Hari kedua aku dok di Danga Bay, Johor.. Macam biasa bila family vacation ada hari yang keletihan ada hari untuk rehat2.. Bercuti untuk berehat kan.. 2nd day kat sini didedikasikan untuk berehat..hehe.. Setelah penat seharian dr pagi sampai malam aku berjalan, aku bangun kul 10 pg.. So xdak apa sangat nk buat aku pun berehat2 je la.. Sambil melayan fb dan upload gambaq2 yg ada sikit2..hehe.. Lepas siap2 semua aku turun bawah tengok apa yang ada kat tune ni.. Tune kat sini agak best n menyenangkan.. Ia ada kawasan sendiri yang ada pakgad.. Dalam kawasan Tune ni ada 7-eleven, kerusi2 untuk lepak, ofis AirAsia, ofis syarikat bus shuttle ke singapore dan jugak restoran Es-Teler.. Dalam area lobby plak bleh main internet FREE!!(bleh main game fb) dan bleh dok kat kerusi urut Rest N Go (lebih 10 kali kot dok mengurut kat kerusi ni)..
Aku turun2 p shopping kat 7E (pakai duit malaysia senang sket nk shopping haha), lepak kat luaq menghirup udara segar then p main internet.. Lepas tu kami semua kluaq lunch kat kedai di kawasan berhampiran.. X salah aku kedai tu xdak nama..hahaha.. Makan nasi campuq ja kat sini.. Lepas makan trus balik hotel, main internet sat then naik atas sambung tdoq..haha..
Bangun2 dh petang koi 4.. Xdak plan n xdak transport nk p mana + jalan nampak sgt jem (maybe sebab hari jumaat), kami pun turun skali lg lepak kat Es-Teler.. Lepas tgk comment2 kat foursquare(ada bagus jugak forsquare ni wpun aku x suka check-in..haha), aku terbaca org kata roti bakaq kat sini sedap.. So aku pun order la roti bakar.. Intinya coklat+cheese+choc rice, kat atas letak cheese.. Yummy2..
Kami order mee goreng dan abc (depa x pakai pewarna pun) yg kurang menarik..haha..
Kat sini ada satu pusat karaoke bernama Suara OK.. Quite nice.. Bgnn cantik, bilik cantik, lagu up-to-date, feeling ok, cuma suara ja x ok..hahaha.. 1st time nyanyi 2 lagu maheir zain.. Harga pun ok.. Rm15 untuk sejam + dapat 30 minit FREE.. So kiranya RM15 utk 90 minit.. Sangat2 la murah klu nk kira..
Sebelah malam pulak, kami berjalan kaki ke Danga Bay, 15-20 minit dr Tune.. Malam tu mcm xdak org.. Kurang meriah.. Kami makan kat Bistro Bawang Merah.. Chicken wing dia terbaik dr ladang!! Chicken chop pun bleh tahan..
Maka berjalan pulanglah sesudah menikmati makanan..
Tamat hari berehat-rehat.. Malam tu kul 4 dh jaga xleh lena.. Get ready untuk checkout and masuk ke singapore esok hari..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan