Sudah lama aku menyepi akhirnya kembali.. Kembali kali utk brapa post tu aku x pasti..hehe..
Tujuan post ni untuk mengisahkan apa jd kelmarin kat aku, pengalaman yang paling ngeri dan menginsafkan.. Selalu la igt kita bleh pergi pada bila2 masa saja.. Dan juga di atas kesempatan ini, aku nk mintak maaf kat semua org..
Ok.. Start story mory..
Petang kelmarin(Jumaat), aku drive balik dr ofis seperti biasa.. Bunyi dalam tlinga semakin menjadi2 sejak 3 hari lepas.. Dgn agak takut sebenaqnya aku drive balik.. Takut x takut nk buat cammana kan.. Nk kena balik jugak.. N sesuatu yang paling aku nak elak terjadi.. Sampai ja kat suku jambatan, tlinga aku buat hal.. Nasib baik aku perasan dan test slow2.. Confirm aku pening!! Bukan pening biasa..
So mula2 ambik keputusan nk berhenti kat lorong kecemasan.. Sampai ja lorong kecemasan yang 1st, aku dh ada kat lane paling kiri tp xdpt nk stop sbb moto terlalu banyak.. N yang memburukkan keadaan lg, aku xleh nk gerak kepala untuk tengok side mirror blah kiri.. Yg hanya aku dpt jeling, cermin blkg dgn cermin kanan.. So terlepas la lorong kecemasan tu.. Aku xtau nk buat cammana, aku pun drive la straight ja dgn kepala xleh nk pusing.. Lepas je tgh jambatan, ada satu lg lorong kecemasan n aku still x berjaya nk masuk.. So disebabkan aku xleh nk guna otak sgt n xleh pressure sgt, aku igt sempat kot sampai ke USM.. Jd aku dengan gagah bawak keta 80km/j dgn keadaan mcm tu untuk cepat sampai ke USM sebelum aku x nampak jalan lurus.. Kebetulan jalan x ramai org, n aku berjaya lintas kat simpang lepas jambatan dgn mudah sbb xdak keta.. Jalan menuju turun ke USM gelugoq yang pada khamisnya sgt2 jem kebetulan xdak keta lansung.. Disebabkan jalan kena pusing mcm bulatan 270 darjah, aku start dh pening.. Aku corner masuk usm dgn slambernya x tgk cermin kiri dan trus masuk tempat parking yg ada batu bata.. Aku x kira dh.. Janji bleh berhenti.. Maka bermulalah pulak episod di USM
Aku berhenti kat depan padang gelugoq.. So ramai la org bermain bola berlari sana sini.. Yg aku ni kena diamkan diri dalam keta.. Nasib baik masa tu aku bleh lg SMS.. N aku x sempat nk SMS ramai org, yg penting aku sempat SMS parent aku.. Disebabkan kepala aku bergerak2 wpun sikit, makin lama keadaan semakin truk.. Pandangan aku begerak2.. Padang bola mula bergerak2.. Then parent aku sampai pun xleh nk buat apa2.. Aku xleh bergerak lansung.. Aku cuma bleh try tdoq.. Xtau la brapa lama sbb xleh nk tgk jam, tp aku budget maybe aku sampai kat USM tu dlm kul 6ptg n kluaq dr situ kul 7.30 camtu.. Sbb aku dgq org nk balik dh dr padang.. Dipendekkan crita, aku nampak padang tu berpusing, 360 darjah ikut arah jam.. Setiap kali aku bukak mata semua benda akan berpusing.. Bila dh jd camtu mmg aku xleh nk tgk satu benda dgn fokus.. Tgk jam ka tgk hp ka mmg xkan nampak sbb bergerak terlalu cepat.. So last skali aku dpt idea untuk tutup mata n bertahan.. Tutup mata tu bleh rasa mcm dok berpusing dlm machine..hehe.. Bila keadaan agak seimbang, dengan sangat perlahan aku cuba bergerak keluaq dr keta aku untuk masuk ke kereta unser yang hanya berada setapak.. Tp punya la payah nk sampai.. Dengan tutup mata tu jugak la aku sampai ke parking rumah aku, minum ayaq penawar, lap2 muka sket.. Aku takut untuk bukak mata sbb klu nampak berpusing aku akan jd lg truk.. Dan aku nk jugak bukak mata sebab takut keadaan yang gelap, hanya dengaq bunyi suara dan mengagak apa yg jd.. Now baru aku tahu cammana kalau buta n aku takut sgt xleh nk celik dh (tiba2 pikiaq mcm2).. Setelah 10 minit camtu kot, aku cuba bukak mata, benda still lg bergerak tp dh slow.. Alhamdulillah aku berjaya gak sampai ke rumah.. Kereta ku ditinggal di padang bola..
Begitulah critanya.. Yang plg lega, aku dapat detect benda ni awal2.. Nasib baik masa tu aku cuba nk test.. Aku cuba gerakkan kepala sikit ja.. Dlm 1 cm camtu.. Aku rasa mcm jambatan kena gempa bumi, aku xleh control keta.. Dh terhuyung-hayang dh sket.. Bayangkan klu aku x perasan benda ni n pusing kepala mcm biasa utk tgk cermin kiri.. Ni jalan yang berpusing yang aku akan nampak..
Aku bleh drive lg ke? Can i survive? Aku bersyukur sangat aku melepasi seluruh jambatan hingga ke USM..
So selepas ni, setiap hari weekdays, aku akan melalui jambatan ni dgn rasa ketakutan..
Jika terjadi lg kat sini (anyway, benda ni slalu jd dlm 8 bulan ni but not atas bridge), adakah jalan akan kosong mcm kelmarin? adakah aku dpt detect awal2? adakah aku akan berjaya berhenti di lorong kecemasan atau berjaya melepasi hingga ke hujung jambatan? adakah aku masih sempat tgk padang USM yang berpusing? Wallahualam
So dengan peluang yang masih ada ini, aku nk mintak maaf kepada semua yang membaca post ni.. Setiap kali hampa baca, setiap kali tu la aku mintak maaf..
Ini lah jalan yang paling panjang yang pernah aku drive..
Inilah masa yang paling lama untuk sampai..
Inilah usaha yang paling besaq aku pernah buat.. Aku berusaha untuk hidup dan sampai.. Usaha untuk x terbabas n langgaq org lain..
Aku still fight untuk hidup sihat.. Aku still kuatkan semangat.. Aku still cuba untuk x ada masalah besaq2 supaya aku tension..
Hargailah apa yang kita ada..
The Scariest Moment In My Life