Khamis, 9 September 2010

Hari2 terakhir puasa 2010

Ni dikira last entry sebelum raya sbb lepas ni aku nk balik kampung dh.. Kat kampung mmg aku x sentuh pc mahupun laptop.. Baru rasa cuti yg sebenaq2 cuti tanpa laptop tanpa internet.. Klu ada masa n rajin aku lepak r kat cc, tu pun utk lawan game apa2 dgn budak2 sana..hehe..

So dalam entry ni nk pasal beberapa hari last puasa kat penang ni.. Mcm sebelum2 ni jugak, aku xdak transport lg so klu kluaq pun bukak posa je la..haha..

Isnin yg lepas aku dijemput utk makan kat Nandos QB.. Kali ni ada Azrul, Matnan, Ann, K.nor, Feza n Nurin.. N seperti biasa aku dijemput kat rumah, kali dr Azrul n Matnan plak mai.. Kami geng2 laki sampai betoi2 time org nk bukak posa dh.. Biasa la jln jem time2 tu(padahal ada org tu sesat jalan)..haha.. Wpun geng2 pompuan sampai awai drpd kami geng2 laki ni, order tetap sampai lambat.. Aku rasa depa ni xdak la awai tara mana pun.. Saja dok buat mcm awai bleh la bising2 kami mai lambat kan?? haha.. Oleh yg demikian rupa, makanan pun sampai lambat la.. So kami berbukak la dgn mirinda strawberi yg ada di atas meja..hehe.. Mknn kami sampai lambat 20 minit camtu la.. Ramai lg org yg x dpt mknn masa tu tp x peduli dh.. Dh dpt mknn trus x perasan dh apa jd keliling..



Tiba2 ada org jerit sound2 sorg mamat yg bukan org malaysia.. Baru aku sedaq rupanya aku ada kat Nandos..haha.. Apa yg jd?? Apa yg aku dgr lebih kurang "Our brothers are fasting!! They should get the food first!!".. Lebih kurang camtu la.. So setelah berbincang dgn ahli mesyuarat meja, aku rasa mamat omputih tu complaint bising2 mknn sampai lambat kot.. N maybe dia complaint kenapa org lain sampai mknn dl.. Tp yg plg aku respek, yg p sound dia tu, indian.. Dia respek org islam berpuasa n xdpt mknn nk berbuka sampai p marah2 omputih tu.. Gua respek sama lu la bro..hehe..

Lepas nandos, kami pun melepak la kat tepi QB.. Aku igt ka depa nk lepak saja2.. Rupanya tokey shisha bwk mai bong skali..haha.. So kami berjaya menyalakan arang kat situ utk bershisha wpun org ramai dok tgk apa la budak2 ni dok buat.. Bleh plak shisha kat tepi QB..

Gambaq diatas menunjukkan tokey berusaha membuat shisha terbaik..


Gambaq menunjukan tokey masih lg berusaha menghidupkan arang tatkala Azrul menelefon polis..haha..


Gambaq menunjukkan K.nor yg tekun melihat cara2 membuat shisha tatkala Matnan pulak antaq sms kepada polis..haha.. Masa kami dok shisha elok2, tiba2 polis plak mai.. Mlm ni jugak la dia nk mai.. Sementara depa dok cari parking, kami pun pack up n bersurai..haha..

Smlm (Rabu) plak aku dijemput ke Pak Hussin dgn ahli2 seperti Nisa, Arina, Ann dan Mahirah akan tetapi sygnya Pak Hussin tutup dh cuti raya.. Oleh sbb xtau nk p mkn kat mana, xtau yg mana yg bukak, last2 kami cancel.. Plan bertukaq, last skali aku mkn dgn famili aku dan K.midah.. Kat mana?? Tempat fav aku sejak dulu lg bersama rakan2 USM, Nasi Ayam Misai.. Kali ni mkn kaw2 punya.. 10 pinggan nasi n ayam sekoq, mkn 5 org mmg kenyang kaw2 punya..
Bak kata Ejon, org kelate kate “so-os sero perut”.. Hahaha.. Serius aku x tahan nk gelak tgk ejaan yg sebegitu rupa.. Adakah begitu ejaannya?? Hahaha..


