Yuhuu!!! Kali ni aku nk cerita percutian di Johor/Singapore yang sangat best dan mengetahui benda-benda x best.. Apa tu?? Aku pun x brapa faham ayat aku..haha.. Nnt crita-crita faham la kot..hehe..
Start dari 1st day, khamis last week (12 may), aku terbang dari Penang pukul 6.40 pagi ke Johor (sbb tiket ke johor murah lg dr singapore..haha).. Seperti biasa kalau terbang2 ni mesti ada double meal.. Kali ni double brekfes, MCD di airpot penang dan KFC di airport Johor.. Dari airport trus ambik teksi ke Tune Hotel (sbb hotel Tune murah lg dr hotel singapore..haha).. Around pukul 9.30 sampai la ke Tune.. Bagi sapa2 nk jimat 1 malam boleh buat camni tp kat Tune Johor ni xbleh check in awal.. But still bleh simpan beg la dengan bayaran brapa ringgit aku x igt..
Bas shuttle ke Sentosa Island dimana letaknya Universal Studio boleh naik trus dari Tune Hotel.. RM25 sorang for return ticket.. Aku naik bas kul 10 dan sampai kat sana kul 11.30.. Dalam bas boleh tidoq dgn selesa, dia pakai bas ala2 snoozer seat.. Ada tv tp xleh bukak..haha.. Setiap perjalanan kena turun 2 kali, imigresen malaysia n imigresen singapore.. Yang malasnya kena beratuq.. Aku p hari khamis x ramai sangat la orang beratuq..hehe..
Akhirnya aku sampai jugak di Universal Studio, salah satu tempat dalam wishlist aku..haha..
Lepas penat bergambaq kat bola universal studio kat depan tu (kena tunggu dia pusing2), akhirnya tiket dibeli..hehe.. Harga tiket $66 per adult.. Kebetulan time aku p tu ada diskaun 30% kalau guna mastercard.. Jimat la sket..hehe.. Dalam ni ada 7 themes zone : Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City, New York..
Masuk2 ja pintu Universal Studio, aku melalui laluan Hollywood.. Tempat yang sangat cantik untuk bergambaq.. Oleh sebab aku x pakai camera dslr (pakai camera hp ja..haha), aku snap2 cepat2 n jalan.. Perjalanan masih panjang..hehe..
Sampai di hujung jalan Hollywood, kita dapat view seluruh theme park termasuk la Far Far Away Castle yang dok ada jauh..
Dr sini nampak mcm park ni kecik ja.. Tp rupanya punya la lama nk pusing satu round..hehe.. Setelah cabutan dibuat dengan "ooo zom", kami buat keputusan untuk jalan ke kiri dulu..
Maka tiba la di Madagascar..
1. Madagascar : A Crate Adventrure, indoor water boat ride x silap aku.. Masa aku p tu depa tengah testing.. Mainan ni dilancarkan lagi 4 hari on 16 May.. Hampeh betoi.. X sempat jugak aku merasa.. Apa yang aku tau, naik boat selama lebih kurang 10 minit untuk bersama-sama Alex, Marty, Melman dan Gloria.. Nampak gaya kena mai skali lagi baru dapat naik..huhu..
2. King Julien's Beach Party-Go-Round, naik binatang2 dalam crita madagascar untuk suka2.. Mainan macam budak2 tp orang tua semua pakat dok naik hahaha..
Kat sini ada restoran Gloria's Snack Shack di bawah sebuah pokok di madagascar di mana kapal terbang terhempas..
Dan jugak restoran Marty's Casa Del Wild, tempat kami nk lunch pada mulanya sbb dh lapaq tp x jadi sbb restoran makanan arab rupanya.. Cammana pak arab ni bleh dpt bisnes kat Madagascar ni? Confius aku.. haha..
Seterusnya tiba di Far Far Away Kingdom.. Akibat terlalu lapaq (dalam bahasa standardnya GASTRIK), sampai ja sini, kami trus cari restoran.. Akhirnya jumpa la satu restoran bernama Goldilocks (x silap aku nama makcik fairy dlm crita shrek).. Kat sini serve makanan western.. Makanannya sedap n banyak.. Mmg kenyang melampau.. Nasib baik la roller coaster jauh lg.. Haha.. Kalau ikutkan harga kat sini lebih murah dr KFC (kalau x convert duit la).. Set ala2 snack plate baru $9.80.. Tiba2 ternampak kelibat mother's day special, so apa lg, ambik ja set ni + burger apa ntah + kopi panas.. 4 org makan x sampai $40.. Tiba2 pulak ternampak aiskrim!! Tgk2 harga $6.50 per scoop (RM15++).. Xpa la trima kasih..hahaha..
