Sabtu, 24 Mac 2012

March Triple Joy

Assalammualaikum.. Ooo hoi.. Setelah lama menghilang tiba2 mood tulih blog kembali.. Plannya lepas g road trip ke thailand next week nk tulih satu post.. Tba2 mood termuncul awal lak.. Kebetulan 3 weekend ni aku berjalan sakan so rs nk menulis tu terbuak-buak (rs mcm betul dh bunyi perkataan ni.. klu salah pandai2 la faham ye hehe)..

Oh ya.. Sebelum tu nk bgtau, sepanjang 3 minggu ni jugak la aku dh x sakit.. Xdak dh pening2 gila2 tu.. Alhamdulillah.. Terima kasih kat semua yg support aku.. Aku tau ada kawan2 aku yang sentiasa doakan aku.. Thank you so much..

Ok start.. Dimulakan dgn trip pertama ke Seri Manjung Perak, 10 March.. Apekehel nye g sampai sane? Sbb ade kenduri ler..

Uhuk2.. Kembali kepada bahasa normal..hehe..

Asalnya trip ni xde dalam list pun, tapi sebab aku x dapat nk g kenduri my BFF Rosliana Ariffin kat kelantan, aku p la yg blah hubby dia (sgt bergaya woo dia ni).. Para peserta untuk trip ni adalah Yaa, Liza dan Emma.. Oleh kerana semua peserta (kecuali aku) bangun lambat dan ada benda penting untuk disettlekan, pukul 12.30 tghari baru kami bertolak..

Setelah mengharungi perjalanan yang sangat panjang, kami pun rasa lapar (x sempat dh nk tunggu nasi kenduri), Kami pun berhenti mkn kat R&R Juru.. Baru gerak 20km dh berhenti mkn haha.. Semua mknn kat situ lansung-lansung x sedap.. Lepas makan cepat2 blah nk mengejar kenduri yang abih kul 4..

Perjalanan nk p sana mula2 laju ja sampai tol changkat jering.. Lepas kluar tol tu ikut signboard je la tp tersangat la jauh nk sampai manjung pun.. Jalan straight xda signboard tulih seri manjung plak tu.. Jd kami bergantung kepada Liza yang katanya pernah lalu jalan tu.. Straight dan straight lg sampai aku pun dh kurang percaya (kurang percaya je, bukan x percaya hehe) dgn penunjuk arah kami, aku pun on GPS.. Sambil drive dok search2 x dapat2.. Aku pun xtau apa aku nk search.. Semua yang aku letak semua xda.. So aku pun pass la kat co-driver aku, cik Aznira.. Dia tekan2 apa ntah x dapat jugak..haha.. Pastu pass kat Liza lg truk.. Dia sentuh ja GPS tu padam trus.. Xleh blah haha..

Jalan tu straight ja, klu ikut google map dalam 85km.. Kiri kanan sekali skala ja nampak rumah2 orang.. Cuma kat area2 tertentu jumpa la klinik desa dgn masjid.. Nk berhenti tanya org pun xda org.. Lepas dekat 2 jam lalu kot beruas dan ayer tawar, kami sampai kat setiawan.. Bandar setiawan agak membangun.. Mcm2 jugak ada dan cantik.. Lepas setiawan baru Seri Manjung.. Sampai2 kat kenduri dh kul 4.30.. Orang semua dh xdak tinggal pengantin n famili ja.. Nasib nasi dok ada lg.. Lapa kot..hehe..


Dari kenduri kami pun start berjalan-jalan.. Tempat2 yg kami p adalah Lumut Waterfront, Stesen Minyak berhampiran (nasib baik berhenti sini), Marina bay dan Teluk Batik..

Lumut Waterfront ni sama mcm waterfront2 lain kot.. Semua pun tgk air.. nama pun waterfront kan..hehe.. cuma kat johor dr danga bay bleh nampak singapore.. sarawak plak ada cruise lalu ala2 perancis..hehe.. Lumut ni plak unik sbb dia bandar MARITIM..