Then smlm aku sempat kluaq dgn Cayrol, Otai, Ann, Alip utk lepak kat Abg Dragon Shisha n try Char Kuey Teow kat situ.. Geng2 ni semua raya kat penang.. Itu je la kot yg ada utk diceritakan.. So utk raya ni aku ada
  • 3 helai t-shirt raya
  • bilik raya wpun balik raya kat kampung
  • rambut raya.. membotakkan lg kepala yg dh botak..haha..

Keta aku pun dh ada baju raya yg baru tp aku x ambik gambaq lg.. Nnt tgk sendiri la na.. Cuma 4 org smlm ja aku yg dh tgk keta aku..hehe.. So takat ni je la.. Aku pun nk gerak balik kampung dh ni.. Dpt berbuka kat klantan arini!! Wpun kadang2 tu mknn x menepati selera (manis), tp skali kali balik kampung mcm ada kat dunia yg lain.. Mmg best!! So skali lg, Selamat Hari Raya.. Mintak maaf byk2 salah silap aku selama ni..

Selasa, 7 September 2010

Apa itu "menganjing"??

"Menganjing"
Perkataan yang tidak asing lg bg kawan2 seangkatan aku.. Apa dia "menganjing" ni?? Apa yg aku faham, "menganjing" ni adalah perli yang tidak bermaksud utk perli..haha.. Faham??
Benda ni adalah utk suka2, utk gelak2 sesama sendiri.. Tapi igt!! Bukan semua org boleh terima.. Kebanyakkan lelaki boleh terima kecuali lelaki2 yg lembut dan hanya sesetengah perempuan sahaja.. Mcmmana pun benda ni slalu dipraktikan oleh kawan2 aku samaada dekat atau pun jauh.. Contohnya (bg org yg tau je la), "b" dan "Forgive me" (khas utk Cayrol) atau "Mirror Lover" (idea Hadee).. N benda ni jugak la yg still membuatkan hubungan kawan2 yg jauh dan yg dh kawen still rapat, Dayah, Yana, Hadi, Yom, Fezal yg sering kali mengajing aku dh sesama sendiri lebih2 lg lepas aku breakup haha.. "Tembak menembak amalan kita"- GENX

Kenapa ada topik ni plak tiba-tiba?? Kerana Hari Raya bakal menjelma..hahaha.. Aku nk mintak maaf la kepada semua org yg mungkin terasa atas apa2 percakapan aku.. Kadang2 aku terlupa org yg mana bleh cakap bukan2 org yg mana xleh.. Sampai aku kena marah la.. Wa kena beb!! Haha.. Mintak maaf byk2 kat semua org.. N mintak maaf awal2 klu post ni ada buat sapa2 terasa..

Ok.. Mcmmana plak klu perli yg ada maksud?? Mmm.. Boleh dibahaskan ni..hehe.. Mari kita cuba mengimplikasikan perkara ni.. Betoi ka ayat aku ni?? Hentam ja la..haha..

Mari kita start.. Ada satu hari, tgh korang dok wat keja, tiba2 tersangkut plak sbb ada satu benda yg hgpa x reti nk buat.. Kebetulan plak ada la sorg mamat yg 'agak power tp x power sgt la' kat sebelah tu.. Hgpa pun tanya la dia dgn penuh lembut n skema, "Bagaimana mahu buat ini ye?".. Lalu dia membalas dgn kejam dan berlagak, "Ini pun xtau ka?? Brapa lama dh keja sini??".. Cukup kejam x?? Klu x cukup nk tambah bg kejam lg..haha.. Ok soalan aku, apa yg hgpa akan rasa?
  • Hgpa akan rasa down sgt2.."Bodoh sangat ka aku ni?" n trus down sampai xleh wat keja hanya kerana seorang mamat yg berlagak terrer.. Hgpa akan rasa diri sgt bodoh..
  • Hgpa akan rasa tercabar.. Akan berkata, "Klu xmau tolong, boleh blah.. Aku bleh cari sendiri la"..haha.. Semangat berkobar-kobar utk buktikan yg anda boleh buat..
Yg mana satukah wahai pakcik2 n makcik2?? Ok.. Biaq aku pilih dl.. Mari mengimplikasinya skali lg..hehe..
Bg aku la kan, aku x suka sgt org puji2 ni.. Sbb? Sbb bila org puji, aku akan rasa yg akan ada kat tahap yg selamat.. X payah susah2 nk buat lebih2, takat ni pun org dh puji kan.. Contohnya kalau main bowling, tiba2 ada org cakap "terrer la hg main", aku akan rasa puas ati n xdak dh nk try utk ke arah yg lebih baik, walaupun masa tu 100 point tu xlepas..haha.. So klu nk puji jugak, puji kat blkg jgn puji depan2 aku.. Tp aku xdak la sampai nk marah klu org puji..haha..
Cammana plak klu org perli? Klu aku ada salah n kelemahan, aku suka org cakap depan2 aku.. Baru bleh jadikan nasihat dan semangat.. Contohnya, klu aku tgk main bowling dpt 120 point la katakan, tiba2 ada plak sorg mamat ni cakap, "eleh, takat main x sampai 150 baik x payah".. Yes!! Inilah yg aku perlukan!! Siap hg!! Tunggu sat.. 150 akan muncul..haha..

So kawan2.. Jangan la puji aku sgt ya kerana benda tu akan menyebabkan aku tersekat drpd kemajuan diri aku sendiri..

Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )

N kepada org2 yg selalu dipuji atau dh rasa terrer dh, x payah la dok berlagak sgt ya.. Ilmu kita sket ja.. Kita ja rasa kita terrer..

“Sesungguhnya Allah S.W.T. membenci seorang yang keras hatinya, seorang yang banyak makan, seorang yang menjerit-jerit di pasar, seorang yang seumpama mayat di waktu malam (kerana banyaknya tidur), seumpama keldai di waktu siang (kerana sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia) dan seorang yang berpengetahuan mengenai perkara dunia tetapi jahil mengenai perkara akhirat.” - Ibnu Hibban

“Tiga jenis orang ini pada hari kiamat Allah S.W.T. tidak akan berkata-kata dengan mereka, tidak akan dipandang dengan rahmatNya dan tidak akan disucikan dosa-dosanya, dan dia akan diazab dengan azab yang pedih.” Nabi s.a.w. berkata sebanyak tiga kali. Hadzat Abu Dzar r.a. berkata, “Ya Rasulullah, mereka semua gagal dan kerugian? Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi s.a.w. bersabda,“Mereka ialah orang yang memakai pakaiannya lebih daripada buku lali. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang bersumpah palsu dalam urusan jual belinya.” - Muslim

Kalau ada salah n kelemahan, teguq la depan2.. Aku mmg bleh terima ja klu org tegur.. Bab menjawab tu biasa la nk defend diri..haha.. Tp still aku akan dgq n ingat apa yg org cakap.. N aku plg pantang org cakap blkg.. Kat aku xpa la kot, aku maafkan ja semua org wpun aku xtau.. Xpayah la susah nk kutuk org ok.. Aku rasa mcm buang masa plak.. Aku lepak pekana shisha pun xdak kutuk2 org pun.. Sembang hal berfaedah lg bagus.. Lagi2 la klu kutuk org yg kita x kenal or org yg x kenai kita.. Dalam Islam, kita x payah bukak aib sendiri pun..
"Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya" - Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376
"Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya." - al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6784
"Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka." - Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889

“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina.” Rasulullah berpaling daripada orang tersebut sehingga dia mengulang-ulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Maka tatkala dia bersaksi ke atas dirinya sebanyak empat kali, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memanggilnya dan bertanya: “Adakah engkau gila?” Dia menjawab: “Tidak.” “Adakah engkau sudah berkahwin?” Dia menjawab: “Ya.” Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Ambillah dia dan rejamlah dia”. - al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6815
“Mungkin engkau hanya mencium atau menyentuh atau memandangnya?”- al-Bukhari dalam Shahihnya
, hadis no: 6824

Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" - Hadis riwayat Abu Daud

Klu benda tu salah, kita sebar fitnah.. Klu benda tu betul, kita sebar aib.. Bila nk mintak maaf?? Raya nnt jumpa dia ka?? Bleh sms mintak maaf?? Call?? Confirm ka dia maafkan?? Benda ni la yg plg mudah nk buat skrg ni.. Just forward ja email or fb pasal org lain.. Mudah kan nk buat dosa zaman skrg ni?? hehe..

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" - Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad

Diriwayatkan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk satu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah.".

Faham dh kenapa xleh mengumpat?? X cukup dosa kita buat, pahala kita abis, dosa org tu skali mai kat kita.. Begitu mudah?? Yup!!

Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.- Abu Ummah al-Bahili

Okeh..Ni sekadar pedoman utk semua org n diri aku sendiri.. Kadang2 nk jugak mengumpat, sbb benda tu mcm best.. Benda jahat mmg best kan?? Itulah yg diajar oleh syaitan.. So klu ada wat salah dengan org lain, pergi la mintak maaf sebelum terlewat.. N jangan sekali2 kata, "huh!! (tambah special effect sket) aku x buat salah apa2 pun kat dia" sbb kadang2 kita x igt.. Dlm 100 kali kita bercerita pasal dia, mungkin terselit 1 yg negatif n disitulah ada dosa.. N igt!! Dosa sesama manusia hanya manusia bleh dimaafkan.. X kisah la lepas ni bertaubat ke apa ke, still kita akan terima siksaan atas dosa2 kepada manusia b4 kita masuk ke syurga.. Brapa lama siksaan tu?? Mmm.. Masing2 tanya diri masing2 la.. Sepanjang aku hidup 26 tahun, xtau la brapa byk dosa kat org lain aku dh buat, xtau la brapa tahun aku nk kena siksa..huhu..

Okeh.. Kembali kita kepada bab "mengajing" td.. Agak jauh p tajuk lain tp xpa, ada bagus jugak kan.. Alang2 nk crita baik crita ja semua yg berkaitan.. Org yg tau crita aku mungkin akan tertanya2 atau bertanya "Klu sahut cabaran, mcmmana bleh sampai berhenti keja??"..haha.. Soalan agak mencabar ni wpun soalan ni aku yg create sendiri..hahaha.. Ok.. 2 sebab
  • Gaji
  • Fighting Oh!! Sedaq diri la weh.. Dok kat bwh xpayah la nk fight2 dgn org kat atas.. Kan dh makan diri sendiri.. Igt bleh menang kat fight2.. Igt ada demokrasi ka?? Haha..
Yg kedua tu rasanya org faham kot no.. Awat plak dgn gaji?? X cukup?? Mari kita mengimplikasikannya sekali lg menggunakan aktiviti bowling jugak.. Awat bowling ja ni?? Maybe rindu aktiviti bowling mingguan MDC.. Weh!! Bila nk start aktiviti ni balik (Iklan sket)..hahaha..

Situasi 1 :
Ada org ajak masuk group bowling dia, tapi dengan syarat setiap kali main kena dpt 150 point ke atas.. So aku pun try la.. Try punya try x dpt2.. Tp xpa..Aku try sampai berbulan2, bertahun2 pun xpa.. Aku x kisah pun.. X rugi apa pun kan..
Situasi 2 :
Syarat yg sama tp dia bg masa kat aku plg lama 3 bulan utk training.. So aku pun training la.. Tp lepas 3 bulan, x sampai target jugak.. So apa aku buat?? Aku akan tarik dl.. Agak malu sbb rugi 3 bulan dia tunggu aku..
Situasi 3 :
Ini yg plg truk, syarat sama, dateline yg sama tp sepanjang aku training, hujung bulan dia byq duit plak tu.. Aku train punya train xleh p jugak.. Mmm.. X ke rasa malu utk terima duit lg?? Mana output?? Klu try saja output xdak baik xyah bg duit.. Betul??

