mereka, tidak akan dipandang dengan rahmatNya dan tidak akan disucikan dosa-dosanya, dan dia akan diazab dengan azab yang pedih.” Nabi s.a.w. berkata sebanyak tiga kali. Hadzat Abu Dzar r.a. berkata, “Ya Rasulullah, mereka semua gagal dan kerugian? Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi s.a.w. bersabda,“Mereka ialah orang yang memakai pakaiannya lebih daripada buku lali. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang bersumpah palsu dalam urusan jual belinya.” - Muslim

Kalau ada salah n kelemahan, teguq la depan2.. Aku mmg bleh terima ja klu org tegur.. Bab menjawab tu biasa la nk defend diri..haha.. Tp still aku akan dgq n ingat apa yg org cakap.. N aku plg pantang org cakap blkg.. Kat aku xpa la kot, aku maafkan ja semua org wpun aku xtau.. Xpayah la susah nk kutuk org ok.. Aku rasa mcm buang masa plak.. Aku lepak pekana shisha pun xdak kutuk2 org pun.. Sembang hal berfaedah lg bagus.. Lagi2 la klu kutuk org yg kita x kenal or org yg x kenai kita.. Dalam Islam, kita x payah bukak aib sendiri pun..
"Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya" - Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376
"Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya." - al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6784
"Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka." - Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889

“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina.” Rasulullah berpaling daripada orang tersebut sehingga dia mengulang-ulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Maka tatkala dia bersaksi ke atas dirinya sebanyak empat kali, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memanggilnya dan bertanya: “Adakah engkau gila?” Dia menjawab: “Tidak.” “Adakah engkau sudah berkahwin?” Dia menjawab: “Ya.” Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Ambillah dia dan rejamlah dia”. - al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6815
“Mungkin engkau hanya mencium atau menyentuh atau memandangnya?”- al-Bukhari dalam Shahihnya
, hadis no: 6824

Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" - Hadis riwayat Abu Daud

Klu benda tu salah, kita sebar fitnah.. Klu benda tu betul, kita sebar aib.. Bila nk mintak maaf?? Raya nnt jumpa dia ka?? Bleh sms mintak maaf?? Call?? Confirm ka dia maafkan?? Benda ni la yg plg mudah nk buat skrg ni.. Just forward ja email or fb pasal org lain.. Mudah kan nk buat dosa zaman skrg ni?? hehe..

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" - Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad

Diriwayatkan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk satu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah.".

Faham dh kenapa xleh mengumpat?? X cukup dosa kita buat, pahala kita abis, dosa org tu skali mai kat kita.. Begitu mudah?? Yup!!

Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.- Abu Ummah al-Bahili

Okeh..Ni sekadar pedoman utk semua org n diri aku sendiri.. Kadang2 nk jugak mengumpat, sbb benda tu mcm best.. Benda jahat mmg best kan?? Itulah yg diajar oleh syaitan.. So klu ada wat salah dengan org lain, pergi la mintak maaf sebelum terlewat.. N jangan sekali2 kata, "huh!! (tambah special effect sket) aku x buat salah apa2 pun kat dia" sbb kadang2 kita x igt.. Dlm 100 kali kita bercerita pasal dia, mungkin terselit 1 yg negatif n disitulah ada dosa.. N igt!! Dosa sesama manusia hanya manusia bleh dimaafkan.. X kisah la lepas ni bertaubat ke apa ke, still kita akan terima siksaan atas dosa2 kepada manusia b4 kita masuk ke syurga.. Brapa lama siksaan tu?? Mmm.. Masing2 tanya diri masing2 la.. Sepanjang aku hidup 26 tahun, xtau la brapa byk dosa kat org lain aku dh buat, xtau la brapa tahun aku nk kena siksa..huhu..

Okeh.. Kembali kita kepada bab "mengajing" td.. Agak jauh p tajuk lain tp xpa, ada bagus jugak kan.. Alang2 nk crita baik crita ja semua yg berkaitan.. Org yg tau crita aku mungkin akan tertanya2 atau bertanya "Klu sahut cabaran, mcmmana bleh sampai berhenti keja??"..haha.. Soalan agak mencabar ni wpun soalan ni aku yg create sendiri..hahaha.. Ok.. 2 sebab
  • Gaji
  • Fighting Oh!! Sedaq diri la weh.. Dok kat bwh xpayah la nk fight2 dgn org kat atas.. Kan dh makan diri sendiri.. Igt bleh menang kat fight2.. Igt ada demokrasi ka?? Haha..
Yg kedua tu rasanya org faham kot no.. Awat plak dgn gaji?? X cukup?? Mari kita mengimplikasikannya sekali lg menggunakan aktiviti bowling jugak.. Awat bowling ja ni?? Maybe rindu aktiviti bowling mingguan MDC.. Weh!! Bila nk start aktiviti ni balik (Iklan sket)..hahaha..

Situasi 1 :
Ada org ajak masuk group bowling dia, tapi dengan syarat setiap kali main kena dpt 150 point ke atas.. So aku pun try la.. Try punya try x dpt2.. Tp xpa..Aku try sampai berbulan2, bertahun2 pun xpa.. Aku x kisah pun.. X rugi apa pun kan..
Situasi 2 :
Syarat yg sama tp dia bg masa kat aku plg lama 3 bulan utk training.. So aku pun training la.. Tp lepas 3 bulan, x sampai target jugak.. So apa aku buat?? Aku akan tarik dl.. Agak malu sbb rugi 3 bulan dia tunggu aku..
Situasi 3 :
Ini yg plg truk, syarat sama, dateline yg sama tp sepanjang aku training, hujung bulan dia byq duit plak tu.. Aku train punya train xleh p jugak.. Mmm.. X ke rasa malu utk terima duit lg?? Mana output?? Klu try saja output xdak baik xyah bg duit.. Betul??