1. Donkey Live.. Lepas makan aku trus masuk ke show ni sbb masa tu show ni dh nk start.. Yang bestnya kat sini, setiap attraction ada tulih brapa lama waiting time.. So bleh la budget2 masa..Show ni bukan donkey di atas pentas mcm aku sangkakan tp donkey di dalam screen.. Macam tengok wayang.. Tp gerakan donkey n apa dia cakap tu live.. Sesuai utk budak-budak untuk tanya soalan.. Orang tua-tua ni tau sangat la benda ni tipu..hahaha..
2. Shrek 4-D Adventure.. Lepas tengok donkey live, kami masuk ke dalam Far Far Away castle untuk tengok Shrek 4-D.. Apa yang 4-D ni?? First of all, gambaq 3D kat sini mmg terbaik.. X mcm yang biasa tengok kat wayang.. Kat sini 3D technology dia mmg superb n x rasa pedih mata.. Untuk tambah satu lg D jd 4D, penonton dapat rasa apa yang jadi dalam filem tu.. Start2 dah kena bersin donkey.. Hampeh toi.. Masuk dalam ni bersedia untuk disembuq ayaq..hehe.. Kerusi bergerak terutama masa naik kuda.. Yang paling mantap n ramai orang menjerit bila dalam filem skrek@donkey jumpa sekoq spider.. Pastu banyak spider jatuh atas tanah.. Tiba2 rasa mcm spider mai gigit kaki.. Mmg ramai la org menjerit..haha.. Sapa2 yang takut spider get ready.. Wayang experience yang terbaik!! Mungkin x lama lg semua muvi ditayangkan 4D plak..hehe.. Oops..Xdak gambaq plak untuk yang ni.. Maklumlah hp biasa ja.. Kalau guna LG Optimus 3D baru bleh ambik gambaq 3D ni..hahaha
3. Enchanted Airways.. Aku x naik benda ni.. Dia mcm roller coaster yang slow2.. Mula2 lalu dh nampak tp sbb cari restoran x naik la.. Lepas tengok wayang tu lupa plak..hahaha..
4. Magic Potion Spin.. Ni untuk budak2 ja so aku x naik la..hahaha..
Kat sini jugak terletaknya rumah shrek.. Dan yang paling best aku jumpa shrek dan bini dia versi manusia.. Cun gila fiona ni..haha..
Seterusnya, Lost World.. Sampai sini aku dh start rasa letih n sakit kepala.. Biasa la kan tenghari makan byk.. Rasa mcm nk tdoq ja.. Tp dinasour2 ni bising cammana nk tdoq!! So terpaksa la aku truskan jugak perjalanan di sini..
1. Canopy Flyer.. Roller Coaster jalan2 untuk tengok taman Lost World dr atas.. Tempat duduk hanya untuk 4 org setiap satu, mcm tempat duduk Vortex(bg sapa yang pernah naik).. Yang ni aku skip sbb aku tgk waiting time 45 minutes.. Ramai sangat orang beratuq tu..
2. Dino-Soarin'.. Mainan budak2 naik dinasour tp kami naik jugak..haha.. Bleh tekan button utk naik tinggi-tinggi pastu lepas untuk turun balik.. Best jugak untuk rilex2 dan merehatkan kaki..haha..
3. Jurassic Park Rapids Adventure.. Ni water boat ride melalui sungai yang penuh dgn dinasour.. Kat sini salah satu attraction yang akan basah.. Waiting time masa ni 30 minit.. Beratuq ja la.. Nak main ayaq punya pasai.. Aku tengok ramai orang pakai baju plastik.. Kat mana depa beli ntah.. Dok beratuq tu nampak la satu machine juai baju plastik tu.. Malangnya bila dh sampai kat machine tu, xdak duit $2@$5 plak.. So gamble je la xyah pakai.. Dekat2 nak sampai turn, bapak aku nampak ada sorang staff dok bukak machine tu.. Dengan menggunakan skill gayut seperti tarzan, aku lompat2 dari satu akar pokok ke akar pokok yg lain hingga sampai ke staff lalu membeli 4 baju plastik.. Lalu kembali ke dalam barisan dengan menyelinap di bawah barisan besi2 yang disediakan untuk org queue (yang ni kisah benar)..haha.. Oleh sebab aku sakit pala, aku igt nk bg basah la sket kepala so aku x cover la kepala.. Ride tu slow2 ja, tp berpusing2..1 boat 9 org.. Last skali boat akan turun menjunam ke bawah terjun ke dalam ayaq.. Basah kuyup kepala aku beb!! Mcm baru main ujan.. 4 org famili dr india yang naik skali dengan aku tu x pakai baju plastik tu.. Mmg terbaik basah!! Hahahaha
4. Waterworld.. Aku xtau sangat mula2 pasal show ni.. Kebetulan lepas main water boat ride tu, kami masuk toilet dekat waterworld ni.. Apek jaga tandas tu bgtau suh p cepat2 tgk show yg start koi 4 ptg.. So secara kebetulan kami dpt tgk show ni..hehe.. Show ni based on muvi Waterworld(1995).. Setting kat situ mcm real.. Tempak kecik tp byk stunt dengan kehadiran boat, jet ski dan kapal!! Kapal pun bleh masuk dlm tempat yang kecik.. Aksi-aksi dia mcm dok tengok filem.. Meletup sana meletup sini.. Api rasa sangat panas.. Fighting tipu2 je la.. Stunt mmg terbaik.. Dan skali lg bersedia untuk basah sbb jet ski akan slalu dok buat lap bg penonton basah..haha.. Setting2 kat situ pun byk yang runtuh akibat meletup sepanjang show.. No wonder la show ni dibuat 2 kali ja sehari, kul 1pm n 4pm.. Nk pebetoi balik semua benda makan masa kot.. X silap aku show ni dlm 30 minit kot.. Aku pun x tgk jam sangat sepanjang dok dalam Universal Studio..hehe..
