Selasa, 7 September 2010

Apa itu "menganjing"??

"Menganjing"
Perkataan yang tidak asing lg bg kawan2 seangkatan aku.. Apa dia "menganjing" ni?? Apa yg aku faham, "menganjing" ni adalah perli yang tidak bermaksud utk perli..haha.. Faham??
Benda ni adalah utk suka2, utk gelak2 sesama sendiri.. Tapi igt!! Bukan semua org boleh terima.. Kebanyakkan lelaki boleh terima kecuali lelaki2 yg lembut dan hanya sesetengah perempuan sahaja.. Mcmmana pun benda ni slalu dipraktikan oleh kawan2 aku samaada dekat atau pun jauh.. Contohnya (bg org yg tau je la), "b" dan "Forgive me" (khas utk Cayrol) atau "Mirror Lover" (idea Hadee).. N benda ni jugak la yg still membuatkan hubungan kawan2 yg jauh dan yg dh kawen still rapat, Dayah, Yana, Hadi, Yom, Fezal yg sering kali mengajing aku dh sesama sendiri lebih2 lg lepas aku breakup haha.. "Tembak menembak amalan kita"- GENX

Kenapa ada topik ni plak tiba-tiba?? Kerana Hari Raya bakal menjelma..hahaha.. Aku nk mintak maaf la kepada semua org yg mungkin terasa atas apa2 percakapan aku.. Kadang2 aku terlupa org yg mana bleh cakap bukan2 org yg mana xleh.. Sampai aku kena marah la.. Wa kena beb!! Haha.. Mintak maaf byk2 kat semua org.. N mintak maaf awal2 klu post ni ada buat sapa2 terasa..

Ok.. Mcmmana plak klu perli yg ada maksud?? Mmm.. Boleh dibahaskan ni..hehe.. Mari kita cuba mengimplikasikan perkara ni.. Betoi ka ayat aku ni?? Hentam ja la..haha..

Mari kita start.. Ada satu hari, tgh korang dok wat keja, tiba2 tersangkut plak sbb ada satu benda yg hgpa x reti nk buat.. Kebetulan plak ada la sorg mamat yg 'agak power tp x power sgt la' kat sebelah tu.. Hgpa pun tanya la dia dgn penuh lembut n skema, "Bagaimana mahu buat ini ye?".. Lalu dia membalas dgn kejam dan berlagak, "Ini pun xtau ka?? Brapa lama dh keja sini??".. Cukup kejam x?? Klu x cukup nk tambah bg kejam lg..haha.. Ok soalan aku, apa yg hgpa akan rasa?
  • Hgpa akan rasa down sgt2.."Bodoh sangat ka aku ni?" n trus down sampai xleh wat keja hanya kerana seorang mamat yg berlagak terrer.. Hgpa akan rasa diri sgt bodoh..
  • Hgpa akan rasa tercabar.. Akan berkata, "Klu xmau tolong, boleh blah.. Aku bleh cari sendiri la"..haha.. Semangat berkobar-kobar utk buktikan yg anda boleh buat..
Yg mana satukah wahai pakcik2 n makcik2?? Ok.. Biaq aku pilih dl.. Mari mengimplikasinya skali lg..hehe..
Bg aku la kan, aku x suka sgt org puji2 ni.. Sbb? Sbb bila org puji, aku akan rasa yg akan ada kat tahap yg selamat.. X payah susah2 nk buat lebih2, takat ni pun org dh puji kan.. Contohnya kalau main bowling, tiba2 ada org cakap "terrer la hg main", aku akan rasa puas ati n xdak dh nk try utk ke arah yg lebih baik, walaupun masa tu 100 point tu xlepas..haha.. So klu nk puji jugak, puji kat blkg jgn puji depan2 aku.. Tp aku xdak la sampai nk marah klu org puji..haha..
Cammana plak klu org perli? Klu aku ada salah n kelemahan, aku suka org cakap depan2 aku.. Baru bleh jadikan nasihat dan semangat.. Contohnya, klu aku tgk main bowling dpt 120 point la katakan, tiba2 ada plak sorg mamat ni cakap, "eleh, takat main x sampai 150 baik x payah".. Yes!! Inilah yg aku perlukan!! Siap hg!! Tunggu sat.. 150 akan muncul..haha..

So kawan2.. Jangan la puji aku sgt ya kerana benda tu akan menyebabkan aku tersekat drpd kemajuan diri aku sendiri..

Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )

N kepada org2 yg selalu dipuji atau dh rasa terrer dh, x payah la dok berlagak sgt ya.. Ilmu kita sket ja.. Kita ja rasa kita terrer..

“Sesungguhnya Allah S.W.T. membenci seorang yang keras hatinya, seorang yang banyak makan, seorang yang menjerit-jerit di pasar, seorang yang seumpama mayat di waktu malam (kerana banyaknya tidur), seumpama keldai di waktu siang (kerana sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia) dan seorang yang berpengetahuan mengenai perkara dunia tetapi jahil mengenai perkara akhirat.” - Ibnu Hibban

“Tiga jenis orang ini pada hari kiamat Allah S.W.T. tidak akan berkata-kata dengan mereka, tidak akan dipandang dengan rahmatNya dan tidak akan disucikan dosa-dosanya, dan dia akan diazab dengan azab yang pedih.” Nabi s.a.w. berkata sebanyak tiga kali. Hadzat Abu Dzar r.a. berkata, “Ya Rasulullah, mereka semua gagal dan kerugian? Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi s.a.w. bersabda,“Mereka ialah orang yang memakai pakaiannya lebih daripada buku lali. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang bersumpah palsu dalam urusan jual belinya.” - Muslim

Kalau ada salah n kelemahan, teguq la depan2.. Aku mmg bleh terima ja klu org tegur.. Bab menjawab tu biasa la nk defend diri..haha.. Tp still aku akan dgq n ingat apa yg org cakap.. N aku plg pantang org cakap blkg.. Kat aku xpa la kot, aku maafkan ja semua org wpun aku xtau.. Xpayah la susah nk kutuk org ok.. Aku rasa mcm buang masa plak.. Aku lepak pekana shisha pun xdak kutuk2 org pun.. Sembang hal berfaedah lg bagus.. Lagi2 la klu kutuk org yg kita x kenal or org yg x kenai kita.. Dalam Islam, kita x payah bukak aib sendiri pun..
"Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya" - Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376
"Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya." - al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6784
"Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka." - Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889

“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina.” Rasulullah berpaling daripada orang tersebut sehingga dia mengulang-ulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Maka tatkala dia bersaksi ke atas dirinya sebanyak empat kali, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memanggilnya dan bertanya: “Adakah engkau gila?” Dia menjawab: “Tidak.” “Adakah engkau sudah berkahwin?” Dia menjawab: “Ya.” Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Ambillah dia dan rejamlah dia”. - al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6815
“Mungkin engkau hanya mencium atau menyentuh atau memandangnya?”- al-Bukhari dalam Shahihnya
, hadis no: 6824

Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" - Hadis riwayat Abu Daud

Klu benda tu salah, kita sebar fitnah.. Klu benda tu betul, kita sebar aib.. Bila nk mintak maaf?? Raya nnt jumpa dia ka?? Bleh sms mintak maaf?? Call?? Confirm ka dia maafkan?? Benda ni la yg plg mudah nk buat skrg ni.. Just forward ja email or fb pasal org lain.. Mudah kan nk buat dosa zaman skrg ni?? hehe..

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" - Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad

Diriwayatkan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk satu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah.".

Faham dh kenapa xleh mengumpat?? X cukup dosa kita buat, pahala kita abis, dosa org tu skali mai kat kita.. Begitu mudah?? Yup!!

Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.- Abu Ummah al-Bahili

Okeh..Ni sekadar pedoman utk semua org n diri aku sendiri.. Kadang2 nk jugak mengumpat, sbb benda tu mcm best.. Benda jahat mmg best kan?? Itulah yg diajar oleh syaitan.. So klu ada wat salah dengan org lain, pergi la mintak maaf sebelum terlewat.. N jangan sekali2 kata, "huh!! (tambah special effect sket) aku x buat salah apa2 pun kat dia" sbb kadang2 kita x igt.. Dlm 100 kali kita bercerita pasal dia, mungkin terselit 1 yg negatif n disitulah ada dosa.. N igt!! Dosa sesama manusia hanya manusia bleh dimaafkan.. X kisah la lepas ni bertaubat ke apa ke, still kita akan terima siksaan atas dosa2 kepada manusia b4 kita masuk ke syurga.. Brapa lama siksaan tu?? Mmm.. Masing2 tanya diri masing2 la.. Sepanjang aku hidup 26 tahun, xtau la brapa byk dosa kat org lain aku dh buat, xtau la brapa tahun aku nk kena siksa..huhu..

Okeh.. Kembali kita kepada bab "mengajing" td.. Agak jauh p tajuk lain tp xpa, ada bagus jugak kan.. Alang2 nk crita baik crita ja semua yg berkaitan.. Org yg tau crita aku mungkin akan tertanya2 atau bertanya "Klu sahut cabaran, mcmmana bleh sampai berhenti keja??"..haha.. Soalan agak mencabar ni wpun soalan ni aku yg create sendiri..hahaha.. Ok.. 2 sebab
  • Gaji
  • Fighting Oh!! Sedaq diri la weh.. Dok kat bwh xpayah la nk fight2 dgn org kat atas.. Kan dh makan diri sendiri.. Igt bleh menang kat fight2.. Igt ada demokrasi ka?? Haha..
Yg kedua tu rasanya org faham kot no.. Awat plak dgn gaji?? X cukup?? Mari kita mengimplikasikannya sekali lg menggunakan aktiviti bowling jugak.. Awat bowling ja ni?? Maybe rindu aktiviti bowling mingguan MDC.. Weh!! Bila nk start aktiviti ni balik (Iklan sket)..hahaha..

Situasi 1 :
Ada org ajak masuk group bowling dia, tapi dengan syarat setiap kali main kena dpt 150 point ke atas.. So aku pun try la.. Try punya try x dpt2.. Tp xpa..Aku try sampai berbulan2, bertahun2 pun xpa.. Aku x kisah pun.. X rugi apa pun kan..
Situasi 2 :
Syarat yg sama tp dia bg masa kat aku plg lama 3 bulan utk training.. So aku pun training la.. Tp lepas 3 bulan, x sampai target jugak.. So apa aku buat?? Aku akan tarik dl.. Agak malu sbb rugi 3 bulan dia tunggu aku..
Situasi 3 :
Ini yg plg truk, syarat sama, dateline yg sama tp sepanjang aku training, hujung bulan dia byq duit plak tu.. Aku train punya train xleh p jugak.. Mmm.. X ke rasa malu utk terima duit lg?? Mana output?? Klu try saja output xdak baik xyah bg duit.. Betul??