Org kata, kita boleh buat apa saja klu kita yakin.. Really?? Kenapa kita kena confident?? Sbb dgn keyakinan tu la kita akan usaha mencapai apa yg kita nk capai.. Tp kena xbleh over confident plak?? Sbb manusia ada limit.. Tidak semua org boleh buat semua benda.. Aku respect org atas brapa kuatnya dia try tanpa kira dia berjaya atau tidak.. Setiap org ada kelebihan n ada kekurangan.. Cth?? Awat la slalu ada 2 soalan "Cth?" n "Sbb?" ni ha?? Ok la aku bg contoh..haha..
  • Kat sekolah aku dl ada sorg budak ni, asyik stadi ja aku tgk, p mana pun stadi.. TP bila exam x dpt plak 'A'.. Aku ni yg x stadi dpt 'A'.. Aku dok kelas 1st tp dia dok kelas bwh2.. Aku lebih respect kat dia drpd diri aku sendiri.. Dia try gila2 wpun dh gagal beberapa kali.. Aku ni try ka?? Hanya bergantung kepada kelebihan yg Allah bg.. Skali lg, jgn berlagak n bersyukur dgn apa yg kita ada..Alhamdulillah.. Ini semua pinjaman ja.. Bila2 masa bleh ditarik balik..
  • Aku melukis?? X dpt la.. Mmg out trus.. Takat org lidi dgn matahari lidi bleh r..haha..
  • Couple 5 tahun setengah.. Punya la yakin akan kawen dgn dia tgk2 jodoh dia dgn org lain.. Igtlah mcmmana kita buat nk bg jd 'A' pun klu Allah kata 'B' akan jd 'B'.. Tp klu kita x try lansung, mmg xkan dpt 'A' pun kan.. Percaya kepada Qada' dan Qadar.. Usaha dan doa kita boleh mengubah jalan yg Allah akan berikan kepada kita kecuali ketetapan yg tidak boleh diubah..
Cukup la stakat 3 contoh ni.. Satu lg soalan yg selalu muncul.. Bolehkah kita menyiapkan kerja yg memerlukan 10 jam dalam masa sejam klu kita berusaha?? Mmm.. Boleh ke?? 2 jam jd sejam mungkin boleh tp hasil xla bagus sgt kan.. Masa x pernah slow.. Masa kan tetap berjalan wpun kita nk masa jd slow sbb byk sgt keja.. Sebab itu la, solat 50 waktu diringankan menjadi 5 waktu sahaja.. Sebab apa.. Sebab manusia x mampu melakukannya bersama keja2 dunia.. Ada ka keja yg kita buat 5 minit tp output dia 10 kali ganda, mcm dh buat 50 minit?? Sempoi la klu ada mcm tu.. Ada.. Solat wpun diringankan kepada 5 waktu tp ganjaran nya tetap seperti 50 waktu.. Best kan..

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu…. - Anas bin Malik r.a

Dh panjang sgt dh ni.. Apa pun aku nk mintak maaf klu ada tersilap kata kat post ni.. Aku x tuju kan sesiapa2 pun, hanya utk renungan semua org.. Klu rasa apa yg aku tulis ni ada manfaat dlm hidup hgpa, boleh jd lebih positif, Alhamdulillah.. Klu rasa post ni xdak apa2 pun, hidup hgpa lebih bagus, xpala truskan.. Aku tulis ni pun atas pemikiran aku sendiri.. Bukan utk ikut kata2 aku ye.. Kata2 Nabi Muhammad baru kena ikut.. Aku tulis ni ntah betul ke x.. Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Sabtu, 4 September 2010

3 Sept, Hari yang paling sihat

Kelmarin, tiba-tiba aku sihat 100%..haha.. Klu x percaya cuba tanya org yg jumpa aku mlm tu.. Mmg xnampak mcm sakit lansung.. Apa yg jd?? Aku ada majlis bukak posa dgn geng2 MDC.. Pagi tu aku bgn (koi 3 ptg sbnqnya), aku rasa cam sihat ja.. Miracle la plak..hehe..

So mcm biasa, kena ada org yg mai ambik aku utk kluaq2 ni.. Kali ni yus plak mai ambik aku.. Tq bro.. N majlis kali ni ada 16 org join.. Gila ramai.. Baru aku perasan xdak sapa ambik gambaq kat meja aku so xdak gambaq aku tgh makan la.. Fuh slamat..hehe.. Gambaq2 yg ada semua dr camera Ekin..
Majlis ni terbahagi kepada 2 fasa.. Satu majlis berbuka satu lagi majlis minum ayaq panaih..haha..
Majlis yg 1st mmg makan x mau2.. Byk sungguh lauk yg diorder oleh Nisa.. Mmg puas ati dgn pengarah projek kali ni..hehe.. Way to go Nisa!! Jdlah pengarang projek yg berkaliber di MDC.. Ganti K.nor yg telah berhijrah ke CIMB..hehe



Acara kedua, sesi minum minumam panas di kawasan yg digelar 'garden' oleh Ann.. X nampak gaya mcm taman pun.. Panas plak tu snn atap zink.. Ada ka taman yg ada atap zink?? haha.. Ditambahkan lg dgn idea minum air panas (k.nor yang menyeru) .. Kat garden ni kami 11 org main satu game guna daun terup yg diberi nama, mmm, nama apa?? Aku dgq ada 2 nama smlm, "game rifhan" dgn "game tukaq tema"..hehe.. Aku xtau nk terang cammana game ni.. Sapa yg pernah main tau la.. Mmg mencabar dan penuh dgn gelak pecah perut.. Sapa yg mula2 nk main game ni aku pun xtau.. Rasanya bukan benda ni xdak dlm plan pengarah projek sbb dia setiap kali main mesti kalah punya..haha.. Ooppss..




Lepas abih2 semua tu, K.nor pun antaq la aku dgn Ann ke rumah Ann.. Awat p rumah Ann?? Haha.. Sbb kami ada plan seterusnya dgn Cayrol, Lan, Alip dan lain2.. So just singgah ambik keta ja.. Understand?? Anyway tq knor tlg antaq.. Kami(aku) akan stop nyusahkan K.nor secepat mungkin..hehe.. Keta pun dh nk siap.. Tq kepada semua yg susah payah tlg aku time2 aku perlukan pertolongan (kadang2 x perlu pertolongan pun org mai tlg jugak hehe)..

Ok.. Lepas dh dapat keta kami pun menuju kat ke port biasa, Ivory USM utk bershisha sambil membincangkan hal2 negara..haha.. Kali ni ada kami berlima ja bersama Ustaz Cayrol (dh up jd ustaz.. Xtau ka??), Master Lan n Chef Rosli.. Lepak punya lepak x tgk jam pun.. Malam minggu la katakan.. Tgk2 dh dekat 2 pagi.. Apa yg kami sembang?? Haha.. Mcm2 ada dr hal dunia, masuk ke hal hari kiamat, selit2 politik sket pastu tiba2 crita pasal mercun plak..haha.. Antara crita yg best :

Tempat keja baru Cayrol adalah tempat yg penuh dgn tabliq2 n ada Anbu (dlm komik naruto) @ kat malaysia kenali sebagai wanita berpurdah.. Depa ni mmg power gila klu bab2 lompat dr pokok ke pokok.. Silap2 klu kantoi ym@fb bleh kene baling kunai headshot..haha..

Mengikut kata Ann, klu kat arab, bila dgr ada org meninggal, depa akan sebut Alhamdulillah dl.. Mmm.. Mungkin sbb org yg pergi dulu tu adalah org yg lebih baik kan.. Cuba buat kat sini.. Bleh kena pukul kot..haha..

Ada bincang pasal dajjal sket then tiba2 politik plak.. Yg ni xyah tulis la.. Kang tiba2 aku kena tahan ISA.. Terima kasih je la..hehe.. Mcm2 bab tp yg plg best crita main mercun n meriam bulih time kecik2 dgn bermacam2 jenis eksperimen.. Cammana bleh masuk bab mercun ni.. Sbb ada pertunjukan bunga api time kami dok shisha..
Sambil shisha ada bunga api?? Tiba2 ja ada..haha..
Then aku dihantar balik oleh Ann yg kena p mai p mai 2 3 skali sbb rumah aku jauh.. Tq Ann

Jumaat, 3 September 2010

Wad Sakit

Sapa pulak yg sakit ni?? Sapa masuk wad?? Keta aku la..haha..
Lepas aku smbhyg jumaat td (mintak doa supaya keta aku cepat sembuh haha), aku p la melawat ke wad sakit (bengkel).. Keta aku dh hampir dipakaikan baju baru.. Tp ni baru dpt baju raya, sakit blum diubati lg..huhu..

Khamis, 2 September 2010

Minggu ke 3 Posa

Lepas seminggu x tulih, arini aku dh update sket.. Hari selasa lepas, ya hari merdeka tp aku bukan nk crita aku p tgk perarakan merdeka, aku nk crita p bersesak2 kat Sunshine Square.. Shopping?? Yup.. Salah satu keja yg plg aku x suka lg2 klu org ramai.. So aku cuba abihkan dgn cepat.. Setelah sejam menyelit2 di dalam kesesakan lalu lintas, akhirnya aku berjaya beli 1 t-shirt Bonia, 1 t-shirt Forest, 1 t-shirt Schwarzenbach n 1 tali pinggang Polo.. Satu level tu aku pusing sejam ja..haha.. Disebabkan ramai sgt org, suasana kat situ sgt bising.. Aku sorg je kot yg perasan sbb tlinga aku ni mmg dgr kuat klu bunyi bising2 (unwanted sound).huhu.. Akhirnya aku balik awal sbb mula hilang balance kat situ..


Minggu ni aku rasa hari2 aku akan hilang balance.. Yg bestnya aku bleh tau aku akan hilang balance.. Mula2 bunyi kat telinga aku ni akan jd bising sgt2 sama aku xde leh nk handle.. Mmg tension sgt2.. Tu la tanda2 awl.. Then dunia aku akan bergoyang slow2 mcm dok kat laut.. Aku akan rasa mabuk n loya nk muntah.. Bila dh jd camtu kena get ready.. Bila 'dia' dh mai, aku mmg dh leh nk berjalan sgt.. Kat rumah ok lg sbb ada dinding, aku mmg xleh nk jln kat open space.. N benda ni bukan pasal xleh jln.. Nk jalan bleh (kaki semua ok ja), tp keadaannya macam ada kat dalam bot dia tgh laut bergelora.. Duduk pun akan rasa pening nk jatuh dr kerusi, tdo pun akan rasa nk tergolek jatuh, lg la klu nk berdiri n berjalan.. Pendek kata, buat apa pun xleh, even duduk n tdo pun akan rasa pening sgt2 n loya.. Disebabkan xleh nk buat apa lansung, dlm otak cuba bleh fikir "bila nk abis ombak ni?".. Utk aku, segalanya akan ok balik bila aku tdo.. Alhamdulillah sgt2.. Ada org yg alami benda ni 24 jam, aku x tau cammana nk gambarkan perasaan diaorg.. N setiap kali benda ni jd, agak susah nk tdo n aku berharap sgt2 lepas aku bgn semua akan ok balik.. Alhamdulillah setakat ni, semua ok.. :)

Ok.. Stop!! Teetttt!! Crita pasal lain plak.. Aku smlm baru siapkan project freelance aku (3 hari berturut2 buat).. Dpt la duit sket wpun $30 je.. N smlm aku rasa mcm tenang je.. Dh la mlm ganjil kan?? Aku pun buat la solat hajat n solat istikarah.. Eh.. Apa kene mengena solat istikarah dgn sakit aku?? Xde kene mengena pun.. Kene mengena dgn benda lain..huhu..

N semalam jugak aku dpt 2 project baru tp x start lg la.. Projek freelance wat kat rumah ja, satu tu programming, $600 sebulan n satu g data entry, $150 sebulan.. Alhamdulillah nampak rezeki dh dtg..hehe.. N hari ni aku dpt jemputan utk join majlis bukak posa dgn warga2 MDC n x-MDC.. Hepi jugak esok ada plan.. So nnt esok aku crita lain na..
Adios!!

Bukak posa last weekend hari kedua

Utk dua hari beturut aku bukak posa kat luaq, kali ni Alip plak blanja.. Mcmmana aku p?? Seperti biasa, Ann mai amek aku.. Pak guard rumah aku mesti heran dh 3 hari berturut2 pompuan mai ambik antaq..hehe.

Kali ni kami makan kat idrus ikan bakaq (dekat2 marin tu).. Org kat situ punya la ramai.. Sampai parking space yg besaq pun penuh.. Sedang kami dok bersembang n tunggu org azan, tiba2 aku n Ann secara serentak ternampak sesuatu yg memusykilkan.. Lantas Ann pun tanya aku, "Hg nampak tanya lelaki dok berdiri kat belakang tu?".. Tidak perlu pening2 lg, mmg sah dia!! Musuh lama!! En. Sam.. Haha.. Mana kami p ada ja dia.. Cipan toi la..

Kali ni bukan aku yg order lauk, Alip yg order.. Makan bleh tahan kaw la.. Makan 4 org ja, aku, Ann, Alip n his gf,Nurul..
Makanan : Ikan sweet sour, Pari Bakaq, Tomyam Campuq, Kailan 2 pinggan and my fav all the time, Sotong goreng tepung 4 org mkn.. Nyum!! Nyum!!


Tq2 sudi blanja.. Lepas tu, sebelum Ann hantaq aku balik, kami menyinggah ke port biasa..hehe

Bukak posa last weekend

Dh lama aku xupdate blog ni.. Byk jugak nk tulih kali ni.. Ok.. Kali ni nk crita pasai bukak posa bersama rakan2 seperjuanganku (mcm nk p perang ja)..hehe.. Ni la geng2 pencari keja baru, sorang dh dpt lg 3 blum lg..hehe..
Dengan ketiadaan keretaku akibat admit kat wad, aku di-fetch oleh K.nor n Ann.. Tq2.. Klu xdak org mai jemput aku, pakai dok rumah je la..huhu.. Kami bertiga trus bergerak ke rumah Nisa yang aku dengar ura-ura mengatakan munculnya kerata baru.. Muncul dr mana? Itu yang kita xtahu..



Rupa-rupanya kereta yg disebut itu adalah PJT5941.. Siapa driver PJT ni?? Jeng jeng jeng..


Nampak x sapa tu?? Hangpa ni buat2 x nampak plak.. Mentang2 dia kecik.. Oopss.. Sori Nisa..hehe..
Okeh, menaiki kereta baru yg dibawa oleh driver baru, x main la nk p mkn dekat2.. Kami menuju ke restoran nelayan, kuala juru.. Tempat ni la yg famous dgn mee ketam.. Disebabkan driver ni bwk ala2 F1 wpun xtau jalan, kami sampai awai.. Around 6 dh sampai (nampak sgt lapaq).. So xdak apa nk wat, kami just sembang2 (maklum la lama x berkumpul) n aktiviti yg x dilupakan, bergambaq.. Ni la muka org2 yg berpuasa (ayat cover ganti perkataan lapaq)..hehe..

Yang bestnya, kami punya la sembang sampai x sedaq pun masa jalan.. Byk sungguh nk sembang tp apa yg kami sembang pun xtau la.. Yg tau byk gelak2 ja.. Moment yg best sgt2.. Satu lagi yg istimewanya tempat ni, permandangan kuala yg cantik.. Klu mai time ni, bleh tgk sunset.. Dua kali aku mai kat sini dua2 dgn K.nor sbb K.nor suka tgk sunset..hehe..

Tunggu punya tunggu, akhirnya makanan kami pun sampai.. Tp xleh mkn lg!! Kena tunggu org azan jugak..hehe.. Kali ni order xla tamak.. Sket2 ja.. Ada tomyam ayam, telur bungkus, sotong goreng tepung (fav aku ni), udang pedas n sayur (aku x igt la sayur apa sbb aku xmkn pun).. Nampak mcm sket ja, tp nk abiskan agak mencabar jugak.. Ye la kan, lg 3 org ni kononnya diet.. Aku sorg la yg x diet.. Klu ada Ejon ni pasti dpt diabiskan dgn mudah.. Tiba2 ada iklan Ejon plak..haha..

Lepas settle makan n maghrib sume, kami pun bergerak la dgn perut yg masih lg penuh dan berat.. Gerak ke mana?? Itu yg payah nk pikiaq ni.. Nk p mana dgn perut berat ni?? Akhirnya dpt satu idea.. Tambahkan lg berat perut!! Hahaha..


Dimana?? Kami minum di pelita autocity plak sambil ditemani oleh kek2 secret recipe.. Kat sini pun lepak sembang lg.. Apa yg kami sembang?? Ntah la.. Tp hepi..hehe..

Lepas abiskan semua kek2 dan ayaq2 yg terlibat, kami pun balik.. Terasa sangat puas dengan aktiviti ni wpun asyik mkn ja.. Mentang2 bulan posa, time bleh mkn bantai cukup2..hehe.. Kami kembali ke rumah Nisa then K.nor n Ann hantaq aku balik rumah..

Itu la hari yg sgt hepi wpun sekejap ( 5 jam lama la jugak kan.. tp rasa kejap ja).. Yang aku tau, aku x kluar duit satu sen pun.. Aku pun xtau la sapa yg byq makan, kek, ayaq, tol bridge, minyak semua.. Dok nampak depa 3 org dok bergaduh nk byq.. Agak terkilan n sedih gak xleh nk join fight tu.. Tp xpa, nnt aku ada duit aku akan berperang abis-abisan.. Mkn free la hangpa tiap2 hari..hahaha.. Apa pun thank you kat Ann n K.nor yg mai ambik antaq aku, Nisa yg bwk kami p restoran yg jauh.. Thanks jugak sebab blanja semua2..