5. Amber Rock Climb.. Ni mcm dinding untuk dipanjat.. Aku lalu ja kat sini.. Aku xlarat aih nk main panjat2 ni.. Ada lg 4 area lg kot nk p..haha.. Aku dengaq ada hadiah kat atas tu bagi org yg berjaya sampai.. Selamat mencuba..hehe..
Next, Ancient Egypt.. Kat sini byk patung2 mcm kat egypt (aku x pernah p egypt pun)..haha.. Dan aku jumpa seseorang kat sini.. Bukan Yu-Gi-Oh tp Pa-Ra-Oh..hahaha
1. Revenge of the Mummy: The Ride.. The best attraction kat sini untuk aku.. Aku x pernah lagi naik indoor roller coaster yang laju dalam gelap.. Apa2 game pun, roller coaster atau lain2, aku paling x suka asap.. Asap bagi aku x nampak ke mana hala tuju n sangat menakutkan.. Tp yang ni x main asap dh.. Gelap xdak lampu trus.. Roller coaster dia simple ja tp menakutkan sebab gelap n kita tau yang tepi2 ada dinding drpd bunyi pantulan suara kita menjerit..haha.. Jalan nk masuk untuk sampai ke ride ni pun gelap ala2 tempat kat mesir la.. Starting ride ni slow ja.. Kebetulan plak aku dok blkg skali so igt leh slamat la.. Tiba2 dalam dok slow2 tu jumpa jalan mati, muncul binatang mcm pepijat tu (ada dlm crita the mummy), skali dia reverse dengan laju menjunam ke belakang.. Gerak laju ke belakang ni yang paling aku x suka ni.. Kecut perut beb.. Then dia stop kat satu jalan mati, pusing2 then trus laju ke dalam terowong yang gelap gelita.. Then sampai satu tempat dia slow.. Kat depan mcm ada screen nampak mcm jalan mati.. Aku igt nk berhenti.. Dalam dok slow2 menuju ke screen tu, tiba2 laju nk langgar screen then trus tembus..haha.. Bila slow skali lg, akhirnya aku nampak cahaya dan staff universal studio.. Tamat pengalaman paling thrill wpun ride tu dlm 5 minit ja..haha..
Usha video ni nk tgk cammana gelapnya roller coaster.. Go n try it yourself.. Mmg terbaik terbaik terbaik!!
2. Treasure Hunters.. Ini ada ride suka-suki untuk merehatkan kaki.. Pusing2 abandoned Egyptian excavation site menaiki jeep..
Lepas mengalami saat ngeri bersama mummy dan berehat kaki menaiki jeep, maka sampailah ke tempat yang ditunggu-tunggu, Roller Coaster biru merah..hehe.. Di sinilah Sci-Fi City.. Bandar yang kononnya menyerupai bandar di masa depan..
1. Battlestar Galactica: HUMAN.. Ni yang warna merah.. HUMAN ni duduk mcm roller coaster biasa (mcm naik kereta) yang dikatakan xdak pusing2 yang gila2 dan merasai konsep G-forces.. Aku nampak ada pusing2 kepala ke bawah jugak tp maybe pusingan tu x rasa pening sgt sbb konsep G-Forces.. Kita akan rasa seoalah-olah xdak berat, terbang bebas di udara.. Ada satu point dimana ia cecah 90km/j.. Aku n adik aku dari awal lg nak naik yang biru.. X perasan plak p masuk bangunan yang merah.. Jalan punya jauh naik atas sampai2 tgk2 merah.. Dan2 turun balik.. Berlagak gila..haha.. Yang bestnya hari yg aku p tu xdak org sgt.. Xpayah beratuq2.. Ikut suka la nk naik brapa kali pun..hehe..
2. Battlestar Galactica: CYLON.. Ni yang warna biru yang aku n adik aku naik.. Dh ada tulih kat situ orang berpenyakit jangan naik, nak naik jugak.. Berlagak plak tu yg merah xmau.. haha.. Track CYLON ni dibina based on Cylon heavy Raider di dalam muvi Battlestar Galactica n ada 5 inversions termasuk Cobra roll, corkscrews, vertical loop, and a zero-g roll. Yang bestnya naik benda ni dok tepi (aku dok tepi skali) sbb CYLON ni banyak near miss dgn dinding, tanah n HUMAN.. Ada tu part tu menjunam ke tanah dan jumpa asap.. Time ni memang betul2 rasa kaki nk langgaq tanah dh sebab dekat sangat.. Lepas balik aku baca balik, rupanya kat situ depa korek tanah dalam 5 meter.. Asap tu bg xnampak n buat rider rasa mcm betul2 nak langgaq tanah.. Tp ride ni cuma 5 minit ja.. Tu pun aku dh rasa pening2.. Better jgn naik lg..haha..
3. Accelerator.. Ni mainan yang macam teacup yang berpusing2.. Lepas naik CYLON n aku agak pening, aku x berani dh naik benda ni..haha.. Kang pusing2, aku xleh jalan truih kang.. Roller coaster xpa lg sbb ada jalan straight
4. Transformers The Ride.. Ruginya benda ni still x siap lg.. 3-D Simulator ride ni dikatakan attraction yang paling top.. Akan dibuka di Singapore hujung tahun 2011 dan di Hollywood pada tahun 2012.. Tunggu bukak bleh p skali lg..haha..
Setelah melalui jalan2 sukar menempuh roller coaster yang berliku, sampailah kami di bandar New York.. Kat sini bleh tengok mcm2 benda kat New York seperti yang digunakan dlm filem.. Ada jugak replica New York Public Library yang ada 2 patung singa kat entrance.. Di tangga library ni la aku duduk menunggu fiona yang x sampai2.. Janji nk date kat depan library.. Mana dia?? Haha
1. Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg.. Ni memang best n real.. Satu bilik dipanggil sound stage yang slalu digunakan di dalam muvi , kali ni aku berada dalam bilik tu sendiri n rasa macam2 berlakunya ribut taufan di bandar New York.. Semuanya mcm real di depan mata.. Dengan angin yang kuat, ombak bergelora kat luaq tingkap, letupun, runtuhan besi dr bumbung dan ada kapal masuk langgaq stage!! Mmg special effect sungguh.. Camni rupanya dalam filem.. Pengalaman untuk tengok benda ni yang sangat menarik..
2. Stage 28.. Ni ada tulih dlm map tp aku x nampak jalan masuk..hahaha.. Aku tgk kat website xdak tulih plak.. Maybe under construction or under maintenance..
Akhirnya kami kembali ke Hollywood dimana semua keletihan.. Skip live rock-n-roll musical "Monster Rock!" untuk p berehat minum2.. Kat sini byk kedai untuk bawak balik buah tangan.. Ada keychain2 yang menarik tp aku tgk $8 satu keychain.. Kalau nk beli bagi kat org, naya la jugak..hahaha..
Kat sini aku berminum-minuman di Mel's Drive In, salah satu restoran di dalam filem American Graffiti (1973).. Restoran lama, Jukebox pun old fashion.. Mel's Drive In ni asalnya dikatakan terletak di San Francisco, digunakan untuk shooting filem tersebut dan diruntuhkan lepas filem tu siap.. Kira yang asal punya restoran dah xdak.. Aku minum kat restoran replica pun jd la..haha..
Ni gambaq asal restoran dalam filem
N ni plak restoran replica skali dgn keta2 parking pun ada..
Tamat perjalanan 7 jam aku di Universal Studio 11.30-6.30 ptg.. Oleh sebab aku p hari khamis, xdak after hours.. Hollywood After Hours cuma ada hari jumaat n sabtu ja dimana bleh makan2 n shopping di kawasan Hollywood dr jam 7-10 mlm.. Kul 9 mlm ada Lake Hollywood Spectacular..
Dengan keletihan, mak aku nk balik trus so kami naik next bus trip pukul 7.30.. Sampai Tune hotel dalam pukul 9 mlm, baru ternampak yang kat tingkat 2 ada cafe indonesia, Es-Teler.. Pagi td mula2 sampai x sempat nk usha sekeliling..haha.. Aku mkn nasi uduk untuk dinner.. Quite good.. Nasik lemak yang terlalu berlemak+ikan bilis belacan+ayam+telur goreng+sayuq.. Minuman yang lama aku x jumpa, Soda Gembira yang sangat mengembirakan (sbnqnya bandung+soda ja..haha)..
Then aku check in bilik hotel, nasib baik bilik sangat cantik.. Double bed nampak mcm luas sket.. Tdoq dengan selesa..hahaha..