Org kata, kita boleh buat apa saja klu kita yakin.. Really?? Kenapa kita kena confident?? Sbb dgn keyakinan tu la kita akan usaha mencapai apa yg kita nk capai.. Tp kena xbleh over confident plak?? Sbb manusia ada limit.. Tidak semua org boleh buat semua benda.. Aku respect org atas brapa kuatnya dia try tanpa kira dia berjaya atau tidak.. Setiap org ada kelebihan n ada kekurangan.. Cth?? Awat la slalu ada 2 soalan "Cth?" n "Sbb?" ni ha?? Ok la aku bg contoh..haha..
  • Kat sekolah aku dl ada sorg budak ni, asyik stadi ja aku tgk, p mana pun stadi.. TP bila exam x dpt plak 'A'.. Aku ni yg x stadi dpt 'A'.. Aku dok kelas 1st tp dia dok kelas bwh2.. Aku lebih respect kat dia drpd diri aku sendiri.. Dia try gila2 wpun dh gagal beberapa kali.. Aku ni try ka?? Hanya bergantung kepada kelebihan yg Allah bg.. Skali lg, jgn berlagak n bersyukur dgn apa yg kita ada..Alhamdulillah.. Ini semua pinjaman ja.. Bila2 masa bleh ditarik balik..
  • Aku melukis?? X dpt la.. Mmg out trus.. Takat org lidi dgn matahari lidi bleh r..haha..
  • Couple 5 tahun setengah.. Punya la yakin akan kawen dgn dia tgk2 jodoh dia dgn org lain.. Igtlah mcmmana kita buat nk bg jd 'A' pun klu Allah kata 'B' akan jd 'B'.. Tp klu kita x try lansung, mmg xkan dpt 'A' pun kan.. Percaya kepada Qada' dan Qadar.. Usaha dan doa kita boleh mengubah jalan yg Allah akan berikan kepada kita kecuali ketetapan yg tidak boleh diubah..
Cukup la stakat 3 contoh ni.. Satu lg soalan yg selalu muncul.. Bolehkah kita menyiapkan kerja yg memerlukan 10 jam dalam masa sejam klu kita berusaha?? Mmm.. Boleh ke?? 2 jam jd sejam mungkin boleh tp hasil xla bagus sgt kan.. Masa x pernah slow.. Masa kan tetap berjalan wpun kita nk masa jd slow sbb byk sgt keja.. Sebab itu la, solat 50 waktu diringankan menjadi 5 waktu sahaja.. Sebab apa.. Sebab manusia x mampu melakukannya bersama keja2 dunia.. Ada ka keja yg kita buat 5 minit tp output dia 10 kali ganda, mcm dh buat 50 minit?? Sempoi la klu ada mcm tu.. Ada.. Solat wpun diringankan kepada 5 waktu tp ganjaran nya tetap seperti 50 waktu.. Best kan..

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu…. - Anas bin Malik r.a

Dh panjang sgt dh ni.. Apa pun aku nk mintak maaf klu ada tersilap kata kat post ni.. Aku x tuju kan sesiapa2 pun, hanya utk renungan semua org.. Klu rasa apa yg aku tulis ni ada manfaat dlm hidup hgpa, boleh jd lebih positif, Alhamdulillah.. Klu rasa post ni xdak apa2 pun, hidup hgpa lebih bagus, xpala truskan.. Aku tulis ni pun atas pemikiran aku sendiri.. Bukan utk ikut kata2 aku ye.. Kata2 Nabi Muhammad baru kena ikut.. Aku tulis ni ntah betul ke x.. Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Sabtu, 4 September 2010

3 Sept, Hari yang paling sihat

Kelmarin, tiba-tiba aku sihat 100%..haha.. Klu x percaya cuba tanya org yg jumpa aku mlm tu.. Mmg xnampak mcm sakit lansung.. Apa yg jd?? Aku ada majlis bukak posa dgn geng2 MDC.. Pagi tu aku bgn (koi 3 ptg sbnqnya), aku rasa cam sihat ja.. Miracle la plak..hehe..

So mcm biasa, kena ada org yg mai ambik aku utk kluaq2 ni.. Kali ni yus plak mai ambik aku.. Tq bro.. N majlis kali ni ada 16 org join.. Gila ramai.. Baru aku perasan xdak sapa ambik gambaq kat meja aku so xdak gambaq aku tgh makan la.. Fuh slamat..hehe.. Gambaq2 yg ada semua dr camera Ekin..
Majlis ni terbahagi kepada 2 fasa.. Satu majlis berbuka satu lagi majlis minum ayaq panaih..haha..
Majlis yg 1st mmg makan x mau2.. Byk sungguh lauk yg diorder oleh Nisa.. Mmg puas ati dgn pengarah projek kali ni..hehe.. Way to go Nisa!! Jdlah pengarang projek yg berkaliber di MDC.. Ganti K.nor yg telah berhijrah ke CIMB..hehe



Acara kedua, sesi minum minumam panas di kawasan yg digelar 'garden' oleh Ann.. X nampak gaya mcm taman pun.. Panas plak tu snn atap zink.. Ada ka taman yg ada atap zink?? haha.. Ditambahkan lg dgn idea minum air panas (k.nor yang menyeru) .. Kat garden ni kami 11 org main satu game guna daun terup yg diberi nama, mmm, nama apa?? Aku dgq ada 2 nama smlm, "game rifhan" dgn "game tukaq tema"..hehe.. Aku xtau nk terang cammana game ni.. Sapa yg pernah main tau la.. Mmg mencabar dan penuh dgn gelak pecah perut.. Sapa yg mula2 nk main game ni aku pun xtau.. Rasanya bukan benda ni xdak dlm plan pengarah projek sbb dia setiap kali main mesti kalah punya..haha.. Ooppss..