Hangpa semua mmg best.. Masa aku xdak duit (xleh nk mkn kat luaq sgt) xdak keta (xleh nk gerak p mana) hp kene bar (xleh nk contact sapa pun) sakit (bahaya kuaq sorg2), here they are.. MDC mmg tempat melahirkan kawan2 yg bagus kot..hehe..
Can't afford to lose any of you

Ahad, 29 Ogos 2010

Tinnitus

Ini la sound2 yg slalu aku dgq dalam tlinga smapai aku xleh nk tdoq.. Yg 24 jam aku dgq bunyi mcm kat 0.02-0.04 saat dlm video ni.. Try la tgk..hehe..

http://www.youtube.com/watch?v=BpEuzOtc9LE&p=40FE28727941AFCE

Aktiviti di malam hari

Apa aku buat mlm2?? Lepaking?? Ya.. Ini la aktiviti yg kurang sihat yg aku buat.. Bukan TAK sihat ya, KURANG sihat.. Ada jugak la sedikit kesihatan aktiviti mcm ni..hehe.. 2 3 mlm ni, keta kat workshop so aku ikut ja org yg bwk aku.. Tiba2 bawak aku p lepak plak (alasan2)..haha.. Nway, tq kat Ann yg sanggup p ambik antaq aku wpun rumah aku blah lain rumah dia blah lain.. Apa lg yg kami buat selain lepak sembang2 saja?? Mau tau??


1st aktiviti - SHISHA.. Ini la kejanya.. Dekat tiap2 malam hisap shisha diketuai oleh ketua shisha aku, Ann.. Port standard kami kat ivory blkg USM (dpt kredit utk USM ni).. Kat situ la tempat kami mkn mlm2 n situ la tempat bershisha.. Situ dh jd mcm medan shisha.. Penuh dgn asap..haha..

2nd aktiviti - Poker?? Main ja apa2 yg boleh main dgn card poker ni..haha.. Main ni bleh gelak2 sampai x sedar dh koi 2 3 pagi..haha.. Ini la keja mlm2 terutamanya mlm minggu.. Klu nk cari aku mlm2, cari kat Ivory ok..hehe..

Khamis, 26 Ogos 2010

System Support @ Kulim

Aku dh p interview kat Quest Adaptation koi 6 td.. Aku sampai awai 15 minit tu...haha.. Disebabkan aku xdak keta so bapak aku tlg antar.. Sampai2 tu mcm biasa isi segala mcm borang.. Then dia bg programming test utk jawab dlm 20 minit tp disebabkan aku lapaq n nk cepat2 balik ready bukak posa, aku buat 5 minit ja.. Jd byk la yg salah (guna alasan sbb buat cepat2)..hehe..
Pastu kena tunggu interviewer plak mai dr kulim. Tunggu punya tunggu, 6.45 camtu baru dia mai.. Dh interview2 semua, last skali dia kata keja ni sbnrnya System Support bukan programming.. Aku pun mcm kurang berminat dengan keja2 camni.. Tp aku tanya2 la jugak mana tau kot2 bleh rekemen kat member2..

So apa yg aku dpt tau keja ni :
- 1st level system support
- keja kat kulim
- ada elaun shift n elaun mileage (rumah ke tempat keja)
- very urgent

Dia mcm urgent sgt2 nk org so klu ada org berminat antaq ja resume ke
Serina Ong
Senior Executive
Business Development & Administrations
Quest Adaptations Sdn. Bhd.
Tel: (6) 04-646 5905
Fax: (6) 04-646 1301
H/P: (6) 012-410 9947
Email: sciong@questadaptations.com
Website: www.questadaptations.com

Rabu, 25 Ogos 2010

Interview

Baca tajuk kat atas tu mesti dh tau kan?? Ya.. Aku ada interview lg..hehe.. Lepas dh dekat 2 minggu menyepi tanpa sebarang interview, kelmarin aku dpt email dr jobstreet dipanggil interview kat -Quest apa ntah- kat bayan bay koi 6.00 ptg esok.. Lewatnya 6 ptg?? Tu la pasai.. Org nk ready bukak posa time tu (mcm aku masak ja haha) .. Rupanya interviewer aku tu skrg ada kat kulim so plg awai pun koi 6 ja bleh.. Ikut je la nk wat cammana kan..hehe..
Kelmarin jugakhadee mintak resume aku utk diforwardkan ke Tunas Muda.. K.nor pun dh forward resume aku ke company -aku x igt nama-.. Dan kelmarin jugak aku dpt reply dari -sytronic kot- (dpt dr ann) n dia tgh set tarikh untuk interview.. Semuanya datang bertubi-tubi, insyallah ada rezeki kat mana2 ni.. Thanks to all yg suka tolong aku especially Hadee n K.nor yg men rekemen2 ni, jugak Ann n Fexa yg hari2 dok antaq link job vacancy kat aku..hehehe..

Harap2 interview akan datang ni aku bleh lepas.. Mcm yg b4 ni, aku ada prob sket dgn telinga, mcm semua org tau la kan.. Skrg pun still prob lg.. Time interview aku x brapa nk dgr sgt apa org tu tanya.. Bila berkali-kali x dgr, aku trus jd down la.. Aku pun xtau yg aku ni jawab apa yg diaorg tanya atau aku jawab benda lain..haha.. Adoi nasib2..

Dah 2 malam beturut2 aroung 3 a.m. tu aku mula hilang balance.. Aku xleh nk gerak byk2 sgt.. Aku akan bgn klu nk p toilet ja itu pun melelong but still bleh jln lg, alhamdulillah.. N mcm biasa bila baring pun rasa katil mcm nk terbalik, nk tdo pun payah la.. Last night, lepas jd tu aku tdo, bgn sahur tu still pening sampai la aku nk tdo balik lepas subuh.. Alhamdulillah pagi td bgn sume ok ja.. Dh la xdak org kat rumah td.. Klu aku xleh gerak pakai demam n kaku atas kali je la..hehe.. Aku takut satu hari aku bgn2 pagi, aku dh xleh nk berdiri sendiri, xleh nk jalan sendiri.. Harap2 x jd sampai camtu la ye.. Amin..

Selasa, 24 Ogos 2010

Ubat-ubat aku + News

Arini nk crita pasai ubat plak.. Aku pun x igt salam sebulan ni brapa byk jenis ubat dh aku mkn.. Ni la ubat2 aku yg latest edition.. Ubat kulum ada 3, yg mcm trafik light ni.. Ubat telan 2 n ubat ayaq.. Ni kena mkn n mkn n mkn sampai sihat, insyaallah..

News?? Aku baru dpt jawapan daripada seorang kawan arwah,
"hazimah ada la g tgk parents dia ari jumaat tu..mereka semua redha dgn pemergiaan arwah..kami ada juga buat kutipan utk bantu arwah..insyaallah kalau diizinkan ingat nk buat batu nisan dgn duit tu.."

Aku hepi dengaq mereka tabah menghadapi semua ini.. Aku harap adik-adik dia pun tabah.. Adik perempuan dia kecik lg, mmg kesian sgt2.. N depa jugak dok kutip derma untuk buat batu nisan.. Aku agak kagum la arwah ada kawan2 mcm ni.. Serius aku kagum.. Aku plak kawan jenis cammana??

Isnin, 23 Ogos 2010

Homeopathy

Hari ni penyakit datang kembali.. Aku bgn2 pagi (xla pagi sgt), skali lg aku hilang body balance.. Rs x stabil bila bergerak kepala, lg2 la nk bgn nk jln.. Igt ke mkn ubat dh ok.. Mcm sama ja.. Info kepada yg xtau, last month aku dh p ke lam wah ee berjumpa dgn pakar ENT (Ear, Nose n Throat), lepas buat semua2 ujian termasuk la MRI scan, xdpt kesan pun punca sakit ni.. Mungkin virus katanya.. N dia just bg ubat utk try mkn.. Aku rasa mcm makin ok dh utk beberapa hari then baru2 ni dia jd mcm dulu balik..

So aritu lepas aku dh bleh balance badan aku, aku pun p try rawatan homeopathy kat byn baru.. Tempat ni kat rumah lama aku n aku dulu kecik pernah mai sini..


Aku pun berjumpa la dgn tabib manjit..haha.. Dia pun bgtau la benda yg pakar ENT x bgtau pun.. Pakar tu x bgtau apa satu pun sbnrnya.. Suh mkn ubat ja.. Kat sini dia bgtau dia benda biasa tanda-tanda tinnitus.. Aku xboleh minum coffee or nescafe (mmg aku jarang minum pun) dan nenas (mmg aku x mkn pun haha).. Dan kurangkan mknn berminyak dan pedas (fav aku ni!!).. N penyakit ni ambik masa yg lama utk sembuh sbb melibatkan saraf.. Mungkin berminggu-minggu mungkin berbulan-bulan.. Mmmm

Aku dpt lg 6 botol ubat.. Rumah aku dh mcm farmasi dh.. Mcm2 ubat dok ada..hahaha..

Pra-Sahur

Ya.. Mlm ni akhirnya berjaya jugak kluaq dgn ida selepas dekat seminggu dh nk kuar asyik pospon ja..haha.. Kami kluaq makan 4 org, aku, lan, ida n ejon.. Aktiviti ni dinamakan pra-sahur sbb aku mkn noodle ja.. Koi 5 nnt baru sahur betoi2 mkn nasi plak..hehe..


Ahad, 22 Ogos 2010

Back To Normal

Hari ni tlinga aku still lg bising melampau.. Tension gila dgq bunyi bising ni 24 jam..huhu.. Tp arini aku dh kembali kuat n tabah.. Aku dah dpt menerima dugaan yg tuhan berikan.. Allah cuma akan bg dugaan yang kita dpt terima.. Now aku dh dpt terima.. Terima kasih kepada semua org yg support aku terutamanya k.nor, ann n yamin.. Nasihat dr pengalaman depa mmg berjaya menenangkan aku..

Biasa la aku ni baru 1st time berpisah cara ni.. B4 ni berpisah pun babai2 camtu ja.. Org nk p jauh dok babai2, mintak maaf n pesan mcm2 then lepas tu still bleh msg bleh ym wpun jauh.. Tp kali ni 1st time, on that day, dia tdo ja, diangkat, diusung.. Masing2 x cakap apa2.. N aku tgk ja dia dimasukkan ke dalam tanah kemudian ditanam tanpa sempat cakap 'bye'.. Lepas tu aku pun berlalu meninggalkan dia kat situ.. Balik rumah aku xdpt dh msg or ym, "Dh sampai ke blum?".. Pengalaman yg sgt dasyat..

Seperti kata yamin, nasib baik tuhan x ambik nyawa aku dl.. Yes.. Alhamdulillah aku masih sempat bertaubat n insyaallah lepas ni aku akan jd insan yg baik di sisi Allah..

Mungkin dulu aku pernah x sembhyg lansung, aku rasa mcm aku x mintak doa lansung kat Tuhan, aku ni power sgt ka hidup kat bumi ni sendiri tanpa pertolongan??
Mungkin dulu aku pernah smbhyg plg kurg sekali ja seminggu, tp setiap kali aku smbhyg aku mintak supaya ditunjukkan jalan yg benar..

Ada sorg kawan, adik kepada kawan baik aku, Jaja cakap bukan senang nk dpt rs benda camni.. Aku sgt bertuah sebenarnya.. Akhir zaman mcm ni, aku rasa agak susah la nk dpt seru mcm ni..
Mungkin ada org lain yg berdoa utk aku terutama parent aku dan nenek aku.. Klu ada kawan-kawan yg tlg berdoa utk aku, aku sgt bertuah dpt kawan mcm tu..

