Khamis, 14 Julai 2011

Solat Subuh di India














Isnin, 4 Julai 2011

Harimau Muda n Harimau Malaya

Kali ni nk crita pasal bola plak.. Team bolasepak Malaysia sekarang ni semakin garang.. Go Go Harimau.. Seperti yg coach kita cakap, team ni ditarget untuk meletup dalam 5 tahun.. Skrg baru tahun ke 2 dan impaknya sgt kuat nampak gayanya.. Bleh kata kalau pakai jersi malaysia warna kuning tu mesti jumpa org yg pakai baju sama..haha.. Baju biru aku jarang tgk.. Kuning hitam lg cantik biru kosong tu..

Lepas tengok match Taiwan vs Malaysia smlm, mmg xleh nk nafikan goal kita mmg internation level!! 1st goal mmg superb dr aidil.. 35 meter tu.. 2nd goal pun tepat2 ujung goal + keeper yg silap agak..

Seperti yang kita tau team Harimau Muda dh berjaya ke peringkat ke-3 kelayakan Olimpik..
Team Harimau Malaya pulak akan jumpa Singapore 23 dan 27 Jun ni utk ke peringkat ke 3..

So apa yg menanti kita di peringkat ke-3?

Harimau Muda skrg berada di senarai Top 12 Asia..

1. Korea Republic
2. Australia
3. Japan
4. Iraq
5. Bahrain
6. Qatar
7. Saudi Arabia
8. Syria
9. Uzbekistan
10. Oman
11. UAE
12. Malaysia

Nampaknya kita dikelilingi oleh Pak Arab dan jugak Jepun, korea selatan, australia.. Team2 semua mmg top la termasuk Malaysia.. Mmg kagum..
So untuk 3rd round, 7hb ni kesemua 12 pasukan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan..
So kita xtau kita dok kat celah2 pak arab atau pun team yg power abis..

Juara setiap kumpulan akan mara ke Olimpik (3 akan mara)
Naib Juara setiap kumpulan akan lawan kalah mati (1 akan mara)

So mampukah skuad Harimau Muda capai Juara ataupun Naib Juara.. Ni mmg x sabaq utk dinantikan.. Ada harapan ni!!

Now kita crita pasal WC Qualifier plak.. Skuad Harimau Malaya ramai jugak budak2 muda.. So x dinafikan geng2 ni ada byk masa lg utk meletup..

Lepas Round 1 tamat, 8 pasukan yang menang aritu akan join 22 pasukan yg menunggu di round tu (mesti la depa2 ni team yg ranking lg tinggi).. So yg menunggu kita adalah Singapore yang x la kuat sangat.. Pemain import ja lebih..

Senarai perlawanan round 2 adalah (bersama ranking masing2) :
Thailand (123)- Palestine (167)
Lebanon (177)- Bangladesh (163)
China PR (75)- Laos (174)
Turkmenistan (143) - Indonesia (132)
Kuwait (102) - Philippines (159)
Oman (107) - Myanmar (167)
Saudi Arabia (92) - Hong Kong (146)
Iran (50) - Maldives (151)
Syria (109) - Tajikistan (135)
Qatar (94) - Vietnam (140)
Iraq (96) - Yemen (131)
Singapore (142) - Malaysia (144)
Uzbekistan (86) - Kyrgyzstan (169)
United Arab Emirates (110) - India (147)
Jordan (84) - Nepal (148)

Singapore ranking lebih tinggi lagi kita mungkin sebab lawan frenli byk menang.. Tp mcmmana pun buat masa skrg Malaysia adalah juara Asia Tenggara.. Sepatutnya Malaysia akan berjaya kalahkan Singapore yg suka import player ja..

15 pasukan akan mara ke 3rd round yang akan ditunggu Japan, Korea Republic, Australia, DPR Korea and Bahrain..

So katakan Malaysia menang dan team2 kuat semua menang (klu team kuat kalah lagi bagus, lebih besaq chance kita nk menang game), team yg ada kat 3rd round adalah :

1. Japan (13)
2. Australia (22)
3. Korea Republic (26)
4. Iran (50)
5. China PR (75)
6. Jordan (84)
7. Uzbekistan (86)
8. Saudi Arabia (92)
9. Qatar (94)
10. Iraq (96)
11. Bahrain (102)
12. Kuwait (102)
13. Oman (107)
14. Syria (109)
15. United Arab Emirates (110)
16. DPR Korea (119)
17. Thailand (123)
18. Indonesia (132)
19. Malaysia (144)
20. Bangladesh (163)

Susah wooo nk masuk WC.. N untuk 3rd round x semudah Olimpik..

3rd Round
20 pasukan akan dibahagi 5 kumpulam.. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara..

4th Round
10 pasukan akan dibahagi kepada 2 kumpulan.. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan masuk WC..
Pasukan yg berada di no 3 akan berentap semasa sendiri dan pemenangnya akan berentap dengan pemenang dari Oceania WC Qualifier.. Pasukan yang menang akan masuk WC..