Lepas abih2 semua tu, K.nor pun antaq la aku dgn Ann ke rumah Ann.. Awat p rumah Ann?? Haha.. Sbb kami ada plan seterusnya dgn Cayrol, Lan, Alip dan lain2.. So just singgah ambik keta ja.. Understand?? Anyway tq knor tlg antaq.. Kami(aku) akan stop nyusahkan K.nor secepat mungkin..hehe.. Keta pun dh nk siap.. Tq kepada semua yg susah payah tlg aku time2 aku perlukan pertolongan (kadang2 x perlu pertolongan pun org mai tlg jugak hehe)..

Ok.. Lepas dh dapat keta kami pun menuju kat ke port biasa, Ivory USM utk bershisha sambil membincangkan hal2 negara..haha.. Kali ni ada kami berlima ja bersama Ustaz Cayrol (dh up jd ustaz.. Xtau ka??), Master Lan n Chef Rosli.. Lepak punya lepak x tgk jam pun.. Malam minggu la katakan.. Tgk2 dh dekat 2 pagi.. Apa yg kami sembang?? Haha.. Mcm2 ada dr hal dunia, masuk ke hal hari kiamat, selit2 politik sket pastu tiba2 crita pasal mercun plak..haha.. Antara crita yg best :

Tempat keja baru Cayrol adalah tempat yg penuh dgn tabliq2 n ada Anbu (dlm komik naruto) @ kat malaysia kenali sebagai wanita berpurdah.. Depa ni mmg power gila klu bab2 lompat dr pokok ke pokok.. Silap2 klu kantoi ym@fb bleh kene baling kunai headshot..haha..

Mengikut kata Ann, klu kat arab, bila dgr ada org meninggal, depa akan sebut Alhamdulillah dl.. Mmm.. Mungkin sbb org yg pergi dulu tu adalah org yg lebih baik kan.. Cuba buat kat sini.. Bleh kena pukul kot..haha..

Ada bincang pasal dajjal sket then tiba2 politik plak.. Yg ni xyah tulis la.. Kang tiba2 aku kena tahan ISA.. Terima kasih je la..hehe.. Mcm2 bab tp yg plg best crita main mercun n meriam bulih time kecik2 dgn bermacam2 jenis eksperimen.. Cammana bleh masuk bab mercun ni.. Sbb ada pertunjukan bunga api time kami dok shisha..
Sambil shisha ada bunga api?? Tiba2 ja ada..haha..
Then aku dihantar balik oleh Ann yg kena p mai p mai 2 3 skali sbb rumah aku jauh.. Tq Ann

Jumaat, 3 September 2010

Wad Sakit

Sapa pulak yg sakit ni?? Sapa masuk wad?? Keta aku la..haha..
Lepas aku smbhyg jumaat td (mintak doa supaya keta aku cepat sembuh haha), aku p la melawat ke wad sakit (bengkel).. Keta aku dh hampir dipakaikan baju baru.. Tp ni baru dpt baju raya, sakit blum diubati lg..huhu..

Khamis, 2 September 2010

Minggu ke 3 Posa

Lepas seminggu x tulih, arini aku dh update sket.. Hari selasa lepas, ya hari merdeka tp aku bukan nk crita aku p tgk perarakan merdeka, aku nk crita p bersesak2 kat Sunshine Square.. Shopping?? Yup.. Salah satu keja yg plg aku x suka lg2 klu org ramai.. So aku cuba abihkan dgn cepat.. Setelah sejam menyelit2 di dalam kesesakan lalu lintas, akhirnya aku berjaya beli 1 t-shirt Bonia, 1 t-shirt Forest, 1 t-shirt Schwarzenbach n 1 tali pinggang Polo.. Satu level tu aku pusing sejam ja..haha.. Disebabkan ramai sgt org, suasana kat situ sgt bising.. Aku sorg je kot yg perasan sbb tlinga aku ni mmg dgr kuat klu bunyi bising2 (unwanted sound).huhu.. Akhirnya aku balik awal sbb mula hilang balance kat situ..