Org kata, kita boleh buat apa saja klu kita yakin.. Really?? Kenapa kita kena confident?? Sbb dgn keyakinan tu la kita akan usaha mencapai apa yg kita nk capai.. Tp kena xbleh over confident plak?? Sbb manusia ada limit.. Tidak semua org boleh buat semua benda.. Aku respect org atas brapa kuatnya dia try tanpa kira dia berjaya atau tidak.. Setiap org ada kelebihan n ada kekurangan.. Cth?? Awat la slalu ada 2 soalan "Cth?" n "Sbb?" ni ha?? Ok la aku bg contoh..haha..
  • Kat sekolah aku dl ada sorg budak ni, asyik stadi ja aku tgk, p mana pun stadi.. TP bila exam x dpt plak 'A'.. Aku ni yg x stadi dpt 'A'.. Aku dok kelas 1st tp dia dok kelas bwh2.. Aku lebih respect kat dia drpd diri aku sendiri.. Dia try gila2 wpun dh gagal beberapa kali.. Aku ni try ka?? Hanya bergantung kepada kelebihan yg Allah bg.. Skali lg, jgn berlagak n bersyukur dgn apa yg kita ada..Alhamdulillah.. Ini semua pinjaman ja.. Bila2 masa bleh ditarik balik..
  • Aku melukis?? X dpt la.. Mmg out trus.. Takat org lidi dgn matahari lidi bleh r..haha..
  • Couple 5 tahun setengah.. Punya la yakin akan kawen dgn dia tgk2 jodoh dia dgn org lain.. Igtlah mcmmana kita buat nk bg jd 'A' pun klu Allah kata 'B' akan jd 'B'.. Tp klu kita x try lansung, mmg xkan dpt 'A' pun kan.. Percaya kepada Qada' dan Qadar.. Usaha dan doa kita boleh mengubah jalan yg Allah akan berikan kepada kita kecuali ketetapan yg tidak boleh diubah..
Cukup la stakat 3 contoh ni.. Satu lg soalan yg selalu muncul.. Bolehkah kita menyiapkan kerja yg memerlukan 10 jam dalam masa sejam klu kita berusaha?? Mmm.. Boleh ke?? 2 jam jd sejam mungkin boleh tp hasil xla bagus sgt kan.. Masa x pernah slow.. Masa kan tetap berjalan wpun kita nk masa jd slow sbb byk sgt keja.. Sebab itu la, solat 50 waktu diringankan menjadi 5 waktu sahaja.. Sebab apa.. Sebab manusia x mampu melakukannya bersama keja2 dunia.. Ada ka keja yg kita buat 5 minit tp output dia 10 kali ganda, mcm dh buat 50 minit?? Sempoi la klu ada mcm tu.. Ada.. Solat wpun diringankan kepada 5 waktu tp ganjaran nya tetap seperti 50 waktu.. Best kan..

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu…. - Anas bin Malik r.a

Dh panjang sgt dh ni.. Apa pun aku nk mintak maaf klu ada tersilap kata kat post ni.. Aku x tuju kan sesiapa2 pun, hanya utk renungan semua org.. Klu rasa apa yg aku tulis ni ada manfaat dlm hidup hgpa, boleh jd lebih positif, Alhamdulillah.. Klu rasa post ni xdak apa2 pun, hidup hgpa lebih bagus, xpala truskan.. Aku tulis ni pun atas pemikiran aku sendiri.. Bukan utk ikut kata2 aku ye.. Kata2 Nabi Muhammad baru kena ikut.. Aku tulis ni ntah betul ke x.. Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

4 ulasan:

  1. mmg betul. mber yg sekepala je leh terima kalau kita menganjing.. ory yg xfhm..cepat terasa.. ^.^

    BalasPadam
  2. Sapa plak tanpa nama ni?? Mimito jugak ka?? hahaha..

    BalasPadam
  3. panjang betui hujah hang no... Hg macam tinggal satu beberapa nama ja dalam ramai2 nama kami hang sebut. Hehehee..menganjing lagi.. adusshh.. maap la yerk.... nway...aku pun same..ampun maaf dipinta...halal makan minum...halalkan kot ada benda aku pinjam xpulang blk, guna tp xbg balik, rosakkan xgnti balik..n ape2 lah yg seangkatan dengan nya naa....n juga dalam moto GENX "tembak-menembak amalan kita"..mintak maaf la ye klu ade yg betul tertusuk kalbu mu..hehehe.. daaa~

    BalasPadam
  4. dayah : aku dh agak dh mesti kena punya..haha..

    BalasPadam