Susah gila kan..hehe.. Bagi aku WC tu jauh lg utk dicapai.. Klu dpt masuk Olimpik 2012 pun dh kira respect dgn team Malaysia yang kian meningkat.. Harimau Mengaum!!!

Ahad, 12 Jun 2011

Universal Studio – Sinopsis dan budget

Bagi mereka yang nk bercuti sekeluarga atau bersama kawan2, aku sarankan p ke Universal Studio.. Mmg berbaloi-baloi.. Bg orang yang kuat berjalan kaki, mmg mudah je la pusing satu Studio tu.. Bagi orang-orang yg x larat nk berjalan especially orang-orang tua, kat sana ada kerusi roda.. Bleh tolak je sepanjang Studio dan ada tempat parking di setiap attraction.. Bagaimana pun attraction2 dia kurang sesuai untuk orang-orang yang berpenyakit mcm sakit jantung atau darah tinggi..

2 hari 1 malam ke Universal Studio

Aku suggest duduk je kat Tune JB.. Hotel2 kat singapore mmg membuang duit.. Bilik Tune utk 2 org (Double Single bed @ Single Queen bed) baru harga dalam RM50-100.. Dan satu lg kat hotel ni jugak ada Shuttle p balik ke Universal Studio.. Paling bagus p pagi balik malam.. So bersedialah untuk keletihan melampau..haha..

Untuk masuk Universal Studio plak, harga tiket depends on hari, kalau x silap maximum $68.. Makan dalam Universal Studio x la mahal, lebih kurang $10 per meal per person.. Untuk tujuan tu, aku budget dalam $150 sorg pun dh cukup pun tiket, makan2 dan beli souvenir..

Hotel : RM50 sorg (Harga bilik dalam RM50-100)
Shuttle : RM25
Singapore : RM360 (S$150)

So kesimpulannya, RM500 sorang sangat mencukupi (tambah dengan brekfes n dinner kat JB, shopping kat 7E dan naik kerusi urut Rest n Go..haha)

3 hari 2 malam ke Universal Studio/Sentosa Island

Macam td jugak, kali ni 1st day masuk Universal Studio n 2nd day ronda2 attraction kat Sentosa Island.. Dua2 tempat ni amat la sesuai untuk tangkap2 gambaq ni.. Sapa ada DSLR tu sesuai la sangat.. Pulau ni sangat la cantik.. Kalau boleh avoid hujung minggu @ cuti sekolah sebab terlalu ramai orang sampai nk ambik gambaq pun payah.. Mesti ada ja orang lain nk masuk..hahaha..

Attraction kat Sentosa Island penuh dgn kecabaran (maksudnya agak mencabar..haha..).. X silap aku, aku tgk full day full attraction tiket harga dia $68 jugak.. Bleh la main2 semua yang aku crita kat post ‘Day 3’. Ada sesetengah attraction kena bayaq asing x silap aku..

Untuk sapa2 nk p dua hari ni aku rasa kena la kurangkan sket membeli belah kat Universal Studio.. Kiranya tiket jd $68*2, makan $10*4.. Total semua $176

Hotel : RM100 sorg (Harga bilik dalam RM50-100)
Shuttle : RM50
Singapore : RM480-600 (S$200-250)

Budget semuanya dalam RM650-750 sorang.. Cammana pun kat Sentosa Island tu x perlu kot full attraction.. Bleh budget2 kat situ..

Anyway dari Sentosa Island to bleh jalan dalam Singapore dengan mudah dengan adanya MRT.. Sistem MRT kat sana sangat best dan senang.. Bleh ronda2 singapore untuk hari ke 3 ke, ikut suka la nk plan cammana pun.. Selamat melihat sendiri culture orang Singapore yang agak rude.. Jangan lupa singgah kat Mustapa Centre bagi yang nk bershopping.. P bila2 masa pun xpa sebab 24jam (aku p koi 8 pagi xdak orang..haha)..

So kalau nk buat plan2 lain tu, pandai2 la kira sendiri.. Takat ni ja aku rajin kira..haha.. Ada soalan bleh tanya dalam comment (macam pakar kaunseling plak)..haha

Sabtu, 11 Jun 2011

Cuti-cuti Malaysia-Singapore Day 4

ari ni bangun awai memandangkan tdoq atas katil batu dan flight koi 2pm.. Macam yang aku cakap, Mustapa Center bukak 24jam.. So aku turun seawal 8 pagi untuk p shopping.. Xdak orang!! Yeay!!

Yang bestnya kat sini, xdak sapa2 promoter yang ikut bila kita nk beli barang.. Even kasut yang harga $100 @ $200 (kat sini dlm RM500) skali pun dilonggokkan di rak-rak.. Try la banyak mana nk try pun.. X dak sapa marah, xdak sapa ikut, xdak sapa peduli.. Dengan hepinya dok try macam2 jenis kasut..haha..

Mustapa Centre pun ada restoran sendiri.. Macam2 jugak ada.. Tried nasi lemak n roti cheese for breakfast.. Sedap.. Thumbs up..



Then tibalah kul 12 masa untuk checkout, naik teksi hyundai sonata.. Tau nk p airport ja, tiba2 pakcik teksi tu tanya, "Which Terminal?".. Ha?? Ada terminal2 plak ka?? Haha.. Rupanya changi airport ada 3 terminal dan 1 terminal tambang murah.. Bila sampai ke kawasan airport, ada tunjuk list nama kapal terbang setiap terminal.. Where got AirAsia?? Rupanya nama2 airlines yg popular ja depa letak situ.. So pakcik teksi yang baik hati tu kata kita try p kat Terminal 1 dl klu xdak kita p Terminal 2 plak (dengan harapan bleh tambah jarak dimeter teksinya)..haha.. Sampai ja kat Terminal satu, kat situ ada tulih AirAsia, siap tulih pintu mana kena masuk..

Teksi agak canggih ada sistem GPS.. Sampai ja kluaq brapa $$ kena bayaq.. So no tipu-tipu ok!! Masuk ja pintu tu trus sampai ke kaunter check-in AirAsia.. Mmg segalanya mudah kat sini.. Mungkin sebab orang Singapore ni malas nk tolong org.. So buat semua siap2, pandai2 la hampa layan diri..haha.. Airport Changi lebih kurang KLIA ja aku tgk..

Tamatlah percutian 4 hari 3 malam hehe.. Satu lg experience yang best!! Kumpul duit cepat.. Nk p tempat lain plak.. :D

Rumusan untuk sesiapa nk p coming up dlm next post..

Ahad, 22 Mei 2011

Cuti-cuti Malaysia-Singapore Day 3

Hari ni tiket bas aku pukul 8.30.. Pagi2 dh kelam kabut bgn nk p brekfes.. Kedai pun x bukak lg..haha.. Nasib baik ada 7E.. Makan la apa yg ada kat 7E..

Abih ja mkn kat 7E, restoran Es-Teler bukak la plak.. 2nd brekfes plak.. Aku try big brekfes dia.. Bleh tahan..

Setibanya aku di Sentosa Island skali lg, kali ni aku berjalan2 di kawasan luaq Universal Studio pulak.. Baru aku tau kat Sentosa Island ni ada byk lg attraction.. X silap aku ticket untuk 11-12 attractions kat Imbiah Lookout(full day) @ $68.. Ada package half day jugak dr 2-6 ptg untuk 4 attraction @ $40.. Aku sempat masuk Sentosa 4D Magix ja..

Antara yg ada kat sini

1. Butterfly Park & Insect Kingdom

2. Images of Singapore.. Rsnya yg ni mcm muzium je kot



3. Megazip.. Flying Fox merentasi hutan.. Mcm sempoi ja



4. ClimbMax.. Ini mcm jambatan gantung tp jambatan gantung yang rosak.. Mengayatkan lagi sesiapa yang gayat..haha.. Nampak mcm penuh dgn halangan mencabar ni.. mesti cuba!!



5. ParaJump.. Yg ni aku tengok kat sana macam terjun guna parachute.. Sempoi jugak ni..

6. Singapore Cable Car

7. Tiger Sky Tower.. Dalam ni bleh tengok pulau sentosa dari atas.. Masuk dalam tempat yang macam piring tu, dia akan slow2 naik sampai ke puncak..



8. The Merlion.. Aku tengok dr luaq ja.. Bleh masuk dalam n naik ke mulut singa ni.. Nampak dr jauh ada orang kat mulut dia..



9. Skyline Luge Sentosa.. Yang ni pun macam teringin nk naik kat sana tp x sempat jugak.. Ada dua, satu atas jalas satu lg naik skyrider mcm kat bukit merah laketown (mcm yang orang naik masa main ski)..



10. Sentosa 4D Magix.. Muvi 20 minit tentang pirate ala2 pirate of carribean.. 3d n effect lebih kurang Shrek 4D.. Awai2 dh kena tembak dengan taik burung..Cis..hahaha..



11. Sentosa CineBlast.. 3D Roller Coaster Ride Simulator.. X sempat nk masuk



12. DESPERADOS.. Main game tembak2..





13. Fort Siloso



14. Underwater World Singapore and Dolphin Lagoon

15. Songs of the Sea



16. Wave House Sentosa




17. Crane Dance (free!!)

18. Lake of Dreams (free!!).. Siang cantik show sebelah malam pun cantik..

Kat pulau ni ada 3 pantai, Palawan, Siloso, Tanjung.. Semua pantai aku x sempat p.. Maknanya, kena p skali lg..haha

Setiap satu tempat ni jauh2 (x la jauh sgt, cuma x sebelah2).. Ada bas n MRT free dalam tu.. So senang je la.. But anyway, kita perlukan sehari untuk p semua tempat.. Kalau nk mai pastikan ada sehari untuk merantau2 di Sentosa Island..

Time's out!! Kena bergegas untuk check in hotel.. Setelah menaiki MRT, akhirnya sampai ke CITY SQUARE MALL..

Kelibat hotel dh nampak.. Nampak mcm ok dr luaq.. Seperti yang ditulis kat website, "Experience comfortable and luxurious accommodations here at The Claremont Hotel in Serangoon Road, Singapore."..



