Jumaat, 20 Ogos 2010

Shafinas Hidayu

Aku ingin mengumumkan kepada sesiapa yang mengenali Shafinas Hidayu (x-MMU) bahawa beliau telah meninggal dunia pagi kelmarin (khamis) dan selamat dikebumikan selepas solat asar.. Arwah pergi pada usia 24 tahun.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga keluarganya dapat menerima ujian ini dengan tabah.. Amin..

Post ini ditulis bukan untuk merapati pemergian beliau, tetapi untuk dijadikan pedoman bg kita yang masih hidup.. Harap2 apa yg aku tulis ni dpt mengingatkan org yang membaca dan diri aku sendiri bhw kita adalah manusia yg lemah.. Mintak maaf jika ada yg tersinggung..


Inas adalah seorang kawan yg aku kena semasa dia praktikal kat NAV6, USM.. Dia adalah seorg yg hepi-go-lucky dan byk bercakap.. Hari-hari aku kat nav6 tu mmg happening bila ada dia n the geng.. Gambaq ni diambik masa konvo aku.. Aku igt lagi masa ni dia dh lewat nk balik rumah tp still lg tunggu aku utk bg hadiah (padahal esok bleh jumpa kat ofis).. Aku cakap bg esok tp dia semangat nak jugak tunggu.. Masa tu la parent aku kenal dia..

Masa berlalu sgt cepat, arwah mengalami mcm2 dugaan.. Aku cuma tau serba sedikit yang mana dia bgtau je la.. Last skali aku jumpa dia (aku x igt bulan brapa), seingat aku dekat hammer bay kami mkn ikan bakaq 5 org n dia belanja.. Masa tu aku janji dgn dia nk blanja dia mkn nnt.. X perasan plak aku dh drag 'nnt' tu jd lama sgt2 sampai skrg dh x sempat.. Igt, kalau nk buat apa2 utk sapa2, do it fast, do it asap b4 it's to late :(

Dalam 2 bulan lepas, ada satu hari tu tiba2 aku dpt msg dr arwah yg mengatakan dia admit kat hospital pp.. Aku xtau dia sakit apa n masa tu dekat kul 5 dh.. Aku x igt aku buat apa time tu tp aku x buat benda penting.. X salah aku , aku dok melepak kat khaleel.. Disebabkan dh kul 5 aku igt x sempat kot nk p (sbb waktu melawat 5-7mlm ja n maybe jem) so kesimpulannya aku x p pun jenguk dia (esoknya dia kluaq dh)..

What's wrong with me?? I just said "x sempat kot"!! I didn't even try at all!!
Kenapa aku jd camtu?? Kawan jenis apa aku ni?? huhu.. Aku xtau yang aku x dpt jumpa dia dh lepas tu.. So guys, when someone needs you, just try the hardest to be there for him/her.. Don't just take things for granted..

Sebulan yang lepas ada beberapa kali dia ol ym kat cc katanya nk cari keja.. Aku sempat sembang dgn dia tp dia x mcm dulu sgt.. She was a little bit down with her current life.. Murung sket..

And then yesterday(khamis), aku tgh tdoq tiba2 dikejutkan dengan berita yang aku mcm x percaya.. What??!! Inas dah xdak??!! Just camtu ja.. Kenapa aku xtau apa2 b4 ni?? Stakat yg aku tau arwah sakit 2 minggu yg disangkakan demam biasa then dimasukkan ke ICU.. Dia meninggal pada pagi esoknya.. Sungguh cepat.. Kalau ia terjadi kat aku, sempat ke aku bertaubat??

Seperti yg org selalu pesan tp aku buat xtau ja, selalu mintak maaf kat org.. Kali ni baru aku sedar yang aku x sempat pun nk mintak maaf dengan dia.. I'm not perfect.. Aku ada buat salah yang kadang2 aku xtau pun.. Manusia mmg slalu x nampak kesalahan sendiri.. Ada yg nampak tp terlalu ego utk mengaku itu salah sendiri.. Aku harap dia sempat teringat kat aku dan maafkan segala dosa aku kat dia.. Hanya manusia dapat memaafkan dosa sesama manusia.. So lepas ni slalu la mintak maaf.. Kita xtau hidup kita lama mana.. Aku igt nk tunggu raya ja nk p rumah dia.. Tp sket lg nk raya x sempat jugak..

Aku maafkan segala salah dia terhadap aku wpun mmg aku xde berdendam apa2 pun.. Aku harap bila aku pergi nnt, org yg masih hidup aku memaafkan dosa2 aku terhadap mereka.. Mungkin aku tidak sempat untuk mintak maaf.. Kepada org sekeliling aku, aku sentiasa memaafkan semua org setiap hari.. So jgn risau klu x sempat mintak maaf dgn aku pun.. Ini ajaran dari bos aku masa aku praktikal.. Mmg best.. Setiap hari maafkan semua org, xdak dendam, hidup mmg sangat tenteram..

Aku x sempat tgk arwah pada hari yg dia meninggal sbb aku dh terlewat.. Arwah agak bertuah kerana dok dekat area kampung so ramai org yg datang utk uruskan jenazah beliau.. Aku?? Sapa nk uruskan jenazah aku nnt??

Aku sempat tgk kawan aku tu didalam balutan kain kapan.. Kawan aku ke dalam tu?? Ya..
Aku sempat tgk dia didalam keranda.. Kawan aku ke tu?? Ya..
Aku sempat solat jenazah utk beliau.. Aku tgh sembhygkan mayat inas?? Ya..
Aku sempat konvoi mengusung mayat beliau ke tanah perkuburan.. Betul ke tu inas?? Ya..
Aku sempat melihat dia ditanam dengan timbunan tanah.. Is this real?? Ya..
Boleh x jawapan kat atas jd tidak?? Tidak

Tuhan bleh mengambil nyawa kita bila-bila masa.. Aku dpt bayangkan bagaimana kalau aku yg berada dalam kain kapan tu.. X bergerak.. Diangkat dimasukkan dlm keranda.. Diangkat kedalam tanah.. Bunyi tanah jatuh ke keranda kedengaran kuat pada mulanya kemudian menjadi perlahan.. Kemudian dibacakan beberapa pesanan dan doa.. Kemudian semua org pun bersurai.. Itu yg aku dpt tgk dgn mata aku sendiri.. Member aku kata kat aku, "abih camtu ja".. Yes.. Abih camtu ja.. Mcm tu la ending kita nnt..

Selepas selesai semuanya, semua org berangkat pergi, aku kaku xtau nk p mana.. Aku nk p siram kubur arwah tp semakin dekat aku melangkah ke depan aku xtau nk describe perasaan tu.. So aku x jd p dekat.. N aku nk balik.. Tp aku dpt bayangkan yg dia akan disoal selepas aku balik.. Aku jd takut dan kaku.. Semoga dia dapat menjawabnya dgn mudah.. Setakat yg aku kenal arwah, aku yakin dia dpt menjawab dgn lancar.. Tp bagaimana dgn aku nnt apabila semua org balik meninggalkan aku sorg2 dia dlm tu?? Boleh jawab x??

Yang plg aku kesian bila tgk kedua ibubapanya yg kehilangan anak.. Aku akan truskan jugak plan aku utk p rumah dia raya ni.. N insyaallah bila aku ada masa atau aku lalu kat situ aku akan singgah jenguk parent dia.. Semasa arwah masih hidup, parent dia layan aku dgn baik.. Aku akan truskan perhubungan tu wpun arwah dh xdak.. Insyaallah, klu aku pergi meninggalkan dl parent aku, ada kawan2 aku yg akan jenguk parent aku..

Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau peliharalah shafinas idayu daripada azab seksa kubur dan seksa api neraka.. Kau ampunkanlah dosa-dosanya.. Kau berilah kebahgiaan kepadanya di akhirat Ya Allah..

Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada keluarganya terutama ibubapanya untuk menerima dugaanMu ini.. Mungkin ini jalan yg terbaik untuknya.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya..

Ya Allah, Kau tunjukkanlah aku jalan yg benar, ampunkan dosa-dosaku, jauhi aku dr segala penyakit dan berilah kepadaku rezekiMu.. Apa yg aku ada ini semuanya pinjaman drMu Ya Allah..

Ya Allah, Kau berilah kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada kedua ibubapaku..
Kau berilah kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada keluargaku.. Kau berilah kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada semua rakan-rakanku.. Kau tempatkanlah mereka kedalam golongan yg beriman.. Kau jauhkan mereka dr penyakit dan segala gangguan Ya Allah..
Amin...
Al-Fatihah

Untuk inas, walaupun inas xdpt baca,
Inas pernah buat asyraf ketawa,
Inas pernah buat asyraf menangis,
Skrg inas dh buat asyraf sedar yang asyraf sangat beruntung kenal inas,
Terima kasih atas segala yg inas berikan dr hari pertama kita kenal hingga hari inas pergi ke dalam liang lahat..
Terima kasih inas..
Asyraf akan pijak lg ke tanah perkuburan tu utk melawat inas, isnyaallah..
Kita still kawan sampai bila2 ok? Ok..

Buat pertama kali aku mengucapkan kata-kata ini dengan penuh erti, "Suka duka kita bersama hanya tinggal kenangan"..

Video ni feza yg bg kat aku.. Sama2 kita layan ramai2..
http://www.youtube.com/watch?v=i2yfH8LKUsw

4 ulasan:

  1. acap,..
    noor teringat lagi arwah nangis2 kat toilet..masa tu arwah dok training kat lab NAV6,..insaf,.. baca kat sini.. menangis terkenangkan arwah..
    apapun.. alfatihah buat arwah dan slam takziah kepada famly arwah..

    salam

    BalasPadam
  2. tu la kan noor.. mcm2 kenangan yg ada.. asyraf pun xleh nk stop lg sedih.. esok lusa ok la kot.. Dh ok sket nnt bleh la nk p balik lawat kubur dia..

    BalasPadam
  3. bro..ape2 pun aku nak mintak maaf..jika ku ada buat silap kat ang....dari hujung rambut sampai hujung kaki.....

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah untuk beliau....

    BalasPadam