Nasihat aku, klu terpesong pun, igt2lah, jgn terpesong jauh sgt.. Klu kita x mencari keredhaan Ilahi, seru tu xkan sampai.. At least, berdoa la utk dibukakkan pintu hati dan ditunjukkan jln yg benar..
Nk tunggu p haji dulu?? Confirm ka cukup duit nk p nnt?? Klu ada duit confirm ke akan p haji atau p meronda negara lain?? Sempat ka nk p??

Ada org yg hidup senang lenang.. Anak org kaya, duit byk, perempuan keliling pinggang, minum arak tiap2 mlm tp xdak apa2 pun jd kat dia.. Dia bleh hidup happy ja.. N klu Allah nk tunjuk, Allah tarik org yg dia sayang, dgn nasihat kawan2 dia, adakah dia akan ke masjid?? Atau men'double'kan men'triple'kan minum arak?? Wallahwaqlam..

Apapun skrg aku dh kuat.. Aku rasa dh boleh p melawat kubur arwah.. Tiap2 hari aku teringat nk p kubur dia.. Seakan-akan menarik aku untuk p.. 1st time ada kawan aku meninggal, aku akan still kawan dan melawat dia, insyaallah.. Harap2 bila aku dh pergi nnt, aku still ada kawan..

Nk dekat bukak posa dh ni.. Apa lg, jom bazaar!!! Hehe..

Sketsa pelajar sekolah yang dibenarkan berkahwin

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bisingnya!!

Hari ni tlinga aku bising sgt.. B4 ni mcm dh ok sket.. Tiba2 arini jd balik.. Sakit pala aku.. Mungkin sebab aku x jumpa tdoq kot.. Atau pun badan panas.. Kaki pun dh sejuk mcm nk demam..
Sesema pun x baik2 lg, ubat beli kat farmasi pun dh abis..
Lebam kat lutut aku (pelanggaran dgn stering bumper car hehe) pun dh ok sket.. Hitam kesan lebam dh kurang cuma kat tengah2 tu mcm ada sket biru.. Still sakit sket lg bila tekan.. Mungkinkah darah beku??

Cammana pun arini aku nk bukak posa kat luar jugak..

Jumaat, 20 Ogos 2010

Shafinas Hidayu

Aku ingin mengumumkan kepada sesiapa yang mengenali Shafinas Hidayu (x-MMU) bahawa beliau telah meninggal dunia pagi kelmarin (khamis) dan selamat dikebumikan selepas solat asar.. Arwah pergi pada usia 24 tahun.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga keluarganya dapat menerima ujian ini dengan tabah.. Amin..

Post ini ditulis bukan untuk merapati pemergian beliau, tetapi untuk dijadikan pedoman bg kita yang masih hidup.. Harap2 apa yg aku tulis ni dpt mengingatkan org yang membaca dan diri aku sendiri bhw kita adalah manusia yg lemah.. Mintak maaf jika ada yg tersinggung..


Inas adalah seorang kawan yg aku kena semasa dia praktikal kat NAV6, USM.. Dia adalah seorg yg hepi-go-lucky dan byk bercakap.. Hari-hari aku kat nav6 tu mmg happening bila ada dia n the geng.. Gambaq ni diambik masa konvo aku.. Aku igt lagi masa ni dia dh lewat nk balik rumah tp still lg tunggu aku utk bg hadiah (padahal esok bleh jumpa kat ofis).. Aku cakap bg esok tp dia semangat nak jugak tunggu.. Masa tu la parent aku kenal dia..

Masa berlalu sgt cepat, arwah mengalami mcm2 dugaan.. Aku cuma tau serba sedikit yang mana dia bgtau je la.. Last skali aku jumpa dia (aku x igt bulan brapa), seingat aku dekat hammer bay kami mkn ikan bakaq 5 org n dia belanja.. Masa tu aku janji dgn dia nk blanja dia mkn nnt.. X perasan plak aku dh drag 'nnt' tu jd lama sgt2 sampai skrg dh x sempat.. Igt, kalau nk buat apa2 utk sapa2, do it fast, do it asap b4 it's to late :(

Dalam 2 bulan lepas, ada satu hari tu tiba2 aku dpt msg dr arwah yg mengatakan dia admit kat hospital pp.. Aku xtau dia sakit apa n masa tu dekat kul 5 dh.. Aku x igt aku buat apa time tu tp aku x buat benda penting.. X salah aku , aku dok melepak kat khaleel.. Disebabkan dh kul 5 aku igt x sempat kot nk p (sbb waktu melawat 5-7mlm ja n maybe jem) so kesimpulannya aku x p pun jenguk dia (esoknya dia kluaq dh)..

What's wrong with me?? I just said "x sempat kot"!! I didn't even try at all!!
Kenapa aku jd camtu?? Kawan jenis apa aku ni?? huhu.. Aku xtau yang aku x dpt jumpa dia dh lepas tu.. So guys, when someone needs you, just try the hardest to be there for him/her.. Don't just take things for granted..

Sebulan yang lepas ada beberapa kali dia ol ym kat cc katanya nk cari keja.. Aku sempat sembang dgn dia tp dia x mcm dulu sgt.. She was a little bit down with her current life.. Murung sket..

And then yesterday(khamis), aku tgh tdoq tiba2 dikejutkan dengan berita yang aku mcm x percaya.. What??!! Inas dah xdak??!! Just camtu ja.. Kenapa aku xtau apa2 b4 ni?? Stakat yg aku tau arwah sakit 2 minggu yg disangkakan demam biasa then dimasukkan ke ICU.. Dia meninggal pada pagi esoknya.. Sungguh cepat.. Kalau ia terjadi kat aku, sempat ke aku bertaubat??