1st impression masuk lobby, hotel murah n staf seperti comment2 di internet, VERY RUDE!! Masuk dalam bilik plak, dah la sempit, katil keras macam batu, gelas kotoq nk mampuih, telefon letak atas lantai(hahaha).. Toilet ja ok sket tp tuala bau apa ntah.. Biasa la kan hotel murahan ja.. $168..haha.. Cop!!! $168 = RM400!! Ayoyo Amma Appa.. Tune is 10 times better than this hotel..hahaha.. Yang bagusnya, hotel ni dekat dgn MRT dan berhadapan dgn Mustapa Centre..



For lunch, setelah berjalan2 di kawasan berhampiran, x nampak sgt restoran halal, kami decide mkn nasi kandar ja.. Kat sebelah Mustapa Centre tu ada restoran "AB Mohammed".. Layanan makak kat sini sgt baik nk dibandingkan dgn org2 singapore yang kekurangan manners..

Lepas makan, time to shopping at mustapa, tp keadaan tidak mengizinkan, kepala pening setelah melihat terlalu ramai org.. Jadi aku balik tdoq.. Tp xpa.. Mustapa Centre ni bukak 24 jam!!

Sebelah malam pulak naik MRT nk p ke Bugis Street, tempat ala2 petaling street la tp di bawah bangunan.. Kat sini ada jual macam2 barang.. Tp barang2 banyak dari cina ja.. Mcm barang yang sama ada kat malaysia.. Keychain pun bentuk sama cuma customize tulih singapore ja.. Aku pun xjd la beli, dh la sama, 3 for $10 plak tu.. Tempat ni agak besaq, ada macam2 barang yang sesuai untuk perempuan termasuk rantai, baju dan handbag.. Yang bestnya, setiap pelusuk ada camera.. Yang x bestnya, orang singapore sangat kurang ajaq..

Nak diceritakan satu kisah, dari hotel nak ke Bugis Street ni kena naik 2 MRT train lain2.. Kena tukaq stesen kat apa nama tempat tu ntah, kita panggil stesen A ja la.. So mcm biasa kami beli la tiket ke stesen A, harga $2.60.. Sampai kat stesen A, ada la signboard untuk naik train satu lg, jalan punya jalan tengok2 sampai ke train tu trus.. Aik??!! Mana nk beli tiket?? Rupanya MRT kat sini bukan macam kat Malaysia.. Xpayah kluaq masuk stesen rupanya.. Biasa la 1st time, buta MRT..haha.. So kami terpaksa la kluaq, beli tiket ke Bugis Street ($2.60) dan masuk balik.. Mmg wat lawak..
Lepas belajaq dari kesilapan, masak nk balik tu try la beli tiket direct.. Budget tadi mai $2.60+$2.60, balik ni beli direct maybe dpt murah sket kot.. Cuba teka brapa kena bayaq?? $2.60 jugak..hahaha.. Rugi td byq 2 kali ganda..hahaha

So kembalilah ke hotel dengan keletihan, tdoq di atas katil batu..

Cuti-cuti Malaysia-Singapore Day 2

Hari kedua aku dok di Danga Bay, Johor.. Macam biasa bila family vacation ada hari yang keletihan ada hari untuk rehat2.. Bercuti untuk berehat kan.. 2nd day kat sini didedikasikan untuk berehat..hehe.. Setelah penat seharian dr pagi sampai malam aku berjalan, aku bangun kul 10 pg.. So xdak apa sangat nk buat aku pun berehat2 je la.. Sambil melayan fb dan upload gambaq2 yg ada sikit2..hehe.. Lepas siap2 semua aku turun bawah tengok apa yang ada kat tune ni.. Tune kat sini agak best n menyenangkan.. Ia ada kawasan sendiri yang ada pakgad.. Dalam kawasan Tune ni ada 7-eleven, kerusi2 untuk lepak, ofis AirAsia, ofis syarikat bus shuttle ke singapore dan jugak restoran Es-Teler.. Dalam area lobby plak bleh main internet FREE!!(bleh main game fb) dan bleh dok kat kerusi urut Rest N Go (lebih 10 kali kot dok mengurut kat kerusi ni)..

Aku turun2 p shopping kat 7E (pakai duit malaysia senang sket nk shopping haha), lepak kat luaq menghirup udara segar then p main internet.. Lepas tu kami semua kluaq lunch kat kedai di kawasan berhampiran.. X salah aku kedai tu xdak nama..hahaha.. Makan nasi campuq ja kat sini.. Lepas makan trus balik hotel, main internet sat then naik atas sambung tdoq..haha..

Bangun2 dh petang koi 4.. Xdak plan n xdak transport nk p mana + jalan nampak sgt jem (maybe sebab hari jumaat), kami pun turun skali lg lepak kat Es-Teler.. Lepas tgk comment2 kat foursquare(ada bagus jugak forsquare ni wpun aku x suka check-in..haha), aku terbaca org kata roti bakaq kat sini sedap.. So aku pun order la roti bakar.. Intinya coklat+cheese+choc rice, kat atas letak cheese.. Yummy2..

Kami order mee goreng dan abc (depa x pakai pewarna pun) yg kurang menarik..haha..

Kat sini ada satu pusat karaoke bernama Suara OK.. Quite nice.. Bgnn cantik, bilik cantik, lagu up-to-date, feeling ok, cuma suara ja x ok..hahaha.. 1st time nyanyi 2 lagu maheir zain.. Harga pun ok.. Rm15 untuk sejam + dapat 30 minit FREE.. So kiranya RM15 utk 90 minit.. Sangat2 la murah klu nk kira..

Sebelah malam pulak, kami berjalan kaki ke Danga Bay, 15-20 minit dr Tune.. Malam tu mcm xdak org.. Kurang meriah.. Kami makan kat Bistro Bawang Merah.. Chicken wing dia terbaik dr ladang!! Chicken chop pun bleh tahan..

Maka berjalan pulanglah sesudah menikmati makanan..

Tamat hari berehat-rehat.. Malam tu kul 4 dh jaga xleh lena.. Get ready untuk checkout and masuk ke singapore esok hari..

Sabtu, 21 Mei 2011

Cuti-cuti Malaysia-Singapore Day 1

Yuhuu!!! Kali ni aku nk cerita percutian di Johor/Singapore yang sangat best dan mengetahui benda-benda x best.. Apa tu?? Aku pun x brapa faham ayat aku..haha.. Nnt crita-crita faham la kot..hehe..

Start dari 1st day, khamis last week (12 may), aku terbang dari Penang pukul 6.40 pagi ke Johor (sbb tiket ke johor murah lg dr singapore..haha).. Seperti biasa kalau terbang2 ni mesti ada double meal.. Kali ni double brekfes, MCD di airpot penang dan KFC di airport Johor.. Dari airport trus ambik teksi ke Tune Hotel (sbb hotel Tune murah lg dr hotel singapore..haha).. Around pukul 9.30 sampai la ke Tune.. Bagi sapa2 nk jimat 1 malam boleh buat camni tp kat Tune Johor ni xbleh check in awal.. But still bleh simpan beg la dengan bayaran brapa ringgit aku x igt..

Bas shuttle ke Sentosa Island dimana letaknya Universal Studio boleh naik trus dari Tune Hotel.. RM25 sorang for return ticket.. Aku naik bas kul 10 dan sampai kat sana kul 11.30.. Dalam bas boleh tidoq dgn selesa, dia pakai bas ala2 snoozer seat.. Ada tv tp xleh bukak..haha.. Setiap perjalanan kena turun 2 kali, imigresen malaysia n imigresen singapore.. Yang malasnya kena beratuq.. Aku p hari khamis x ramai sangat la orang beratuq..hehe..

Akhirnya aku sampai jugak di Universal Studio, salah satu tempat dalam wishlist aku..haha..

Lepas penat bergambaq kat bola universal studio kat depan tu (kena tunggu dia pusing2), akhirnya tiket dibeli..hehe.. Harga tiket $66 per adult.. Kebetulan time aku p tu ada diskaun 30% kalau guna mastercard.. Jimat la sket..hehe.. Dalam ni ada 7 themes zone : Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City, New York..

Masuk2 ja pintu Universal Studio, aku melalui laluan Hollywood.. Tempat yang sangat cantik untuk bergambaq.. Oleh sebab aku x pakai camera dslr (pakai camera hp ja..haha), aku snap2 cepat2 n jalan.. Perjalanan masih panjang..hehe..

Sampai di hujung jalan Hollywood, kita dapat view seluruh theme park termasuk la Far Far Away Castle yang dok ada jauh..

Dr sini nampak mcm park ni kecik ja.. Tp rupanya punya la lama nk pusing satu round..hehe.. Setelah cabutan dibuat dengan "ooo zom", kami buat keputusan untuk jalan ke kiri dulu..

Maka tiba la di Madagascar..


1. Madagascar : A Crate Adventrure, indoor water boat ride x silap aku.. Masa aku p tu depa tengah testing.. Mainan ni dilancarkan lagi 4 hari on 16 May.. Hampeh betoi.. X sempat jugak aku merasa.. Apa yang aku tau, naik boat selama lebih kurang 10 minit untuk bersama-sama Alex, Marty, Melman dan Gloria.. Nampak gaya kena mai skali lagi baru dapat naik..huhu..


2. King Julien's Beach Party-Go-Round, naik binatang2 dalam crita madagascar untuk suka2.. Mainan macam budak2 tp orang tua semua pakat dok naik hahaha..

Kat sini ada restoran Gloria's Snack Shack di bawah sebuah pokok di madagascar di mana kapal terbang terhempas..
Dan jugak restoran Marty's Casa Del Wild, tempat kami nk lunch pada mulanya sbb dh lapaq tp x jadi sbb restoran makanan arab rupanya.. Cammana pak arab ni bleh dpt bisnes kat Madagascar ni? Confius aku.. haha..

Seterusnya tiba di Far Far Away Kingdom.. Akibat terlalu lapaq (dalam bahasa standardnya GASTRIK), sampai ja sini, kami trus cari restoran.. Akhirnya jumpa la satu restoran bernama Goldilocks (x silap aku nama makcik fairy dlm crita shrek).. Kat sini serve makanan western.. Makanannya sedap n banyak.. Mmg kenyang melampau.. Nasib baik la roller coaster jauh lg.. Haha.. Kalau ikutkan harga kat sini lebih murah dr KFC (kalau x convert duit la).. Set ala2 snack plate baru $9.80.. Tiba2 ternampak kelibat mother's day special, so apa lg, ambik ja set ni + burger apa ntah + kopi panas.. 4 org makan x sampai $40.. Tiba2 pulak ternampak aiskrim!! Tgk2 harga $6.50 per scoop (RM15++).. Xpa la trima kasih..hahaha..

1. Donkey Live.. Lepas makan aku trus masuk ke show ni sbb masa tu show ni dh nk start.. Yang bestnya kat sini, setiap attraction ada tulih brapa lama waiting time.. So bleh la budget2 masa..Show ni bukan donkey di atas pentas mcm aku sangkakan tp donkey di dalam screen.. Macam tengok wayang.. Tp gerakan donkey n apa dia cakap tu live.. Sesuai utk budak-budak untuk tanya soalan.. Orang tua-tua ni tau sangat la benda ni tipu..hahaha..

2. Shrek 4-D Adventure.. Lepas tengok donkey live, kami masuk ke dalam Far Far Away castle untuk tengok Shrek 4-D.. Apa yang 4-D ni?? First of all, gambaq 3D kat sini mmg terbaik.. X mcm yang biasa tengok kat wayang.. Kat sini 3D technology dia mmg superb n x rasa pedih mata.. Untuk tambah satu lg D jd 4D, penonton dapat rasa apa yang jadi dalam filem tu.. Start2 dah kena bersin donkey.. Hampeh toi.. Masuk dalam ni bersedia untuk disembuq ayaq..hehe.. Kerusi bergerak terutama masa naik kuda.. Yang paling mantap n ramai orang menjerit bila dalam filem skrek@donkey jumpa sekoq spider.. Pastu banyak spider jatuh atas tanah.. Tiba2 rasa mcm spider mai gigit kaki.. Mmg ramai la org menjerit..haha.. Sapa2 yang takut spider get ready.. Wayang experience yang terbaik!! Mungkin x lama lg semua muvi ditayangkan 4D plak..hehe.. Oops..Xdak gambaq plak untuk yang ni.. Maklumlah hp biasa ja.. Kalau guna LG Optimus 3D baru bleh ambik gambaq 3D ni..hahaha

3. Enchanted Airways.. Aku x naik benda ni.. Dia mcm roller coaster yang slow2.. Mula2 lalu dh nampak tp sbb cari restoran x naik la.. Lepas tengok wayang tu lupa plak..hahaha..

4. Magic Potion Spin.. Ni untuk budak2 ja so aku x naik la..hahaha..

Kat sini jugak terletaknya rumah shrek.. Dan yang paling best aku jumpa shrek dan bini dia versi manusia.. Cun gila fiona ni..haha..

Seterusnya, Lost World.. Sampai sini aku dh start rasa letih n sakit kepala.. Biasa la kan tenghari makan byk.. Rasa mcm nk tdoq ja.. Tp dinasour2 ni bising cammana nk tdoq!! So terpaksa la aku truskan jugak perjalanan di sini..

1. Canopy Flyer.. Roller Coaster jalan2 untuk tengok taman Lost World dr atas.. Tempat duduk hanya untuk 4 org setiap satu, mcm tempat duduk Vortex(bg sapa yang pernah naik).. Yang ni aku skip sbb aku tgk waiting time 45 minutes.. Ramai sangat orang beratuq tu..

2. Dino-Soarin'.. Mainan budak2 naik dinasour tp kami naik jugak..haha.. Bleh tekan button utk naik tinggi-tinggi pastu lepas untuk turun balik.. Best jugak untuk rilex2 dan merehatkan kaki..haha..

3. Jurassic Park Rapids Adventure.. Ni water boat ride melalui sungai yang penuh dgn dinasour.. Kat sini salah satu attraction yang akan basah.. Waiting time masa ni 30 minit.. Beratuq ja la.. Nak main ayaq punya pasai.. Aku tengok ramai orang pakai baju plastik.. Kat mana depa beli ntah.. Dok beratuq tu nampak la satu machine juai baju plastik tu.. Malangnya bila dh sampai kat machine tu, xdak duit $2@$5 plak.. So gamble je la xyah pakai.. Dekat2 nak sampai turn, bapak aku nampak ada sorang staff dok bukak machine tu.. Dengan menggunakan skill gayut seperti tarzan, aku lompat2 dari satu akar pokok ke akar pokok yg lain hingga sampai ke staff lalu membeli 4 baju plastik.. Lalu kembali ke dalam barisan dengan menyelinap di bawah barisan besi2 yang disediakan untuk org queue (yang ni kisah benar)..haha.. Oleh sebab aku sakit pala, aku igt nk bg basah la sket kepala so aku x cover la kepala.. Ride tu slow2 ja, tp berpusing2..1 boat 9 org.. Last skali boat akan turun menjunam ke bawah terjun ke dalam ayaq.. Basah kuyup kepala aku beb!! Mcm baru main ujan.. 4 org famili dr india yang naik skali dengan aku tu x pakai baju plastik tu.. Mmg terbaik basah!! Hahahaha

4. Waterworld.. Aku xtau sangat mula2 pasal show ni.. Kebetulan lepas main water boat ride tu, kami masuk toilet dekat waterworld ni.. Apek jaga tandas tu bgtau suh p cepat2 tgk show yg start koi 4 ptg.. So secara kebetulan kami dpt tgk show ni..hehe.. Show ni based on muvi Waterworld(1995).. Setting kat situ mcm real.. Tempak kecik tp byk stunt dengan kehadiran boat, jet ski dan kapal!! Kapal pun bleh masuk dlm tempat yang kecik.. Aksi-aksi dia mcm dok tengok filem.. Meletup sana meletup sini.. Api rasa sangat panas.. Fighting tipu2 je la.. Stunt mmg terbaik.. Dan skali lg bersedia untuk basah sbb jet ski akan slalu dok buat lap bg penonton basah..haha.. Setting2 kat situ pun byk yang runtuh akibat meletup sepanjang show.. No wonder la show ni dibuat 2 kali ja sehari, kul 1pm n 4pm.. Nk pebetoi balik semua benda makan masa kot.. X silap aku show ni dlm 30 minit kot.. Aku pun x tgk jam sangat sepanjang dok dalam Universal Studio..hehe..

5. Amber Rock Climb.. Ni mcm dinding untuk dipanjat.. Aku lalu ja kat sini.. Aku xlarat aih nk main panjat2 ni.. Ada lg 4 area lg kot nk p..haha.. Aku dengaq ada hadiah kat atas tu bagi org yg berjaya sampai.. Selamat mencuba..hehe..


Next, Ancient Egypt.. Kat sini byk patung2 mcm kat egypt (aku x pernah p egypt pun)..haha.. Dan aku jumpa seseorang kat sini.. Bukan Yu-Gi-Oh tp Pa-Ra-Oh..hahaha

1. Revenge of the Mummy: The Ride.. The best attraction kat sini untuk aku.. Aku x pernah lagi naik indoor roller coaster yang laju dalam gelap.. Apa2 game pun, roller coaster atau lain2, aku paling x suka asap.. Asap bagi aku x nampak ke mana hala tuju n sangat menakutkan.. Tp yang ni x main asap dh.. Gelap xdak lampu trus.. Roller coaster dia simple ja tp menakutkan sebab gelap n kita tau yang tepi2 ada dinding drpd bunyi pantulan suara kita menjerit..haha.. Jalan nk masuk untuk sampai ke ride ni pun gelap ala2 tempat kat mesir la.. Starting ride ni slow ja.. Kebetulan plak aku dok blkg skali so igt leh slamat la.. Tiba2 dalam dok slow2 tu jumpa jalan mati, muncul binatang mcm pepijat tu (ada dlm crita the mummy), skali dia reverse dengan laju menjunam ke belakang.. Gerak laju ke belakang ni yang paling aku x suka ni.. Kecut perut beb.. Then dia stop kat satu jalan mati, pusing2 then trus laju ke dalam terowong yang gelap gelita.. Then sampai satu tempat dia slow.. Kat depan mcm ada screen nampak mcm jalan mati.. Aku igt nk berhenti.. Dalam dok slow2 menuju ke screen tu, tiba2 laju nk langgar screen then trus tembus..haha.. Bila slow skali lg, akhirnya aku nampak cahaya dan staff universal studio.. Tamat pengalaman paling thrill wpun ride tu dlm 5 minit ja..haha..

Usha video ni nk tgk cammana gelapnya roller coaster.. Go n try it yourself.. Mmg terbaik terbaik terbaik!!



2. Treasure Hunters.. Ini ada ride suka-suki untuk merehatkan kaki.. Pusing2 abandoned Egyptian excavation site menaiki jeep..

Lepas mengalami saat ngeri bersama mummy dan berehat kaki menaiki jeep, maka sampailah ke tempat yang ditunggu-tunggu, Roller Coaster biru merah..hehe.. Di sinilah Sci-Fi City.. Bandar yang kononnya menyerupai bandar di masa depan..

1. Battlestar Galactica: HUMAN.. Ni yang warna merah.. HUMAN ni duduk mcm roller coaster biasa (mcm naik kereta) yang dikatakan xdak pusing2 yang gila2 dan merasai konsep G-forces.. Aku nampak ada pusing2 kepala ke bawah jugak tp maybe pusingan tu x rasa pening sgt sbb konsep G-Forces.. Kita akan rasa seoalah-olah xdak berat, terbang bebas di udara.. Ada satu point dimana ia cecah 90km/j.. Aku n adik aku dari awal lg nak naik yang biru.. X perasan plak p masuk bangunan yang merah.. Jalan punya jauh naik atas sampai2 tgk2 merah.. Dan2 turun balik.. Berlagak gila..haha.. Yang bestnya hari yg aku p tu xdak org sgt.. Xpayah beratuq2.. Ikut suka la nk naik brapa kali pun..hehe..

2. Battlestar Galactica: CYLON.. Ni yang warna biru yang aku n adik aku naik.. Dh ada tulih kat situ orang berpenyakit jangan naik, nak naik jugak.. Berlagak plak tu yg merah xmau.. haha.. Track CYLON ni dibina based on Cylon heavy Raider di dalam muvi Battlestar Galactica n ada 5 inversions termasuk Cobra roll, corkscrews, vertical loop, and a zero-g roll. Yang bestnya naik benda ni dok tepi (aku dok tepi skali) sbb CYLON ni banyak near miss dgn dinding, tanah n HUMAN.. Ada tu part tu menjunam ke tanah dan jumpa asap.. Time ni memang betul2 rasa kaki nk langgaq tanah dh sebab dekat sangat.. Lepas balik aku baca balik, rupanya kat situ depa korek tanah dalam 5 meter.. Asap tu bg xnampak n buat rider rasa mcm betul2 nak langgaq tanah.. Tp ride ni cuma 5 minit ja.. Tu pun aku dh rasa pening2.. Better jgn naik lg..haha..

3. Accelerator.. Ni mainan yang macam teacup yang berpusing2.. Lepas naik CYLON n aku agak pening, aku x berani dh naik benda ni..haha.. Kang pusing2, aku xleh jalan truih kang.. Roller coaster xpa lg sbb ada jalan straight

4. Transformers The Ride.. Ruginya benda ni still x siap lg.. 3-D Simulator ride ni dikatakan attraction yang paling top.. Akan dibuka di Singapore hujung tahun 2011 dan di Hollywood pada tahun 2012.. Tunggu bukak bleh p skali lg..haha..

Setelah melalui jalan2 sukar menempuh roller coaster yang berliku, sampailah kami di bandar New York.. Kat sini bleh tengok mcm2 benda kat New York seperti yang digunakan dlm filem.. Ada jugak replica New York Public Library yang ada 2 patung singa kat entrance.. Di tangga library ni la aku duduk menunggu fiona yang x sampai2.. Janji nk date kat depan library.. Mana dia?? Haha

1. Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg.. Ni memang best n real.. Satu bilik dipanggil sound stage yang slalu digunakan di dalam muvi , kali ni aku berada dalam bilik tu sendiri n rasa macam2 berlakunya ribut taufan di bandar New York.. Semuanya mcm real di depan mata.. Dengan angin yang kuat, ombak bergelora kat luaq tingkap, letupun, runtuhan besi dr bumbung dan ada kapal masuk langgaq stage!! Mmg special effect sungguh.. Camni rupanya dalam filem.. Pengalaman untuk tengok benda ni yang sangat menarik..

2. Stage 28.. Ni ada tulih dlm map tp aku x nampak jalan masuk..hahaha.. Aku tgk kat website xdak tulih plak.. Maybe under construction or under maintenance..

Akhirnya kami kembali ke Hollywood dimana semua keletihan.. Skip live rock-n-roll musical "Monster Rock!" untuk p berehat minum2.. Kat sini byk kedai untuk bawak balik buah tangan.. Ada keychain2 yang menarik tp aku tgk $8 satu keychain.. Kalau nk beli bagi kat org, naya la jugak..hahaha..
Kat sini aku berminum-minuman di Mel's Drive In, salah satu restoran di dalam filem American Graffiti (1973).. Restoran lama, Jukebox pun old fashion.. Mel's Drive In ni asalnya dikatakan terletak di San Francisco, digunakan untuk shooting filem tersebut dan diruntuhkan lepas filem tu siap.. Kira yang asal punya restoran dah xdak.. Aku minum kat restoran replica pun jd la..haha..

Ni gambaq asal restoran dalam filem

N ni plak restoran replica skali dgn keta2 parking pun ada..

Tamat perjalanan 7 jam aku di Universal Studio 11.30-6.30 ptg.. Oleh sebab aku p hari khamis, xdak after hours.. Hollywood After Hours cuma ada hari jumaat n sabtu ja dimana bleh makan2 n shopping di kawasan Hollywood dr jam 7-10 mlm.. Kul 9 mlm ada Lake Hollywood Spectacular..

Dengan keletihan, mak aku nk balik trus so kami naik next bus trip pukul 7.30.. Sampai Tune hotel dalam pukul 9 mlm, baru ternampak yang kat tingkat 2 ada cafe indonesia, Es-Teler.. Pagi td mula2 sampai x sempat nk usha sekeliling..haha.. Aku mkn nasi uduk untuk dinner.. Quite good.. Nasik lemak yang terlalu berlemak+ikan bilis belacan+ayam+telur goreng+sayuq.. Minuman yang lama aku x jumpa, Soda Gembira yang sangat mengembirakan (sbnqnya bandung+soda ja..haha)..

Then aku check in bilik hotel, nasib baik bilik sangat cantik.. Double bed nampak mcm luas sket.. Tdoq dengan selesa..hahaha..