Sabtu, 8 Januari 2011

My 2010

Yuhuu!! Dh masuk 2011 baru berkesempatan nk sambung tulih blog.. Oleh kerana 1st week 2011 ni x la seindah mana, aku xtau apa nk tulih, so aku nk recall balik apa yg jd sepanjang 2010.. Baru aku perasan, 2010 bermula di queensbay dan berakhir gak di queensbay..

1 Jan – Celebrate new year @hammer bay..

Ramai jugak la yg ada time ni termasuk ann, wani n cayrol..


2 Jan@klate..

Apa aku buat kat klantan aku x igt.. Tp ujan time lebat sgt time p n balik.. Jalan pun x nampak sgt penuh dengan kabus..


9 Jan – Kenduri adik matnan @Perak..

Tiba ramai plak yang nk p kenduri adik matnan, padahal x kenal pun.. So kami convoy 2 keta dr penang n jumpa keta2 lain kat situ..


13 Feb – Reunion @Cherating + Kenduri Yom @Kuantan

Kali ni destinasi reunion kami adalah di cherating.. Lepas dok 3 hari 2 mlm kat sini, aku rasa cherating ni xdak sgt aktiviti yg boleh buat.. Pantai sempoi.. Chalet pun sempoi, kami bleh buat BBQ tgh2 mlm tanpa gangguan.. Aku rasa tempat ni sesuai utk orang yang mahu bergembira, pergilah ke ClubMed..hehe..


15 Feb – After Party @Bukit Tinggi

Bertolak dari cherating ke penang, kami sempat singgah kat Bukit Tinggi.. Aku just bawak depa ni masuk ja sbb aku dh pernah mai la kat sini.. Sini sesuai utk org yg nak lepak2.. Aktiviti kurang sket.. Kat sini ada bandar Peranchis dan taman Jepun yang sangat cantik untuk bergambar.. Rabbit farm pun ada dimana kita boleh masuk dalam satu kawasan tu dan rabbit2 akan dilepaskan so bleh la nk berkejaran bersama..hehe.. Nak naik kuda pun boleh, kuda kat sini sangat cantik.. Aktiviti2 lain yang pernah aku buat kat sini, memanah dan bowling..


20 Feb – Besday Arina @Baskin n Robbin

Sambutan besday arina tahun ni kami buat kat BR.. Gila kaya!! Haha.. N for the 1st time, Feza nk ikut jugak.. Macam x percaya..


24 Feb – Besday Ann @MDC & Kapitan

Besday Ann plak dicelebrate seharian (siang malam). Disebelah siangnya, ada Majlis Makan Beradap Atas Carpet kat MDC.. Disebelah malam plak, Majlis Ala-Ala Anak Mami di kapitan yang dijoin oleh beberapa org kenamaan seperti Hadee, Lan, Matnan, Ejon, Wah dan Cayrol.. Majlis menyampai hadiah pun ada jugak malam tu..


6 March – Hot FM Big Jam @Esplanade

Gila ramai org time ni.. Nasib baik aku x p dengan keta sendiri.. Kebetulan member2 aku dh ada kat sana aku p naik bas..haha.. Antara yang terbaik malam ni, kumpulan BPR.. Mmg suasana time tu rasa mcm konsert BPR plak..haha


7 March – BBQ Farewell Qemmal @Pool Side,N-Park

Farewell party Qemmal kami buat BBQ kat N-park sambil main UNO Stacko.. Faham2 je la kan main benda tu xkan dok senyap2.. Mesti r jerit2 lg2 kaum hawa.. Dan ada jugak main baling2 bola air.. N semestinya kena maki dgn org kat atas..haha.. (Gambar yang dpt kebenaran untuk disiarkan agak limited)


25 March – Reunion with Dayah @USM

Tiba2 dayah muncul kat penang so apa lg, kami ronda2 mengimbau kenangan r..haha..


25 March – Besday Wah @Pool Side, Ivory

Besday wah kami sambut kat tepi pool ivory.. Ada mcm2 makanan dan shisha (dimana ada tokey di situ ada shisha) dan jugak mainan tiup2 buih..haha.. Lepas berhuha-huha kat pool, kami p menghabiskan suara kat karaoke plak..


17 April – Bercuti-cintan @Damai Laut, Perak

Trip ni yang paling best sbb ramai yang ada.. Tapi yang x best nya kami p 2 hari ja so aktiviti terlalu packed.. Convey ramai2 dr penang mmg best..

Damai laut ni tempat yang aku x pernah dgq sblm aku p.. Tempat ni mmg best utk beristirehat.. Hotel ni sebenarnya golf resort.. So klu nk main golf pun bleh.. Klu xdak duit, bleh main basketball, beach soccer ataupun panah2 (blajaq kat sabri).. Laut macam best tp x sempat nk mandi.. Overall tempat ni mmg best tp ada stgh2 bilik yang kurang memuaskan..