Seperti yg org selalu pesan tp aku buat xtau ja, selalu mintak maaf kat org.. Kali ni baru aku sedar yang aku x sempat pun nk mintak maaf dengan dia.. I'm not perfect.. Aku ada buat salah yang kadang2 aku xtau pun.. Manusia mmg slalu x nampak kesalahan sendiri.. Ada yg nampak tp terlalu ego utk mengaku itu salah sendiri.. Aku harap dia sempat teringat kat aku dan maafkan segala dosa aku kat dia.. Hanya manusia dapat memaafkan dosa sesama manusia.. So lepas ni slalu la mintak maaf.. Kita xtau hidup kita lama mana.. Aku igt nk tunggu raya ja nk p rumah dia.. Tp sket lg nk raya x sempat jugak..

Aku maafkan segala salah dia terhadap aku wpun mmg aku xde berdendam apa2 pun.. Aku harap bila aku pergi nnt, org yg masih hidup aku memaafkan dosa2 aku terhadap mereka.. Mungkin aku tidak sempat untuk mintak maaf.. Kepada org sekeliling aku, aku sentiasa memaafkan semua org setiap hari.. So jgn risau klu x sempat mintak maaf dgn aku pun.. Ini ajaran dari bos aku masa aku praktikal.. Mmg best.. Setiap hari maafkan semua org, xdak dendam, hidup mmg sangat tenteram..

Aku x sempat tgk arwah pada hari yg dia meninggal sbb aku dh terlewat.. Arwah agak bertuah kerana dok dekat area kampung so ramai org yg datang utk uruskan jenazah beliau.. Aku?? Sapa nk uruskan jenazah aku nnt??

Aku sempat tgk kawan aku tu didalam balutan kain kapan.. Kawan aku ke dalam tu?? Ya..
Aku sempat tgk dia didalam keranda.. Kawan aku ke tu?? Ya..
Aku sempat solat jenazah utk beliau.. Aku tgh sembhygkan mayat inas?? Ya..
Aku sempat konvoi mengusung mayat beliau ke tanah perkuburan.. Betul ke tu inas?? Ya..
Aku sempat melihat dia ditanam dengan timbunan tanah.. Is this real?? Ya..
Boleh x jawapan kat atas jd tidak?? Tidak

Tuhan bleh mengambil nyawa kita bila-bila masa.. Aku dpt bayangkan bagaimana kalau aku yg berada dalam kain kapan tu.. X bergerak.. Diangkat dimasukkan dlm keranda.. Diangkat kedalam tanah.. Bunyi tanah jatuh ke keranda kedengaran kuat pada mulanya kemudian menjadi perlahan.. Kemudian dibacakan beberapa pesanan dan doa.. Kemudian semua org pun bersurai.. Itu yg aku dpt tgk dgn mata aku sendiri.. Member aku kata kat aku, "abih camtu ja".. Yes.. Abih camtu ja.. Mcm tu la ending kita nnt..

Selepas selesai semuanya, semua org berangkat pergi, aku kaku xtau nk p mana.. Aku nk p siram kubur arwah tp semakin dekat aku melangkah ke depan aku xtau nk describe perasaan tu.. So aku x jd p dekat.. N aku nk balik.. Tp aku dpt bayangkan yg dia akan disoal selepas aku balik.. Aku jd takut dan kaku.. Semoga dia dapat menjawabnya dgn mudah.. Setakat yg aku kenal arwah, aku yakin dia dpt menjawab dgn lancar.. Tp bagaimana dgn aku nnt apabila semua org balik meninggalkan aku sorg2 dia dlm tu?? Boleh jawab x??

Yang plg aku kesian bila tgk kedua ibubapanya yg kehilangan anak.. Aku akan truskan jugak plan aku utk p rumah dia raya ni.. N insyaallah bila aku ada masa atau aku lalu kat situ aku akan singgah jenguk parent dia.. Semasa arwah masih hidup, parent dia layan aku dgn baik.. Aku akan truskan perhubungan tu wpun arwah dh xdak.. Insyaallah, klu aku pergi meninggalkan dl parent aku, ada kawan2 aku yg akan jenguk parent aku..

Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau peliharalah shafinas idayu daripada azab seksa kubur dan seksa api neraka.. Kau ampunkanlah dosa-dosanya.. Kau berilah kebahgiaan kepadanya di akhirat Ya Allah..

Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada keluarganya terutama ibubapanya untuk menerima dugaanMu ini.. Mungkin ini jalan yg terbaik untuknya.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya..

Ya Allah, Kau tunjukkanlah aku jalan yg benar, ampunkan dosa-dosaku, jauhi aku dr segala penyakit dan berilah kepadaku rezekiMu.. Apa yg aku ada ini semuanya pinjaman drMu Ya Allah..

Ya Allah, Kau berilah kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada kedua ibubapaku..
Kau berilah kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada keluargaku.. Kau berilah kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada semua rakan-rakanku.. Kau tempatkanlah mereka kedalam golongan yg beriman.. Kau jauhkan mereka dr penyakit dan segala gangguan Ya Allah..
Amin...
Al-Fatihah

Untuk inas, walaupun inas xdpt baca,
Inas pernah buat asyraf ketawa,
Inas pernah buat asyraf menangis,
Skrg inas dh buat asyraf sedar yang asyraf sangat beruntung kenal inas,
Terima kasih atas segala yg inas berikan dr hari pertama kita kenal hingga hari inas pergi ke dalam liang lahat..
Terima kasih inas..
Asyraf akan pijak lg ke tanah perkuburan tu utk melawat inas, isnyaallah..
Kita still kawan sampai bila2 ok? Ok..

Buat pertama kali aku mengucapkan kata-kata ini dengan penuh erti, "Suka duka kita bersama hanya tinggal kenangan"..

Video ni feza yg bg kat aku.. Sama2 kita layan ramai2..
http://www.youtube.com/watch?v=i2yfH8LKUsw