Satu lg tarikan kat sini adalah pameran kapal perang yg x silap aku nk masuk kena bayar RM12.. Bleh la jalan2 atas kapal n ambik gambar.. Kapal ni jugak dijadikan hotel.. Bleh bermalam di deck2 kapal klu nk rasa mcmmn tdo dlm kapal sebenar.. Harga aku x igt la plak..hehe



Next adalah Marina Bay, sebuah pulau yg ada rumah2 mahal (xtau la harga tp nampak mcm mahal ja) dan ada jeti pulau pangkor.. Selain tu mcm xde ape.. Klu nk p untuk tujuan shooting ok la..

Lastly, Teluk Batik.. Pantai yang paling cantik kat area situ (aku baca org kata la).. Bg aku, pantai dia kecik je.. Kat situ ada permainan2 pantai mcm biasa dan kerusi lepak, sewa RM2.. Selain tu ada kedai2 jual mcm termasuk baju2, mknn laut dan hiasan siput2.. Memang ada byk yg murah2..



Lepas maghrib kami gerak balik.. Kami singgah kat satu kedai mkn tu x igt nama.. Masa tu jugak ada shooting filem tp xtau filem apa.. Mcm x popular je.. Tgk la nnt klu kuar wayang..hahaha..

Perjalanan balik plak lagi mencabar.. Kali ni lalu ikut Pantai Remis dan Terong.. Jalan sepanjang 85km jugak la.. Gelap gelita xdak lampu dan klu nk g ke tandas tu mmg susah r nk cari.. Klu emergency sgt terpaksa la g singgah rumah2 orang kat tepi2 jalan.. Tu pun x byk.. Lepas sampai ke highway baru rasa lega.. Driver pun ganti dengan racer x bertauliah cik Liza.. Sesudah midnite semua slamat sampai..

Panjang sungguh la crita 1st ni, dh mai tahap cerpen..hehe..

Sambung crita no 2 plak.. 17 march ni pun berempat jugak bersama dgn cik Yaa, cik Liza dan cik Ema B (yg p lumut tu orang len, emma A) p ke ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid Negeri Pulau Pinang.. Mmg dari awal dh budget mesti ramai orang yang p.. So janji nk bertolak kul 6.30 ptg dr usm.. Ceramahnya lepas maghrib.. Awal kan nk bertolak? Haha

Tp disebabkan janji melayu, koi 7 baru bertolak la.. Budget nk sampai tepat2.. Bila nk masuk ja jalan masjid negeri (lebih kurang 4km dari masjid), jalan dh start jem.. Ye la kan hari sabtu mlm minggu jalan tu mmg ramai org.. Tp bila perati betul2, kiri kanan dalam keta semua pakai baju melayu.. Yg naik moto pun ramai pakai baju melayu.. Rasa mcm satu fenomena mcm semua orang nk p tengok konsert tp kali ni dengar ceramah.. Mmg dasyat penangan Ustaz Azhar Idrus ni.. Orang-orang tua, orang-orang muda even mat rempit pun bleh ikut dia.. Terbaik!!

Bila sampai tu dh azan.. Parking pun penuh.. Betul orang kata bila niat baik akan dipermudahkan, tba2 ada tuan rumah kat situ suh masuk parking dalam rumah dia..

Ceramah malam tu pasal benda yang simple2 ja tp sangat best dan lawak.. Crita pasal baca al-Quran satu huruf pun dh dpt pahala berganda2.. Tp manusia jenis nk benda cepat2.. Contohnya gaji dapat bulan2 RM2000.. Tba2 bos kata gaji bayar sekali setahun rm20000.. Mana nk? X ramai yg nak gaji tahunan camtu wpun lg tinggi sebab manusia nk ganjaran yang cepat..

Sama jugak dengan baca al-Quran.. wpun ganjaran besar tp akhirat nnt baru dapat ganjaran.. Cuba klu kata baca satu huruf dapat RM30 serta merta.. Confirm tiap2 hari dok baca kan..

Satu lg diceritakan pasal isteri di syurga.. Orang yang paling kurang akhlaknya yang masuk syurga akan ada 70 isteri.. Tu yg paling minimum!! Isteri-isteri kat sana tu bidadari-bidadari la.. Ketua segala bidadari mesti la isteri kita sendiri kan..