18 April – After Party @Megamall Penang

Bertolak dari Damai Laut ke Penang, kami sempat singgah kat Megamall nak tgk wayang.. Sbb benda ni x dirancang, ada 2 benda luar biasa aku buat kat sini..

1. Beli drive thru mcD pastu makan kat parking lot Megamall.

2. Tengok wayang pakai sluaq trek.. Sluaq aku abih kena pasir.. hampeh2..


1 May – Kenduri Maz @Bukit Merah, Perak

Mini reunion antara geng2 GEN-X USM.. Kali ni kat bukit merah.. Yang ada dayah n famili, fezal n hadi..


12 May – Besday Ayu @MDC

Suprise party yang di plan elok2 tp akhirnya x jd ikut plan.. Tp still suprise gak..haha


2 June – Besday Nisa @Prangin

MDC mmg kaya dengan besday party.. Kali ni kat prangin plak.. Bilangan org yang join amat memberansangkan..


4 June – Shisha @Restaurant Tenggelam

Restoran tenggelam ni dirahsiakan tempatnya sbb sgt special.. Makan dalam ayaq tu.. X silap aku yang ada time ni, Hadee Matnan Ann Alip n Sabri


14 June – Tenangkan otak @Damai, Sarawak

Damai sarawak mmg tempat yang paling best untuk tenangkan otak.. 5 hari dok kat sini x rasa pun mcm nk balik.. Ada aktiviti2 ringan mahupun aktiviti2 menaiki bot ke pulau2 berhampiran.. Pantainya sangat cantik tp ombak kadang2 kuat sangat.. Malam mmg best dgn bunyi ombak, restoran tepi pantai ada live band.. N x lupa jugak ketika sunset!!


25 June – Farewell Party Knor Sendiri2 @MDC

Satu lg aktiviti yang x dirancang dan disponsor.. Pie n kek mmg mantap!!


27 Ogos – Makan2 @Restoran Nelayan, Kuala Juru

Kuala Juru popular dengan mee ketam.. Nasi goreng udang pun bleh tahan..Harga agak murah n view kat sini mmg cantik bila sunset..


9 Sept – Hari Raya @Kelantan

Hari raya tahun ni mmg pelik sket.. Aku jumpa dgn org yang berbelas tahun x jumpa.. Raya kedua bleh plak p main bowling.. N bbq sesama famili n spupu spapat pun best.. Satu je tahun x buat, cari pusat karaoke..hahaha..


16 Sept – Hari Raya @Penang

Raya kat penang tahun ni pun mmg meriah, bermula dgn rumah nisa, rumah chimet, rumah knor, JKP, rumah wah, rumah aku, rumah yus dan rumah alip..


16 Okt – Besday Knor @Bukit HBP, USM

Suprise party knor dirancang awal dan persiapan dibuat seawal tengahari.. Awal2 pun kelam kabut gak p cari kek last minutes.. Akhirnya dpt la kek yg cantik ni, yang nampak mcm sedap, tp tudung Ann pun nampak mcm sedap untuk makan gak..haha.. Party ni dibuat kat bukit HBP, USM yang cantik permandangannya.. Bagi budak USM maybe dh biasa tp tempat ni mmg best klu lepak..


1 Nov – My besday @My House

Party ni mmg sgt2 suprise.. Aku dapat rasa depa ni nak pekena aku, tp aku xtau plak sampai nk mai rumah dan ramai mcm ni.. Dan jugak aku kena tipu dengan k.nor yang x wish pun kat aku n kata ada kat perlis.. N jugak yang pelik, Wah x wish..


4 Nov – Besday Yus @MDC

Ni jugak suprise party yang dirancang sehari sebelum.. Sempat lg order kek kat bumbledee.. Oleh kerana kek ni lambat sket, kami agak kelam kabut takut besday boy dh balik.. Sampai2, lilin plak xdak.. Kena singgah beli plak..haha..


31 Dec – New Year @Queensbay

Dan x lupa gak aktiviti sepanjang tahun 2010

Makan2 bersama gend MDC.. Hampir setiap hari mesti plan lunch kat luaq..

Dan aktiviti2 lain di MDC, bowling, karok dan pingpong

X lupa jugak aktiviti di Queensbay

Gossip2 bersama setiap petang.. (Gambar sebenar semasa gossip tidak dpt disiarkan takut kantoi..hahaha))

Meeting ASK yang terbaik!! Makan terbaik sembang apa xtau..haha

Dan jugak shisha (Malas nk edit gambaq dh) Hahaha..

Kenangan dgn JKP?? Ada ka?? Sat nk pikiaq..mmmm.. Ada2!! Am pun ngulat jugak ok!! Haha..