Selasa, 19 April 2011

Semalam di Darul syifa Kulim

Skali lagi aku melangkah ke darul syifa di kulim untuk kali ke 3 dlm masa 2 minggu.. Rawatan dilakukan secara mingguan.. Ni kira season ke 2 aku p berubat secara islam (ada season2 plak..hehe).. Season 1 aku dh sihat.. Disebabkan aku dh sihat so aku x p dh la.. Tiba2 lepas sebulan mai balik..

1st appointment season ke 2, ustaz saidin kata aku x berdisiplin dalam perubatan.. So ni info untuk sapa2 yang menjalankan rawatan islam.. Kalau dh sihat tu, truskan p sehingga ustaz tu kata confirm dh xdak.. Mulanya seminggu skali, bila dh ok sket, 2 minggu skali,, bila dh ok lg, sebulan sekali, lepas tu 2 bulan skali sehingga xdak lansung dh.. Cara ni insyaallah akan berjaya.. Mengikut info yg aku dapat, kalau sihat tu x bermaksud gangguan tu terhenti.. Itu cuma sementara.. Bila kita dh kembali lemah balik, gangguan akan bersambung untuk kali ke 2, dan kali ini slalunya serangan lebih kuat dr yang pertama.. Ingat tu!!

Anyway, berkenaan cawangan darul syifa.. Darul syifa aku p nk kat Kulim.. Ustaz tu berubat kat rumah dia ja.. X salah aku, ahad-khamis hanya blah mlm sbb ustaz tu keja.. jumaat n sabtu full day klu x silap.. Air xyah bawak.. Dia akan bg 2 botol ayaq 5 liter.. Klu nk beli lagi pun boleh, x silap RM10 sebotol.. Tiada bayaran dikenakan untuk berubat..

Yang bestnya kat sini, ustaz ni baca ayat al-quran sgt sedap n kuat.. Sampai kat luaq pun bleh dgq.. Ketuk2 badan pun kuat jugak la..hehe..
Ayat2 asas yang dibaca ada kat sini http://www.darussyifa.org/Asas10Pertama_Iss1.php
Siap bleh download lg klu nk blajaq..
Mcm2 penyakit pelik aku dh jumpa kat sana.. Penyakit2 yang kebanyakan x boleh diubati kat hospital..

Aku plak kena mandi ayaq daun bidara dan minum ayaq daun bidara untuk 3 hari berturut2 selepas setiap kali rawatan.. Minum tu rasa daun la kan.. Nama pun minum daun.. Mandi daun bidara, rs mcm takut mati sbb daun tu kan org buat mandi mayat.. Rasa mcm tgh jd mayat pun ada.. Alhamdulillah ia membaca kepada mengingati mati..

Ok.. Untuk season 2 ni, lepas aku p berubat kali pertama, semua jd ok balik.. Alhamdulillah sihat.. Bila balik dr kali kedua, sakit start balik.. Sampai la kemuncaknya hari jumaat yang lepas tu la.. Smlm p kali ke 3, ustaz tu agak terkejut cammana bleh mai balik.. Lepas berubat2 dok camtu jugak.. So dia pun bgtau la aku, untuk berubat penyakit berkaitan dgn gangguan ni, diri sendiri kena kuat.. Kuat untuk lawan.. Nk lawan cammana sbb x nampak? Lawan dgn cara buat xtau ja.. Bunyi bising kat apa buat ja xtau.. Lagi kita layan lagi truk akan jd.. Kalau kita buat xtau, 'dia' akan slow2 berundur..

N ustaz tu siap bg perumpaan.. Gangguan makhluk halus ni mcm org yang tengah gerudi dinding.. Dia akan gerudi dan gerudi skali dia boleh.. Bila sampai ke dinding yang tebal.. Baru dia stop n berundur.. Aku pun terpikiaq jugak la.. Slalunya aku agak kuat.. Tp mmg betoi la sejak beberapa hari ni agak terpengaruh dan melayan sakit ni.. Biasa la kan.. Kita pun ada masalah2 lain jugak.. Bosan, tekanan dan kecewa semua tu akan buat kita berasa down.. Lg2 bila ada bunyi bising 24 jam kat telinga.. Lg la down.. Dan sejak kebelakangan ni aku slalu rehat kat rumah (seperti saranan org lain suh berehat haha).. Masalahnya lagi aku berehat lagi aku pikiaq pasal penyakit sbb xdak benda lain dh nk buat.. Baik aku kluaq p mana2 n abaikan je benda ni lg bagus..hehe..

Bak kata ustaz, kalau 'dia' nak kita sedih dan kita sedih maknanya 'dia' berjaya.. 'Dia' akan truskan lg.. Diri sendiri kena menang.. Kalau kita lebih kuat, kita akan menang.. Dan kalau 'dia' menang, x bermakna 'dia' kuat, kita yang lemah sebenaqnya.. 'Dia' tidak pernah kuat dr manusia..

Manusia yang melemahkan diri sendiri dengan menakutkan diri sendiri..

Moga kita semua kuat menghadapi segala ujian.. Ujian Allah adalah untuk kita berfikir dan masuk kembali ke jalan yang betul.. Jgn p terpesong ke jalan lain sudah.. Lulus gagal di tangan sendiri.. :D

p/s : klu nk tau pasai darul syifa kat kulim ni tanya aku.. Untuk org penang rsnya ini yang paling dekat.. Sbb ada org kata dia p kat Harun Din kat kl, Harun Din suh mai kulim.. N Dr Fadzilah Kamsah pun ada suruh sorg tu berubat kat sini jugak

0 ulasan:

Catat Ulasan