Lepas balik dari masjid kami singgah mkn kat Nasi Lemak Liverpool.. Kat situ pun ramai orang pakai baju melayu dan yang pompuan mcm baju kurung.. Rasa mcm x pernah tgk keadaan camni selain raya.. Klu aku x tau pasal ustaz Idrus Azhar mai sini, mesti aku heran kenapa semua org pakai sopan ja..haha..

Tamat crita kedua.. Pendek ja sebab aku dh x larat nk tulih dan hangpa pun x larat nk baca dh kan..hehe.. Ok ok last dh ni..

Minggu ketiga kami p tengok persembahan Mak Yong.. Kali ni p ramai.. 4 orang yang g lumut + 4 org yang g ceramah, jd la 5 org kesemuanya.. Sungguh benar..hehe..

Mak yong ni adalah persembahan melayu lama yang popular suatu ketika dulu di utara malaya terutamanya Kelantan.. Kesenian ni adalah seni yang terpelihara dari unser-unsur asing.. Kiranya mmg pior (atau dalam org putih panggil pure) xdak ubah2 dan terpelihara.. Mak yong jugak ada kaitan dengan perubatan guna mantera dan makhluk halus seperti main puteri yang sekarang ni dah xdak dh.. Ada pun kat sesetengah kampung ja.. Benda tu kena ban sebab memuja setan dan berubat/meminta tolong dengan makhluk lain selain Allah adalah syirik..

Jd mak yong yang ada skrg cuma persembahan yang ada menari, theater dan lawak jenaka.. So mak yong kali ni bertajuk ‘Puteri Jerijik Emas’.. Slalunya mak yong tajuk2 dia pasal anak raja.. Kali ni pasal puteri plak..

Orang yg x dtg igt mak yong ni mcm satu persembahan tarian tradisional yang serius kan? Aku pun igt camtu jugak mula2.. Tp bila tgk mak yong ni, mmg gelak pecah perut (aku jahit balik perut aku).. Ada sorg mamat tu mcm zizan raja lawak aku tgk dia.. Mmg dia la yang paling lawak.. But anyway, klu orang x faham bahasa klantan mungkin payah sket nk catch up apa yg diaorg kata..

Persembahan dimulakan dengan tarian Menghadap Rebab, kemudian sendayung pak yong (raja) dan sendayung mak yong..

Pastu crita pasal raja g jumpa peran tua utk suh g cari kawan peran tua, peran muda.. Peran tua dan muda ni la yang main watak lawak.. Kedua2 peran ni kemudiannya teman raja muda,Raja Muda Kesukma Jaya p memburu.. Di masa yang sama jugak Puteri Jerijik Emas bersama dayang ingin mandi kat satu kolam.. Untuk keselamatan, nenek kebayan menukar mereka menjadi burung..

Masa puteri n dayang2 ni dok sibuk mandi, raja muda terdengar bunyi burung yang sgt merdu.. Dia pun p cari maka terjumpa la burung2 lalu peran muda dan peran tua berjaya memerangkap seekor burung, yang sebenarnya adalah puteri..

Lalu dayang2 yang lain balik cakap kat nenek kebayan apa yg jd.. Nenek kebayan bertukar menjadi seekor kucing dan pergi menyambar puteri daripada genggaman raja muda.. Raja muda pulak risau akan keadaan burung (takut kucing tu mkn kot), dia bersama peran muda dan tua p kejar.. Bila melepasi halangan2 mereka berjaya jumpa nenek kebayan.. Lepas raja muda diberitahu yang burung tu adalah puteri, dia pun suh panggil puteri tu.. Tgk2 plak puteri tu lawa, trus ajak kawen.. Akhirnya mereka berkahwin, raja muda naik takhta n they live happily ever after.. hehe..

Persembahan diakhiri dengan tarian.. Best2.. Aku mmg minat tarian2 ni..


Okeh.. abih dh crita.. bleh tahan letih jugak la nk tulih panjang2 mcm ni.. rs mcm dok exam spm dl.. karangan je mesti dapat truk sejak UPSR.. Sori la pic2 x byk sgt sbb aku x budget pun nk tulih post utk semua2 ni.. Yg pasti my next post will be on road trip to krabi-phuket-hatyai.. Bleh la amek gambaq byk2 sbb dh plan..hehe..

Selamat malam..zzzzz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan