Selasa, 19 April 2011

Semalam di Darul syifa Kulim

Skali lagi aku melangkah ke darul syifa di kulim untuk kali ke 3 dlm masa 2 minggu.. Rawatan dilakukan secara mingguan.. Ni kira season ke 2 aku p berubat secara islam (ada season2 plak..hehe).. Season 1 aku dh sihat.. Disebabkan aku dh sihat so aku x p dh la.. Tiba2 lepas sebulan mai balik..

1st appointment season ke 2, ustaz saidin kata aku x berdisiplin dalam perubatan.. So ni info untuk sapa2 yang menjalankan rawatan islam.. Kalau dh sihat tu, truskan p sehingga ustaz tu kata confirm dh xdak.. Mulanya seminggu skali, bila dh ok sket, 2 minggu skali,, bila dh ok lg, sebulan sekali, lepas tu 2 bulan skali sehingga xdak lansung dh.. Cara ni insyaallah akan berjaya.. Mengikut info yg aku dapat, kalau sihat tu x bermaksud gangguan tu terhenti.. Itu cuma sementara.. Bila kita dh kembali lemah balik, gangguan akan bersambung untuk kali ke 2, dan kali ini slalunya serangan lebih kuat dr yang pertama.. Ingat tu!!

Anyway, berkenaan cawangan darul syifa.. Darul syifa aku p nk kat Kulim.. Ustaz tu berubat kat rumah dia ja.. X salah aku, ahad-khamis hanya blah mlm sbb ustaz tu keja.. jumaat n sabtu full day klu x silap.. Air xyah bawak.. Dia akan bg 2 botol ayaq 5 liter.. Klu nk beli lagi pun boleh, x silap RM10 sebotol.. Tiada bayaran dikenakan untuk berubat..

Yang bestnya kat sini, ustaz ni baca ayat al-quran sgt sedap n kuat.. Sampai kat luaq pun bleh dgq.. Ketuk2 badan pun kuat jugak la..hehe..
Ayat2 asas yang dibaca ada kat sini http://www.darussyifa.org/Asas10Pertama_Iss1.php
Siap bleh download lg klu nk blajaq..
Mcm2 penyakit pelik aku dh jumpa kat sana.. Penyakit2 yang kebanyakan x boleh diubati kat hospital..

Aku plak kena mandi ayaq daun bidara dan minum ayaq daun bidara untuk 3 hari berturut2 selepas setiap kali rawatan.. Minum tu rasa daun la kan.. Nama pun minum daun.. Mandi daun bidara, rs mcm takut mati sbb daun tu kan org buat mandi mayat.. Rasa mcm tgh jd mayat pun ada.. Alhamdulillah ia membaca kepada mengingati mati..

Ok.. Untuk season 2 ni, lepas aku p berubat kali pertama, semua jd ok balik.. Alhamdulillah sihat.. Bila balik dr kali kedua, sakit start balik.. Sampai la kemuncaknya hari jumaat yang lepas tu la.. Smlm p kali ke 3, ustaz tu agak terkejut cammana bleh mai balik.. Lepas berubat2 dok camtu jugak.. So dia pun bgtau la aku, untuk berubat penyakit berkaitan dgn gangguan ni, diri sendiri kena kuat.. Kuat untuk lawan.. Nk lawan cammana sbb x nampak? Lawan dgn cara buat xtau ja.. Bunyi bising kat apa buat ja xtau.. Lagi kita layan lagi truk akan jd.. Kalau kita buat xtau, 'dia' akan slow2 berundur..

N ustaz tu siap bg perumpaan.. Gangguan makhluk halus ni mcm org yang tengah gerudi dinding.. Dia akan gerudi dan gerudi skali dia boleh.. Bila sampai ke dinding yang tebal.. Baru dia stop n berundur.. Aku pun terpikiaq jugak la.. Slalunya aku agak kuat.. Tp mmg betoi la sejak beberapa hari ni agak terpengaruh dan melayan sakit ni.. Biasa la kan.. Kita pun ada masalah2 lain jugak.. Bosan, tekanan dan kecewa semua tu akan buat kita berasa down.. Lg2 bila ada bunyi bising 24 jam kat telinga.. Lg la down.. Dan sejak kebelakangan ni aku slalu rehat kat rumah (seperti saranan org lain suh berehat haha).. Masalahnya lagi aku berehat lagi aku pikiaq pasal penyakit sbb xdak benda lain dh nk buat.. Baik aku kluaq p mana2 n abaikan je benda ni lg bagus..hehe..

Bak kata ustaz, kalau 'dia' nak kita sedih dan kita sedih maknanya 'dia' berjaya.. 'Dia' akan truskan lg.. Diri sendiri kena menang.. Kalau kita lebih kuat, kita akan menang.. Dan kalau 'dia' menang, x bermakna 'dia' kuat, kita yang lemah sebenaqnya.. 'Dia' tidak pernah kuat dr manusia..

Manusia yang melemahkan diri sendiri dengan menakutkan diri sendiri..

Moga kita semua kuat menghadapi segala ujian.. Ujian Allah adalah untuk kita berfikir dan masuk kembali ke jalan yang betul.. Jgn p terpesong ke jalan lain sudah.. Lulus gagal di tangan sendiri.. :D

p/s : klu nk tau pasai darul syifa kat kulim ni tanya aku.. Untuk org penang rsnya ini yang paling dekat.. Sbb ada org kata dia p kat Harun Din kat kl, Harun Din suh mai kulim.. N Dr Fadzilah Kamsah pun ada suruh sorg tu berubat kat sini jugak

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Saya nak tanya. Untuk tahun 2013 ni jadual perubatan hari apa? Sebab kalau hari cuti senang sikit. Boleh bagi nombor telefon ustaz tak? Terima kasih.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas bantuan kata-kata semangat awak. saya pun turut terkena sihir. Dan apa yang awk cakap betul tu. Walaupun dah 2x sy berubat, tapi kadang-kadang tiba-tiba rasa mcm melayang. telinga tak berapa nak dengar, seolah-olah tersumbat. Kata ustazyang merawat saya, Kinta kena kuat melawan. jangan biarkan dia mengusai kita. sentiasa berfikir yang Allah bersama kita dan tiada kuasa lain dapat menandingi kuasa ALLAH SWT. cuma, selepas berubat ni, dalam minggu pertama ni, telinga dan kepala macam sakit sikit. awak ada rasa yg sama ke?

    BalasPadam
  3. Boleh kasi alamat n lokasi tempat tue...senang nak cari...

    BalasPadam
  4. terima kasih atas entry ni, saya dh start berubat dengan ustaz jugak..lepas mandi dan minum air bidara..effectnya agak teruk sampai sesak nafas dan perut jd keras, sy teruskan juga sambil baca sendiri ruqyah lepas setiap solat, rasa macam ada benda sangkut dalam tekak, lepas berubat 2 kali muntah keluar buih je..tapi sesak nafas ilang sikit. Nak tengok mcm mana keadaan lepas kali kedua berubat..dah hampir 10 tahun menderita kejap ok kejap tak..dah berpuluh temoat g berubat,,memang kena disiplin yang kuat, zikrullah untuk isi jiwa yg kosong dn banyak dengar dan baca ayat ruqyah untuk kekuatan diri..

    BalasPadam
  5. Boleh bagi alamat ktmna darussyifa ni

    BalasPadam
  6. Assalamualaikumm..tumpang tnya..ni yg belah mana ya.sbb sy pnh p yg area landmark tu.ada la 1 tempat.sy jumpa dlm youtube.n tempat tu bila p mmg tempat rawatan la.cuma..dia mnx sy sign dokumen mcm kontrak la utk rawatan kat situ.kos nya lebih kurg 5k..sy kata sy akan balik fk sbb kos tu bnyak bg sy.then dia kata klu sy xsign borg tu..dia akan lepaskan balik jin (asal2 td dia bwk kluar) dr kuarantin.sy pun mushkil trus lepas tu.bleh lepas2 balik pulak klu xsign agremnt tu.cuma sy xsure yg tuan ckp ni yg mana.bg pndpt sy..elok la cari ustaz yg btul2 niat ntk mmbantu sesama islam.kdg2 ada yg lgsung xminx bayaran.niat krn allah shj.sbb xguna alat apa pun.kot la nk buang jin kne guna mesin mcm kat hospital nk knekan yuran.ni skdr pndpt sy la.pelik dgn sesetgh pngamal prubatan yg knekan byran yg melampau n sgt xrelevan.

    BalasPadam
  7. Klau tempat yg en cjp tu lain.yg darul syifa ni kat kilg lama.sampai nk lepas2 blik dn t.tgn bagai itu bkn etika d.syifa.depa buat kerana allah.

    BalasPadam