Minggu ni aku rasa hari2 aku akan hilang balance.. Yg bestnya aku bleh tau aku akan hilang balance.. Mula2 bunyi kat telinga aku ni akan jd bising sgt2 sama aku xde leh nk handle.. Mmg tension sgt2.. Tu la tanda2 awl.. Then dunia aku akan bergoyang slow2 mcm dok kat laut.. Aku akan rasa mabuk n loya nk muntah.. Bila dh jd camtu kena get ready.. Bila 'dia' dh mai, aku mmg dh leh nk berjalan sgt.. Kat rumah ok lg sbb ada dinding, aku mmg xleh nk jln kat open space.. N benda ni bukan pasal xleh jln.. Nk jalan bleh (kaki semua ok ja), tp keadaannya macam ada kat dalam bot dia tgh laut bergelora.. Duduk pun akan rasa pening nk jatuh dr kerusi, tdo pun akan rasa nk tergolek jatuh, lg la klu nk berdiri n berjalan.. Pendek kata, buat apa pun xleh, even duduk n tdo pun akan rasa pening sgt2 n loya.. Disebabkan xleh nk buat apa lansung, dlm otak cuba bleh fikir "bila nk abis ombak ni?".. Utk aku, segalanya akan ok balik bila aku tdo.. Alhamdulillah sgt2.. Ada org yg alami benda ni 24 jam, aku x tau cammana nk gambarkan perasaan diaorg.. N setiap kali benda ni jd, agak susah nk tdo n aku berharap sgt2 lepas aku bgn semua akan ok balik.. Alhamdulillah setakat ni, semua ok.. :)

Ok.. Stop!! Teetttt!! Crita pasal lain plak.. Aku smlm baru siapkan project freelance aku (3 hari berturut2 buat).. Dpt la duit sket wpun $30 je.. N smlm aku rasa mcm tenang je.. Dh la mlm ganjil kan?? Aku pun buat la solat hajat n solat istikarah.. Eh.. Apa kene mengena solat istikarah dgn sakit aku?? Xde kene mengena pun.. Kene mengena dgn benda lain..huhu..

N semalam jugak aku dpt 2 project baru tp x start lg la.. Projek freelance wat kat rumah ja, satu tu programming, $600 sebulan n satu g data entry, $150 sebulan.. Alhamdulillah nampak rezeki dh dtg..hehe.. N hari ni aku dpt jemputan utk join majlis bukak posa dgn warga2 MDC n x-MDC.. Hepi jugak esok ada plan.. So nnt esok aku crita lain na..
Adios!!

Bukak posa last weekend hari kedua

Utk dua hari beturut aku bukak posa kat luaq, kali ni Alip plak blanja.. Mcmmana aku p?? Seperti biasa, Ann mai amek aku.. Pak guard rumah aku mesti heran dh 3 hari berturut2 pompuan mai ambik antaq..hehe.

Kali ni kami makan kat idrus ikan bakaq (dekat2 marin tu).. Org kat situ punya la ramai.. Sampai parking space yg besaq pun penuh.. Sedang kami dok bersembang n tunggu org azan, tiba2 aku n Ann secara serentak ternampak sesuatu yg memusykilkan.. Lantas Ann pun tanya aku, "Hg nampak tanya lelaki dok berdiri kat belakang tu?".. Tidak perlu pening2 lg, mmg sah dia!! Musuh lama!! En. Sam.. Haha.. Mana kami p ada ja dia.. Cipan toi la..

Kali ni bukan aku yg order lauk, Alip yg order.. Makan bleh tahan kaw la.. Makan 4 org ja, aku, Ann, Alip n his gf,Nurul..
Makanan : Ikan sweet sour, Pari Bakaq, Tomyam Campuq, Kailan 2 pinggan and my fav all the time, Sotong goreng tepung 4 org mkn.. Nyum!! Nyum!!


Tq2 sudi blanja.. Lepas tu, sebelum Ann hantaq aku balik, kami menyinggah ke port biasa..hehe

Bukak posa last weekend

Dh lama aku xupdate blog ni.. Byk jugak nk tulih kali ni.. Ok.. Kali ni nk crita pasai bukak posa bersama rakan2 seperjuanganku (mcm nk p perang ja)..hehe.. Ni la geng2 pencari keja baru, sorang dh dpt lg 3 blum lg..hehe..
Dengan ketiadaan keretaku akibat admit kat wad, aku di-fetch oleh K.nor n Ann.. Tq2.. Klu xdak org mai jemput aku, pakai dok rumah je la..huhu.. Kami bertiga trus bergerak ke rumah Nisa yang aku dengar ura-ura mengatakan munculnya kerata baru.. Muncul dr mana? Itu yang kita xtahu..



Rupa-rupanya kereta yg disebut itu adalah PJT5941.. Siapa driver PJT ni?? Jeng jeng jeng..


Nampak x sapa tu?? Hangpa ni buat2 x nampak plak.. Mentang2 dia kecik.. Oopss.. Sori Nisa..hehe..
Okeh, menaiki kereta baru yg dibawa oleh driver baru, x main la nk p mkn dekat2.. Kami menuju ke restoran nelayan, kuala juru.. Tempat ni la yg famous dgn mee ketam.. Disebabkan driver ni bwk ala2 F1 wpun xtau jalan, kami sampai awai.. Around 6 dh sampai (nampak sgt lapaq).. So xdak apa nk wat, kami just sembang2 (maklum la lama x berkumpul) n aktiviti yg x dilupakan, bergambaq.. Ni la muka org2 yg berpuasa (ayat cover ganti perkataan lapaq)..hehe..

Yang bestnya, kami punya la sembang sampai x sedaq pun masa jalan.. Byk sungguh nk sembang tp apa yg kami sembang pun xtau la.. Yg tau byk gelak2 ja.. Moment yg best sgt2.. Satu lagi yg istimewanya tempat ni, permandangan kuala yg cantik.. Klu mai time ni, bleh tgk sunset.. Dua kali aku mai kat sini dua2 dgn K.nor sbb K.nor suka tgk sunset..hehe..

Tunggu punya tunggu, akhirnya makanan kami pun sampai.. Tp xleh mkn lg!! Kena tunggu org azan jugak..hehe.. Kali ni order xla tamak.. Sket2 ja.. Ada tomyam ayam, telur bungkus, sotong goreng tepung (fav aku ni), udang pedas n sayur (aku x igt la sayur apa sbb aku xmkn pun).. Nampak mcm sket ja, tp nk abiskan agak mencabar jugak.. Ye la kan, lg 3 org ni kononnya diet.. Aku sorg la yg x diet.. Klu ada Ejon ni pasti dpt diabiskan dgn mudah.. Tiba2 ada iklan Ejon plak..haha..

Lepas settle makan n maghrib sume, kami pun bergerak la dgn perut yg masih lg penuh dan berat.. Gerak ke mana?? Itu yg payah nk pikiaq ni.. Nk p mana dgn perut berat ni?? Akhirnya dpt satu idea.. Tambahkan lg berat perut!! Hahaha..


Dimana?? Kami minum di pelita autocity plak sambil ditemani oleh kek2 secret recipe.. Kat sini pun lepak sembang lg.. Apa yg kami sembang?? Ntah la.. Tp hepi..hehe..

Lepas abiskan semua kek2 dan ayaq2 yg terlibat, kami pun balik.. Terasa sangat puas dengan aktiviti ni wpun asyik mkn ja.. Mentang2 bulan posa, time bleh mkn bantai cukup2..hehe.. Kami kembali ke rumah Nisa then K.nor n Ann hantaq aku balik rumah..

Itu la hari yg sgt hepi wpun sekejap ( 5 jam lama la jugak kan.. tp rasa kejap ja).. Yang aku tau, aku x kluar duit satu sen pun.. Aku pun xtau la sapa yg byq makan, kek, ayaq, tol bridge, minyak semua.. Dok nampak depa 3 org dok bergaduh nk byq.. Agak terkilan n sedih gak xleh nk join fight tu.. Tp xpa, nnt aku ada duit aku akan berperang abis-abisan.. Mkn free la hangpa tiap2 hari..hahaha.. Apa pun thank you kat Ann n K.nor yg mai ambik antaq aku, Nisa yg bwk kami p restoran yg jauh.. Thanks jugak sebab blanja semua2..

Hangpa semua mmg best.. Masa aku xdak duit (xleh nk mkn kat luaq sgt) xdak keta (xleh nk gerak p mana) hp kene bar (xleh nk contact sapa pun) sakit (bahaya kuaq sorg2), here they are.. MDC mmg tempat melahirkan kawan2 yg bagus kot..hehe..
Can't afford to lose any of you